Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Suaram didakwa pernah gugat kestabilan Indonesia
- Hala tuju PAS semakin bercelaru
- PRU13: Mahathir ada ‘pengaruh besar’?
- Siapa penyumbang RM40 juta untuk Umno Sabah
- Anwar suka menipu rakyat, kata Fadillah
- Kerjasama dalam Pakatan berpaksi Tahaluf Siyasi
- Scorpene: Peguam Perancis akan hadir ke Parlimen
- PM: Dana RM40 juta Sabah hanya derma politik
- Orang Melayu diminta bersatu hadapi golongan cauvinis
- Ahli MPK fail saman fitnah terhadap bekas anggota DAP
- PAS parti sesuai untuk saya - Tengku Paduka
- Ada agenda tapi tidak bincang isu Faekah
- Pemuda PAS sokong kenyataan Haron Din
Suaram didakwa pernah gugat kestabilan Indonesia Posted: 14 Oct 2012 02:55 PM PDT Menurut beliau, pada lewat 90-an badan bukan kerajaan (NGO) itu pernah mengatur beberapa program, bengkel dan mesyuarat meminta campur tangan dunia luar terutama dari Barat dalam isu Timor Timur ini. "Campur tangan Suaram tentang isu Timor Timur dalam Wilayah Indonesia telah menyebabkan Indonesia kehilangan wilayah tersebut dan kini telah wujud sebuah Negara Kristian – Timor Leste. "Jangan pandang remeh keupayaan Suaram dalam apa-apa isu yang melibatkan keselamatan negara ini. Pemerintah wajar tegas," katanya dalam satu kenyataan semalam. Zamil turut mendakwa, pada ketika itu Setiausaha Pemuda Umno Datuk Saifuddin Nasution Ismail (kini Setiausaha Agung PKR) bersama beberapa Exco Pemuda Umno pernah ceroboh masuk dalam satu program isu Timor Timur anjuran Suaram di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Katanya, tindakan itu dibuat kerana marahkan Suaram yang cuba menggugat hubungan baik Malaysia-Indonesia, namun Saifuddin ditangkap kerana menceroboh. "Individu yang ada dalam program kacau Indonesia ketika itu kini ada dalam Parlimen Malaysia dan ada di Dewan Negeri terutama di Selangor dan ada yang pegang jawatan dalam PKR. "Mereka ini ada dalam parti yang di pimpin oleh (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang sebahagian kecil rakyat Indonesia puja ini. "Hairan dalam isu ini sebab penderitaan umat Islam di Mindanau (Filipina), Rohingya (Myanmar), Selatan Thailand dan di Gaza (Palestin) tidak pulak ada dalam agenda Suaram," katanya. Sehubungan itu, beliau mencabar Saifuddin supaya menafikan dakwaan ini. Beliau berkata, beliau tidak terkejut jika fail-fail yang pemerintah inginkan dari Suaram kini boleh berada di Timor Leste.
|
Hala tuju PAS semakin bercelaru Posted: 14 Oct 2012 01:45 PM PDT Beberapa pemimpin PAS secara tiba-tiba memberikan reaksi yang cukup keras terhadap kenyataan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa yang menyentuh tentang agenda DAP dan membidas pemimpin-pemimpin Islam yang sanggup mengetepikan kepentingan agama demi kuasa. Apa yang menghairankan ketika menyampaikan hujahnya dalam Seminar Dakwah Nasional baru-baru ini, Ahli Parlimen Bachok itu langsung tidak menujukan kenyataan beliau kepada pemimpin Umno atau PAS. Sebaliknya apa yang beliau bentangkan adalah tasawwur umum tentang konsep dakwah dan siasah serta beberapa kemelut yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia dalam hal yang berkaitan dengan politik. Namun kenyataan Nasharudin tidak dilihat sebagai satu pandangan daripada seorang pendakwah yang bertanggungjawab untuk mempertahankan agama Islam dengan apa cara sekali pun, sebaliknya sesetengah pemimpin PAS melihat dari sudut politik semata-mata. Mereka bimbang kenyataan Nasharudin akan menyebabkan DAP terasa dan ini sekali gus boleh menjejaskan impian politik PAS untuk memburu kuasa bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sebab itulah kita saksikan tidak ramai pemimpin-pemimpin PAS menyokong kenyataan Timbalan Mursyidul Am parti, Datuk Harun Din yang memberi pandangan berhubung tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku yang ditulis oleh bekas Ahli Parlimen India berfahaman liberal, Mobashar Jawed Akbar. Mobashar secara terbuka meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sesebuah negara sedangkan inilah perjuangan PAS, namun pemimpin-pemimpin PAS masih dilihat sanggup bertolak ansur kerana bimbang menyinggung perasaan Anwar kalau mereka mengkritik Mobashar. Begitu juga dalam isu kenyataan Nasharudin, biar pun beliau tidak menyebut mana-mana parti tetapi ada pemimpin PAS yang mengulas panjang lebar untuk mempertegaskan PAS tidak pernah tergelincir daripada landasan perjuangannya. Menuduh Sebaliknya pemimpin itu menyifatkan orang yang menuduh PAS tergelincir sekarang sedang menjerit-jerit untuk mendapatkan pertolongan daripada Umno. Dalam hujahnya, pemimpin berkenaan turut menyentuh tiga fasal dalam Perlembagaan termasuk fasal 3 yang menyatakan dasar PAS ialah Islam. Hujah pemimpin berkenaan, Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap, merangkumi semua perkara sama ada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Beliau juga menyentuh fasal 5 (1) berkaitan tujuan PAS untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah. Malahan beliau juga merujuk kepada fasal 7 yang menyatakan sumber rujukan tertinggi yang menjadi hukum dan kekuasaan PAS ialah al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Pemimpin berkenaan cuba mempertegaskan bahawa PAS tidak menggadaikan prinsipnya dalam memburu kuasa dan menganggap tuduhan PAS mengutamakan kuasa sehingga mengenepikan Islam suatu tuduhan yang tidak betul. ''Memang betul dalam Perlembagaan PAS mencatatkan itu semua, tetapi dari segi realitinya apakah parti tersebut benar-benar mematuhi semua yang termaktub dalam perlembagaannya. ''Kita bukan bercakap soal Perlembagaan tetapi realiti dari segi pelaksanaan dan perjalanan parti, itu yang sepatutnya difahami pemimpin berkenaan,'' kata seorang pemimpin muda PAS ketika dihubungi penulis. Persoalannya bagaimana pula dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menegaskan, PAS akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang biar pun dibantah oleh ahli-ahli di peringkat umbi. Tidakkah ini membuktikan memburu kuasa menjadi matlamat utama PAS? Kalau benar PAS memerlukan kuasa untuk menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW, Nik Abdul Aziz tidak akan mempertahankan kerjasama dengan DAP kerana semua orang tahu bagaimana gangguan DAP terhadap perjuangan Islam PAS. Oleh itu tidak perlulah mana-mana pemimpin PAS hendak berdolak-dalih untuk "menghalalkan" kerjasama berkenaan dan sekali gus berusaha menutup keghairahan parti itu memburu kuasa sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan sendiri. Jika PAS memegang teguh prinsip perjuangan Islamnya, kenapakah PAS masih rela bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menolak hukum hudud dan berpayung di bawah pemimpin-pemimpin PKR yang ada antara mereka menyokong fahaman liberalisme. Mengaburi Tidak usahlah hendak mengaburi ahli di peringkat akar umbi dan penyokong parti itu dengan menyatakan segala keputusan yang PAS hendak laksanakan seperti tahaluf siyasi diputus dan dikaji oleh Majlis Syura yang mampu menekuni segala permasalahan hukum berdasarkan sumber al-Quran, hadis, ijmak dan qias serta segala keputusan yang dibuat berdasarkan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka. Kalau itu hujahnya, kenapakah masih mahu bekerjasama dengan DAP? Apakah kalau betul pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya nanti, PAS akan diberi kuasa sebebas-bebasnya untuk melaksanakan pemerintahan Islam? Penulis akui dalam PAS, kelompok yang benar-benar ikhlas untuk meneruskan perjuangan Islam dalam Pas hanyalah golongan ulama, tetapi semua orang tahu sejauh mana kekuatan golongan berkenaan untuk bersuara. Memang benar tahaluf siyasi yang dilakukan oleh PAS dengan PKR dan DAP diputuskan oleh Majlis Syura Ulama tetapi sekarang sudah jelas kerjasama berkenaan lebih banyak merugikan parti itu. Jika mereka ikhlas hendak memastikan PAS terus memperjuangkan Islam, mereka sepatutnya menggesa majlis itu mengkaji semula hubungan dengan DAP dan PKR supaya cara berpolitik PAS adalah berlandaskan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka. Kalau itu mereka tidak mahu lakukan jelaslah, PAS sememangnya sedang ghairah memburu kuasa bersama-sama DAP dan PKR sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya hatta prinsip perjuangan sendiri. Tidak salah untuk PAS berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi biarlah hubungan itu mendatangkan keuntungan bukan sahaja kepada parti itu tetapi juga umat Islam secara keseluruhannya. Pemimpin-pemimpin PAS sudah pasti memahami sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari sahabat Abu Musa. Baginda bersabda: "Permisalan teman yang baik dan teman yang jelek seperti (berteman) dengan pembawa minyak wangi dan tukang pandai besi. Dan adapun (berteman) dengan pembawa minyak wangi kemungkinan dia akan memberimu, kemungkinan engkau membelinya, atau kemungkinan engkau mencium bau yang harum. Dan (berteman) dengan tukang pandai besi kemungkinan dia akan membakar pakaianmu atau engkau mendapatkan bau yang tidak enak." Dan dalam soal ini, semua orang tahu siapa kawan karib PAS dan apa sudah terjadi dengan parti itu.
|
PRU13: Mahathir ada ‘pengaruh besar’? Posted: 13 Oct 2012 02:40 PM PDT Karisma dan pencapaian mantap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara faktor besar yang bakal menyumbang kepada kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurut Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Abdul Rahman Abdul Aziz, meskipun pembabitan Dr Mahathir hanya secara tidak langsung iaitu menerusi komen-komen beliau terhadap dasar 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia membantu memberi impak besar dalam siri kempen kerajaan dalam PRU.
|
Siapa penyumbang RM40 juta untuk Umno Sabah Posted: 13 Oct 2012 02:23 PM PDT Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.
|
Anwar suka menipu rakyat, kata Fadillah Posted: 13 Oct 2012 02:15 PM PDT Beliau menjelaskan ini terbukti dengan dakwaan Anwar yang beliau (Fadillah) tidak lama lagi akan menyertai Pakatan Rakyat. "Nampak sangatlah dia tidak ada idea lain sehinggakan saya juga turut diheret sama dalam permainannya," katanya selepas membuat lawatan ke rumah Haziman Leman di Taman Sri Wangi Matang. Fadillah percaya tindakan Anwar itu akibat beliau sudah tersepit dengan keadaan janji yang gagal dikotakannya sejak pilihan raya umum 2008. Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata orang tidak akan hairan dengan permainan politik Anwar itu kerana menurut rekod "menipu itu adalah kebiasaan" bagi beliau. "Dari janji 16 September, dia tidak henti-henti untuk meracuni fikiran orang sehinggakan ada pula pusingan kedua sekarang," tegasnya. Fadillah memberitahu, orang ramai tidak usah hendak mempercayai kata-kata Ketua Pembangkang itu kerana ia adalah cubaan untuk memecah-belahkan perpaduan Barisan Nasional. "Rakyat kita bijak dan tidak akan mudah tertipu dengan muslihat mereka. Anwar sebenarnya ini sudah terdesak dan tidak laku lagi di kalangan orang ramai," katanya.
|
Kerjasama dalam Pakatan berpaksi Tahaluf Siyasi Posted: 13 Oct 2012 02:12 PM PDT "Pakatan Rakyat adalah satu pemuafakatan politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam," kata beliau dalam blog rasminya. Menurut Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang -undang tubuhnya (Perlembagaan). "Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan Umno," tegas beliau. Ujarnya, "begitu juga hubungan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen Barisan Nasional (BN) yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran, As-Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias. Katanya, PAS bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat. "PAS bekerjasama dalam menentang amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, hingga menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah," tambahnya. Umno yang mewakili Melayu Islam dalam BN mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak tahumembezakan di antara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam.
|
Scorpene: Peguam Perancis akan hadir ke Parlimen Posted: 12 Oct 2012 02:20 PM PDT KeadilanDaily melaporkan, Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, kedua-duanya telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang parlimen berakhir, November ini.
|
PM: Dana RM40 juta Sabah hanya derma politik Posted: 12 Oct 2012 01:34 PM PDT Menurut beliau, setiap parti politik mempunyai hak menerima derma politik selagi ia dilakukan melalui saluran yang betul. Ditanya mengenai di mana beliau memperolehi dana tersebut, Najib bagaimanapun enggan membuat pendedahan. Beliau berkata bahawa pembangkang didakwa turut menerima derma politik sedemikian. "Kita tidak sewenang-wenang mendedahkan kerana pembangkang juga menerima derma politik dan mereka tidak mendedahkan daripada mana mereka memperolehinya. "Cuba tanya pembangkang, berapa banyak yang mereka dapat untuk derma politik. Pemberian dana ini dilakukan dengan cara yang betul untuk kebaikan parti," katanya. Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta. Namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis berkata, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu.
|
Orang Melayu diminta bersatu hadapi golongan cauvinis Posted: 12 Oct 2012 01:28 PM PDT Beliau yang merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata oleh itu orang Melayu tidak boleh membuat percaturan salah pada pilihan raya umum akan datang. "Kita kena sedar ada sekelompok manusia cauvinis yang terang-terang berusaha memecahbelahkan orang Melayu. Mereka mahu menguasai negara ini. Sebarang kesilapan akan membawa padah dan bangsa Melayu akan kehilangan kuasa. "Orang Melayu tiada pilihan, kita perlu bersatu menentang golongan cauvinis bagi menjamin survival bangsa," katanya sewaktu berucap pada program 'Selamatkan Bangsa dan Negara: Amanat Pemimpin Bersama Rakyat' di Kampung Barokhas di sini malam tadi. Ia dihadiri lebih 1,000 orang termasuk Naib Ketua Umno bahagian Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang juga Anggota DUN Kuala Nerang. Mahdzir yang juga Anggota DUN Pedu berkata orang Melayu perlu berhenti bersengketa sesama sendiri serta mengikis sifat dendam kesumat dalam diri mereka. Katanya golongan cauvinis turut mengancam keselamatan negara dengan menganjurkan penentangan secara terbuka terhadap kerajaan yang dipilih rakyat melalui demonstrasi jalanan. Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pula mengingatkan orang Melayu supaya mengkaji sejarah kebebasan negara dari belenggu penjajahan sehingga menjadi sebuah negara membangun. "Nikmat yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan bangsa Melayu sendiri yang ditunjangi Umno dan ia perlu dipertahankan. "Sekali kita hilang kuasa, tidak mudah untuk kita dapat balik. Jadi belajarlah dari sejarah supaya kita akan lebih sedar nasib kita," katanya.
|
Ahli MPK fail saman fitnah terhadap bekas anggota DAP Posted: 10 Oct 2012 05:14 PM PDT Lee, 46, yang memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Lim Lip Eng dan Eric Tan dari Tetuan Stella, Lim & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, menamakan Yap Kon Min, 65, dan Sin Chew Media Corporation sebagai defendan.
|
PAS parti sesuai untuk saya - Tengku Paduka Posted: 10 Oct 2012 03:30 PM PDT Apakah yang mendorong Tengku menyertai PAS?
|
Ada agenda tapi tidak bincang isu Faekah Posted: 10 Oct 2012 01:36 PM PDT Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada FMT. Mesyuarat biro politik parti ini merupakan mesyuarat mingguan dan kebiasaannya diadakan pada setiap Rabu. Isu ini timbul kembali apabila sekumpulan ahli parti di Selangor mendesak agar Faekah dipecat melalui satu sidang media pada Isnin lalu. Faekah sebelum ini mengulas untuk menyerahkan keinginan ahli parti tersebut kepada PKR Pusat. Sementara itu, sumber berkata agenda atau usul mengenai pemecatan Faekah ini bukan kali pertama berlaku, namun tiada tindakan drastik diambil mengenainya. Ini menurut sumber agenda pemecatan tersebut hanya disuarakan oleh sesetengah pimpinan dan ahli bersekutu dan bukannya suara majoriti. Lebih-lebih lagi ia didakwa membabitkan sesetengah pimpinan tertinggi parti yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Faekah. "Faekah mempunyai hubungan baik dengan Presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah) dan Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Yang menentang Faekah hanya segelintir sahaja," kata sumber. Umum mengetahui Faekah merupakan bekas pembantu khas Wan Azizah dan kini diberi tanggungjawab membantu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
|
Pemuda PAS sokong kenyataan Haron Din Posted: 10 Oct 2012 01:33 PM PDT Baru-baru ini, bekas ahli Parlimen India, Mubasyar Jawid Akbar ada mengeluarkan buku yang menganggap Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara. Ketua Pemuda DPPM, Nasrudin Hasan berkata, PAS menolak fahaman sedemikian justeru ia lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal dan masyarakat umum tahu bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpandukan Islam dan Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasaalahan negara. Haron yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS telah mengeluarkan kenyataan berkenaan Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan syumul. Sekaligus melambangkan Islam sebagai ad deen yang lengkap dan komprehensif. Persoalan ini adalah jelas kedudukannya di dalam Al-Quran dan Nabi saw juga telah mempraktiskannya. Tidak bersetuju dengan Mubasyar "Dengan yang demikian, kami di peringkat DPPM menyokong penuh kenyataan beliau", katanya dalam kenyataan hari ini. "Kami memang tidak bersetuju dengan Mubasyar mengenai apa yang diceritakan di dalam bukunya yang bertajuk 'Tinder Box : The Past and The Future of Pakistan'. Lantaran kami yakin bahawa Islam adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua aspek. Menurut Nasrudin lagi, manusia tidak boleh mengasingkan atau menghadkan Islam hanyalah untuk menjalinkan persaudaraan, walhal, untuk membentuk sebuah negara, pentadbiran yang amanah, tidak menerima dan memberi rasuah, tidak tiris serta menjaga kebajikan rakyat juga adalah salah satu asas yang sangat ditekankan perlaksanaannya oleh Islam. "Kami dari DPPM menegaskan bahawa kami akan terus istiqamah atau konsisten mengambil Islam sebagai wadah utama dan solusi yang terbaik dalam segala perkara yang ingin dilakukan atau dilaksanakan. "Pada masa yang sama , kami tetap menghormati budaya dan agama lain serta komited mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera dalam masyarakat majmuk di negara ini. Justeru Islam adalah agama rahmat, agama keadilan dan agama yang membawa kemakmuran sejagat jika ianya dilaksanakan dengan baik," kata Nasrudin lagi.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan