Rabu, 24 Oktober 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Dr Asri khuatir PAS tadbir negara

Posted: 23 Oct 2012 02:59 PM PDT

Bekas mufti Perlis itu melihat masalah PAS sekarang adalah mereka dipimpin oleh golongan ulama, dan tiada siapa boleh menegur kesalahan yang dilakukan oleh ulama mereka.

"Masalah sekarang, PAS belum jadi pemimpin negara lagi."

"Kalau perkara ini kita tidak bahaskan hari ini, kita akan jadi seperti Iran yang mana Ayatollah tidak boleh disentuh," katanya.

Asri berkata demikian di ketika diminta mengulas senario pimpinan PAS yang terdiri daripada golongan ulama ketika ini.

Menurut Asri, jika Malaysia tidak berhati-hati dengan mana-mana parti termasuk PAS, maka akan berdepan keadaan negara yang lebih korup.

"Kalau dia (Pas) naik (memerintah negara) dengan mentaliti orang agamanya tidak boleh disentuh, ditambah dengan pemimpin yang ada kuasa politik; dan dia tokoh agama pula, kita akan menghadapi keadaan negara yang lebih korup daripada sekarang," katanya.

Perkara ini perlu dihapuskan diperingkat awal sebelum berlaku apa-apa perubahan struktur politik di nagara ini," tambah beliau lagi ketika Wacana Sinar di sini, hari ini.

Sebelum ini Pas telah memecat bekas    Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali ekoran mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kepimpinan Pas.

Malah, Adun Gombak Setia itu juga seringkali dibidas oleh pemimpin PR, terutamanya Pas kerana menyatakan parti Islam itu tersasar dari matlamat asal perjuangannya.

Turut menerima nasib sama adalah bekas Timbalan Presiden mereka, Nasharuddin Mat Isa yang mana seringkali mempertikaikan Pas kerana bersekongkol dengan DAP.

Nasha juga dilabel sebagai "barua Umno" kerana seringkali mengeluarkan pendapat dan kenyataan yang seolah-olah menyokong perjuangan parti komponen Melayu dalam Barisan Nasional (BN) itu.

 

‘Hudud tiada kesan kepada bukan Islam’

Posted: 23 Oct 2012 02:43 PM PDT

"Jika undang-undang hudud hendak dilaksanakan di Malaysia, maka undang-undang hudud yang merupakan sebahagian daripada undang-undang Islam berada di bawah kuasa negeri.

"Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap orang-orang Islam sahaja seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Mejar Jeneral (B), Datuk Sri Jamil Khir Baharom.

Oleh itu katanya, undang-undang hudud tidak akan memberi kesan terhadap rakyat bukan Islam. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Bebas Tan Tee Beng.

Tan dalam soalannya bertanya kesan pelaksanaan hudud, sekiranya dilaksanakan, terhadap rakyat bukan Islam. Beliau turut bertanya samada Akta Pencegahan Jenayah 1959 akan dipinda dan diselaraskan mengikut undang-undang hudud di dalam pelaksanaan hukuman.

Menurut Jamil Khir, undang-undang hudud akan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam yang terletak di bawah bidang kuasa negeri seperti dalam Fasal (2) Perkara 74 dan butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

"Berdasarkan Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa jenayah) 1965, bidang kuasa mahkamah syariah terhad kepada hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan tidak melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman -hukuman tersebut," kata Jamil Khir.

Beliau turut menolak sebarang perkaitan Akta Pencegahan Jenayah 1959 dengan undang-undang hudud.

"Justeru itu kerajaan tidak merancang untuk meminda akta ini," katanya.

 

Ambil tindakan, jangan undi Soi Lek - Abim

Posted: 22 Oct 2012 04:25 PM PDT

Abim juga mengajak umat Islam di mana sahaja jangan mengundi Chua di mana sahaja beliau bertanding.

Demikian kata Presidennya, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Abim menyertai umat Islam di seluruh negara membuat bantahan terbuka kepada kenyataan Chua yang menghina Islam dan hukum-hukumnya.

Sebelum ini, pelbagai pertubuhan dan individu, kecuali Umno, membantah siri kenyataan beliau yang sangat tidak sesnsitif bahkan menghina Islam.

Abim, kata Amidi, sekali lagi menyuarakan kekesalan dan terkejut atas kenyataan liar oleh Chua Soi Lek dalam mesyuarat Agung Tahunan MCA berkenaan dengan hukum hudud.


Kenyataan beliau yang menganggap bahawa negara yang mengamalkan hukum hudud sebagai yang paling banyak korupsi, tidak stabil dan tidak selamat adalah suatu kenyataan yang tidak berasas dan amat liar.

Ini seolah-olah untuk menzahirkan kepada umat Islam dan bukan Islam akan keburukan hukum hudud yang difahami dari perspektif beliau yang jumud. 

Walhal, katanya, umat Islam yang berpegang dengan keimanan dan aqidah yang murni yakin bahawa hukum hudud adalah salah satu daripada hukum yang mampu memartabatkan kemurniaan sosial, undang-undang bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada bukan Islam.

Abim, katanya, menggesa agar umat Islam menolak Chua Soi Lek walau dimana pun dia bertanding dalam PRU akan datang. Beliau tidak layak untuk menjadi wakil rakyat bagi warga Malaysia yang menghormati ajaran agama lain. 

"Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang gagal menyantuni keharmonian masyarakat negara ini," tegas beliau.

Abim juga, katanya, memandang berat sikap pemimpin para yang enggan memberikan teguran sedangkan keceluparan ini bukan kali pertama berlaku.

"Jangan beralasan dengan 'maqasid syariah' sedangkan suara ini semakin biadab. 'Hifz ul-din' juga termasuk dalam 'maqasid syariah' jika itulah pertimbangannya.

"Apatah lagi jika diukur dengan neraca 'wasatiyyat ul- Islam' yang terlalu jauh penyimpangannya. Sudah sampai masanya rakan sekutu pemimpin ini menyatakan sikap yang jelas kepada beliau kerana kedegilan dan kebiadabannya sudah melampaui batas," tegas beliau.

 

PAS tanding 30 dari 56 kerusi DUN Johor

Posted: 22 Oct 2012 04:21 PM PDT


Di peringkat Parlimen pula, PAS akan bertanding lapan kerusi, kata Pesuruhajaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

Ini bermakna, PAS bertanding paling banyak kerusi DUN Johor berbanding rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP yang akan bertanding kira-kira 27 kerusi lagi.

"Dalam pilihan raya 2008, kita bertanding 33 kerusi. Namun kali ini kita serahkan sebahagiannya kepada PKR dan DAP," kata beliau kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis dialog dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS di sebuah hotel dekat sini.

KERUSI TUMPUAN

Dari jumlah itu, PAS memberikan tumpuan kepada 17 kerusi untuk dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita beri tumpuan untuk menang 17 kerusi ini untuk membolehkan kita 'lead' Pakatan di Johor," kata beliau yang memberitahu, PAS Johor sudah bekerja keras sejak tiga tahun lalu.

DAP akan bertanding kira-kira 14 dan PKR pula akan bertanding 15 kerusi DUN.

KEBANGKITAN UNDI CINA

Menurut beliau, pengundi Melayu perlu memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya ini untuk mempastikan kestabilan politik berlaku di negeri ini.

"Ini kerana, ekoran kebangkitan pengundi Cina selepas 2008, kebanyakan kerusi di Johor akan jatuh kepada Pakatan Rakyat," katanya

Ini ekoran dari tindakan BN memasukkan pengundi Cina ke kebanyakan kerusi DUN di Johor dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 untuk menghadapi kebangkitan undi Melayu dalam pilihan raya sebelum itu (1999).

Hasilnya, banyak kerusi DUN yang mempunyai komposisi pengundi Cina sekitar 40 peratus.

"Dalam pilihan raya 2008, hanya 60 - 65 peratus sahaja pengundi Cina mengundi PAS. Kali ini, kita jangka pengundi mereka akan bertambah (untuk PAS)," kata Dr Mahfodz.

Jika pengundi Melayu masih terus bersama Umno, mereka akan bersama pembangkang dan kerajaan yang dibentuk nanti tidak akan stabil.

"Kita tidak mahu ulangi apa yang berlaku di Perak di mana kerajaannay tidak stabil. Oleh itu, orang Melayu perlu mengundi PAS bukannya Umno dalam pilihan raya akan datang ini," kata beliau.


AGENDA


Menurut Dr Mahfodz, yang mendapat PhD dalam bidang undang-undang syariah, agenda negara berkebajikan akan mendominasi hala tuju PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umu ini.

"Kita telah mencapai kata sepakat dalam Pakatan Rakyat, kita akan tumpukan kepada kebajikan rakyat.

"Tawaran air percuma adalah agenda utama kita untuk rakyat Johor," kata beliau.

Beliau memberitahu, syariah Islam hanya akan dilaksana jika mendapat sokongan semua pihak dalam Pakatan Rakyat. Sebab itu, kata beliau, ia tidak menjadi agenda sehingga kini.

"Kita menyertai pilihan raya ini secara bersama, jadi apa-apa yang hendak kita buat mesti mendapat persetujuan bersama dalam konteks demokrasi," kata beliau.

 

‘Tanda Putera’ perlu untuk beri peringatan tragedi 13 Mei

Posted: 22 Oct 2012 03:36 PM PDT

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'cruz berkata kepada Dewan Rakyat kerajaan percaya dengan kematangan generasi muda sekarang, filem itu perlu mengetengahkan paparan sejarah dalam filem secara efektif dan tepat.

"Kementerian berpendapat, dengan kematangan pemikiran generasi muda masa kini, filem sejarah perlu dipaparkan secara paling efektif dan realistik walaupun ada sentuh isu 13 Mei," katanya lagi.

"Selagi filem belum ditayangkan, andaian filem ini mengandungi unsur perkauman negatif adalah terlalu awal," kata Maglin ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kelana Jaya Gwo-Burne Loh di sini.

Gwo-Burne Loh sebelum itu bertanyakan kepada kementerian mengapa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengeluarkan pembiayaan kepada penerbit filem berkenaan, Persona Pictures yang didakwa mengeluarkan filem berunsur perkauman tersebut.

Tanda Putera sebelum ini telah menerima tekanan apabila didakwa memasukkan watak pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang dalam filem yang dijadualkan ditayang pada 15 November 2012, daripada tarikh awal 13 September depan.

Pengarah filem berkenaan, Datin Paduka Shuhaimi Baba, sebelum ini bagaimanapun telah menafikan  filem dengan durasi 117 minit itu juga tidak memaparkan mana-mana watak pemimpin DAP sepertimana dikatakan pelbagai pihak, terutama parti politik.

Tambah Shuhaimi, sejak trailer filem ini berdurasi 90 saat tersebar di Internet, banyak tuduhan palsu dan dakwaan yang membingungkan serta tidak berasas telah dilemparkan terhadap mereka.

Shuhaimi dalam penjelasannya berkata, adegan untuk 13 Mei juga dimasukkan sekadar untuk memberikan latar kepada filem berkenaan.

Sehubungan itu, Penasihat DAP itu juga sebelum ini telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan berbaur fitnah, didakwa dibawa oleh Facebook filem berkenaan.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini berkata, ekoran dakwaan tidak berasas Penerbit Eksekutif "Tanda Putera", Aida Fitra Buyong, beliau telah mengarahkan peguamnya memulakan tindakan perundangan berhubung fitnah yang dilemparkan.

 

Penerbit Tanda Putera terima dana k’jaan RM2.7 juta

Posted: 22 Oct 2012 03:04 PM PDT

"Pada tahun 2010 Finas menerima dana sebanyak RM2 juta. Dua skrip menerima dana tersebut iaitu Tanda Putera sebanyak RM2.7 juta dan filem Antara Dua Langit sebanyak RM2 juta," kata D' Cruz semasa menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Kelana Jaya PKR Loh Gwo Burne.

Loh dari PKR menyoal bagaimana Finas boleh membiayai sebuah filem yang membangkitkan isu perkauman di dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Filem kontroversi arahan sutradara Datin Paduka Shuhaimi Baba menimbulkan kegusaran berikutan ura-ura bahawa terdapat babak yang menggambarkan watak ahli parlimen veteran DAP Lim Kit Siang membuang air kecil ke atas bendera Malaysia di pekarangan rumah bekas Menteri Besar Datuk Harun Idris.

Filem tersebut mengisahkan bagaimana Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail menangani krisis 13 Mei meskipun menghadapi penyakit kronik.

Dalam bulan Ogos Kit Siang telah pun menafikan perkara tersebut dengan mengetengahkan saksi yang memberi keterangan sokongan.

"Kementerian yakin dengan kematangan pemikiran generasi muda, filem berunsur sejarah harus dipaparkan dengan cara paling efektif dan realistik.

"Adalah penting untuk kita mengambil iktibar (dari filem tersebut)," kata D' Cruz bagi mempertahankan filem Tanda Putera.

Dalam soalan tambahan, Loh meminta agar laporan panel kelulusan Finas terhadap Tanda Putera dibentangkan di dewan.

Beliau juga menyoal samada Finas akan memberikan dana untuk filem yang mempamerkan peranan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris dan Marina Yusoff kerana sejarah boleh dilihat dari pelbagai sudut.

D' Cruz menjelaskan bahawa filem Tanda Putera berhasrat menunjukkan tokoh pemimpin yang berusaha menyelesaikan masalah negara meskipun berhadapan dengan masalah kesihatan.

 

Perkasa mohon Raja-Raja turun padang

Posted: 21 Oct 2012 02:45 PM PDT

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, memandangkan zaman berubah mengikut arus demokratisasi dan perjuangan hak asasi, Institusi Diraja kini mudah diungkit dan dikritik secara terbuka.

Namun katanya, dalam perubahan ini hanya masyarakat Melayu sahaja yang masih taat kepada kepada Raja-Raja.

"Bagi memperkasakan Institusi Diraja, Perkasa mohon ampun perkenan mesti turun ke padang dan berdampingan dengan rakyat.

"Kita tahu seperti sebelum ini Sultan Pahang dan Kelantan juga sering melakukannya tapi perlu lebih kerap dan bergaul lebih mesra," katanya.

Cadangan itu dikemukakan Ibrahim dalam ucapannya di Persidangan Khas Tahunan Perkasa Peringkat Selangor di Dewan Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini petang semalam.

Sementara itu, beliau turut memberi jaminan Perkasa akan menyokong sepenuhnya calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 akan datang.

Ibrahim berkata walaupun Perkasa adalah NGO bebas, namun sokongan terhadap parti komponen BN tidak akan berbelah bagi termasuk undi kepada calon MCA.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu dalam ucapannya turut melancarkan boikot dan melarang setiap ahlinya daripada memberikan sebarang kenyataan terhadap portal berita Malaysiakini.

Beliau mendakwa Malaysiakini mendapat pembiayaan daripada George Soros yang juga dikaitkannya dengan NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

"Haram bagi ahli Perkasa bagi kenyataan kepada Malaysiakini. Kita cakap lain dia tulis lain. Kita boikot sampai PRU13," katanya.

Persidangan itu juga dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang turut menyumbang RM10,000 kepada pertubuhan itu.


 

Soi Lek: MCA bersedia berperang habis-habisan untuk PRU-13

Posted: 20 Oct 2012 04:26 PM PDT

Berpegang kepada slogan 'Berperang dengan Penuh Keberanian', Dr Chua berkata MCA kini sudah bangkit lebih sepakat, bersatu dan fokus dalam menangani isu-isu yang penting bersama-sama BN dan bersedia untuk menempuh apa jua masalah dan rintangan.

"Kami telah mengubah cara bekerja dengan menjadi lebih bersikap tegas, menyatakan pendirian dan mengambil pendirian dalam beberapa isu yang kami anggap tidak wajar ke atas rakyat. 

"Kami telah menyatakan suara hati kami supaya kerajaan dapat mendengarnya dengan jelas dan nyata dan kepimpinan baharu MCA komited untuk terus bercakap bagi pihak semua rakyat Malaysia," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di Wisma MCA di sini, hari ini.

Perhimpunan itu yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut dihadiri pemimpin parti komponen BN termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Datuk Seri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi perang pilihan raya umum, kami sudah sedia untuk 'berperang' bila sahaja Parlimen dibubarkan," katanya yang turut memberikan makna bagi 'WAR' iaitu "willing, able and ready" (sedia, berupaya dan bersedia).

Menyentuh soal dalaman parti, Dr Chua mengakui MCA memiliki beberapa kelemahan sebelum ini tetapi kepimpinan baharu parti itu telah belajar daripada kelemahan itu untuk menjadi lebih kuat dan bersiap sedia untuk menempuh dan menghadapi cabaran, dugaan dan rintangan. 

"Kita tidak akan sesekali menipu rakyat dengan mengatakan tiada kelemahan dan masalah dalam MCA seperti mana pakatan rakyat menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka merupakan satu parti politik yang paling sempurna, mulia dan suci di dunia termasuk bebas daripada sebarang masalah dan kelemahan," katanya. 

Dengan nada lebih tegas dan senada dengan keputusan Jawatankuasa pusat BN, Dr Chua memberi amaran bahawa tidak ada ruang dan masa untuk anasir-anasir sabotaj mengambil tempat di dalam parti ketika pilihan raya umum atau ahli akan berdepan tindakan dipecat dari parti. 

"Amanat kepada semua warga anggota MCA, mulai detik ini kita hanya patut bercakap, berbincang dan berfikir tentang mengalahkan pakatan rakyat dalam pilihan raya ketika bersarapan, makan tengah hari, malam atau ketika makan lewat malam," katanya yang disambut tepukan gemuruh anggota perwakilan. 

Dr Chua dalam ucapannya turut mengulangi komitmen MCA pada perhimpunan tahun lepas untuk tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan jika gagal menunjukkan prestasi lebih baik pada PRU-13 akan datang. 

"Ianya merupakan cabaran besar kepada ahli MCA, justeru kita harus kekal bersatu, fokus, bekerja keras dan bersiap sedia untuk berhadapan dengan PRU ke-13, kita sudah berada dalam persimpangan politik 'Do or Die Battle' (Pertarungan Hidup atau Mati)," katanya.

Dasar kabur pakatan pembangkang turut tidak terlepas daripada sindiran sinis Presiden MCA itu yang menyifatkan pembangkang tidak seharusnya bersembunyi di bawah slogan populisnya 'Ubah Malaysia' tanpa bersedia berkongsi dengan rakyat hala tuju negara di bawah pemerintahan mereka. 

Sebaliknya, Dr Chua berkata di bawah pimpinan Najib, transformasi kerajaan dapat disaksikan dengan jelas dan rakyat sepatutnya dapat membuat perbandingan dan pilihan yang tepat demi masa depan negara.

"Kita tidak kata kerajaan BN adalah sempurna, tetapi pada masa yang sama, tidak ada sesiapa dapat nafikan yang kerajaan ini telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama, sekali gus memberikan keamanan serta kestabilan kepada negara untuk terus maju," katanya.

 

Jangan guna hudud untuk pancing undi, MCA

Posted: 20 Oct 2012 04:01 PM PDT

"Isu hudud biar orang Islam tentukan. Jika mahu undi bukan ini caranya sehingga menghina dan mempertikaikan agama orang lain. Apakah ini sifat–sifat seorang presiden parti politik?

"Jangan sampai kami gunakan kuasa (mengundi) yang ada pada kami bila tiba pilihan raya," kata ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi dalam satu kenyataan media.

Tiga hari yang lalu presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek berkata pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan.

Hukuman hudud merupakan salah satu hasrat yang ingin dilaksanakan oleh PAS sekiranya memenangi pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Angka yang ada pada tangan saya adalah sekitar 1.2 juta. Ini akan menjadi realiti, sebagaimana dijangkakan, PAS menjadi parti dominan," kata beliau.

"Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan jika Pakatan Rakyat memegang kuasa. Ia akan menjadi parti dominan Pakatan Rakyat," kata Dr Chua.

Irwan turut mengingatkan Dr Chua agar berusaha mendapatkan kembali sokongan masyarakat Cina yang telah hilang semasa pilihan raya umum ke 12 pada 2008.

"Sepatutnya MCA bekerja keras untuk mengembalikan kepercayaan kaum mereka, bukan dengan menghina orang lain. Kaum mereka menolak mereka secara terang pada tahun 2008," kata Irwan.

 

Ahli kesal cubaan sabotaj DAP

Posted: 19 Oct 2012 05:43 PM PDT


"Kita minta polis siasat dan ambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang sengaja mencetuskan isu agama.

"Pelekat tersebut menggunakan logo DAP tetapi bukan dibuat oleh DAP dengan tertulis 'No Hudud' di atasnya. Walaupun DAP membantah negara ini melaksanakan hukum hudud tetapi kita menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam.

Menurutnya, laporan ini dibuat kerana perbuatan ini turut mengganggu ketenteraman awam juga didakwa mempunyai niat jahat untuk menimbulkan ketegangan antara ahli DAP dan Pas.

"Kita ada medium lain untuk suarakan pendirian bukan melalui kerja seperti ini yang tidak bertanggungjawab dan cuba menimbulkan ketegangan antara DAP dan Pas," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Hulu Langat, Samsol Bahari berkata, pihaknya mencetak 30 bunting sempena program 'Himpunan Hijau Jentera Pilihanraya Pas Hulu Langat' yang dijadualkan pada 14 Oktober lalu khas untuk ahli Pas sahaja.

"Sebanyak 10 bunting ditempatkan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan hanya bunting di kawasan Kajang dan Semenyih sahaja ditampal pelekat dengan logo DAP tertulis 'No Hudud'.

"Dari segi kualitinya sahaja kita tahu ini bukan dilakukan DAP kerana hubungan antara Pas dan DAP amat baik dan kita percaya ini kerja sabotaj pihak tertentu supaya ahli Pas tidak hadir program dijadualkan," katanya.

Samsol berkata, jangkaan mereka daripada 72 cawangan Pas yang ada kemungkinan sekitar 300 ke 400 yang hadir namun kehadiran melebihi jangkaan apabila lebih 500 yang hadir pada program tersebut.

"Tindakan pihak yang cuba mensabotaj program ini sebaliknya membangkitkan semangat ahli untuk hadir," katanya.

MCA akan terus bangkitkan isu ‘hudud’

Posted: 19 Oct 2012 05:40 PM PDT

"Kita harus menyampaikan mesej ini kepada rakyat, terutama kepada masyarakat Cina bahawa negara teokratik tidak dapat diterima di negara ini," kata timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan agung Pemuda MCA pagi ini.

"Kami akan terus menerangkan kepada rakyat yang kami tidak boleh menerima negara teokrasi dan hukum hudud ala PAS," katanya lagi.

Menteri kesihatan itu menemplak kritikan bahawa MCA telah mengulang-ulang isu hudud untuk meraih sokongan pengundi untuk memenangi pilihan raya dengan berkata isu tersebut perlu diulang bagi memastikan undang-undang Islam tersebut tidak diadakan di Malaysia.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah ketua pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong.

Wee berkata, dahulu DAP lantang menentang negara Islam yang dimahukan PAS, tetapi ia semakin berlembut untuk menawan Putrajaya.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mca-akan-terus-bangkitkan-isu-hudud/

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved