Selasa, 23 Oktober 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Ambil tindakan, jangan undi Soi Lek - Abim

Posted: 22 Oct 2012 04:25 PM PDT

Abim juga mengajak umat Islam di mana sahaja jangan mengundi Chua di mana sahaja beliau bertanding.

Demikian kata Presidennya, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Abim menyertai umat Islam di seluruh negara membuat bantahan terbuka kepada kenyataan Chua yang menghina Islam dan hukum-hukumnya.

Sebelum ini, pelbagai pertubuhan dan individu, kecuali Umno, membantah siri kenyataan beliau yang sangat tidak sesnsitif bahkan menghina Islam.

Abim, kata Amidi, sekali lagi menyuarakan kekesalan dan terkejut atas kenyataan liar oleh Chua Soi Lek dalam mesyuarat Agung Tahunan MCA berkenaan dengan hukum hudud.


Kenyataan beliau yang menganggap bahawa negara yang mengamalkan hukum hudud sebagai yang paling banyak korupsi, tidak stabil dan tidak selamat adalah suatu kenyataan yang tidak berasas dan amat liar.

Ini seolah-olah untuk menzahirkan kepada umat Islam dan bukan Islam akan keburukan hukum hudud yang difahami dari perspektif beliau yang jumud. 

Walhal, katanya, umat Islam yang berpegang dengan keimanan dan aqidah yang murni yakin bahawa hukum hudud adalah salah satu daripada hukum yang mampu memartabatkan kemurniaan sosial, undang-undang bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada bukan Islam.

Abim, katanya, menggesa agar umat Islam menolak Chua Soi Lek walau dimana pun dia bertanding dalam PRU akan datang. Beliau tidak layak untuk menjadi wakil rakyat bagi warga Malaysia yang menghormati ajaran agama lain. 

"Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang gagal menyantuni keharmonian masyarakat negara ini," tegas beliau.

Abim juga, katanya, memandang berat sikap pemimpin para yang enggan memberikan teguran sedangkan keceluparan ini bukan kali pertama berlaku.

"Jangan beralasan dengan 'maqasid syariah' sedangkan suara ini semakin biadab. 'Hifz ul-din' juga termasuk dalam 'maqasid syariah' jika itulah pertimbangannya.

"Apatah lagi jika diukur dengan neraca 'wasatiyyat ul- Islam' yang terlalu jauh penyimpangannya. Sudah sampai masanya rakan sekutu pemimpin ini menyatakan sikap yang jelas kepada beliau kerana kedegilan dan kebiadabannya sudah melampaui batas," tegas beliau.

 

PAS tanding 30 dari 56 kerusi DUN Johor

Posted: 22 Oct 2012 04:21 PM PDT


Di peringkat Parlimen pula, PAS akan bertanding lapan kerusi, kata Pesuruhajaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

Ini bermakna, PAS bertanding paling banyak kerusi DUN Johor berbanding rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP yang akan bertanding kira-kira 27 kerusi lagi.

"Dalam pilihan raya 2008, kita bertanding 33 kerusi. Namun kali ini kita serahkan sebahagiannya kepada PKR dan DAP," kata beliau kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis dialog dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS di sebuah hotel dekat sini.

KERUSI TUMPUAN

Dari jumlah itu, PAS memberikan tumpuan kepada 17 kerusi untuk dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita beri tumpuan untuk menang 17 kerusi ini untuk membolehkan kita 'lead' Pakatan di Johor," kata beliau yang memberitahu, PAS Johor sudah bekerja keras sejak tiga tahun lalu.

DAP akan bertanding kira-kira 14 dan PKR pula akan bertanding 15 kerusi DUN.

KEBANGKITAN UNDI CINA

Menurut beliau, pengundi Melayu perlu memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya ini untuk mempastikan kestabilan politik berlaku di negeri ini.

"Ini kerana, ekoran kebangkitan pengundi Cina selepas 2008, kebanyakan kerusi di Johor akan jatuh kepada Pakatan Rakyat," katanya

Ini ekoran dari tindakan BN memasukkan pengundi Cina ke kebanyakan kerusi DUN di Johor dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 untuk menghadapi kebangkitan undi Melayu dalam pilihan raya sebelum itu (1999).

Hasilnya, banyak kerusi DUN yang mempunyai komposisi pengundi Cina sekitar 40 peratus.

"Dalam pilihan raya 2008, hanya 60 - 65 peratus sahaja pengundi Cina mengundi PAS. Kali ini, kita jangka pengundi mereka akan bertambah (untuk PAS)," kata Dr Mahfodz.

Jika pengundi Melayu masih terus bersama Umno, mereka akan bersama pembangkang dan kerajaan yang dibentuk nanti tidak akan stabil.

"Kita tidak mahu ulangi apa yang berlaku di Perak di mana kerajaannay tidak stabil. Oleh itu, orang Melayu perlu mengundi PAS bukannya Umno dalam pilihan raya akan datang ini," kata beliau.


AGENDA


Menurut Dr Mahfodz, yang mendapat PhD dalam bidang undang-undang syariah, agenda negara berkebajikan akan mendominasi hala tuju PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umu ini.

"Kita telah mencapai kata sepakat dalam Pakatan Rakyat, kita akan tumpukan kepada kebajikan rakyat.

"Tawaran air percuma adalah agenda utama kita untuk rakyat Johor," kata beliau.

Beliau memberitahu, syariah Islam hanya akan dilaksana jika mendapat sokongan semua pihak dalam Pakatan Rakyat. Sebab itu, kata beliau, ia tidak menjadi agenda sehingga kini.

"Kita menyertai pilihan raya ini secara bersama, jadi apa-apa yang hendak kita buat mesti mendapat persetujuan bersama dalam konteks demokrasi," kata beliau.

 

‘Tanda Putera’ perlu untuk beri peringatan tragedi 13 Mei

Posted: 22 Oct 2012 03:36 PM PDT

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'cruz berkata kepada Dewan Rakyat kerajaan percaya dengan kematangan generasi muda sekarang, filem itu perlu mengetengahkan paparan sejarah dalam filem secara efektif dan tepat.

"Kementerian berpendapat, dengan kematangan pemikiran generasi muda masa kini, filem sejarah perlu dipaparkan secara paling efektif dan realistik walaupun ada sentuh isu 13 Mei," katanya lagi.

"Selagi filem belum ditayangkan, andaian filem ini mengandungi unsur perkauman negatif adalah terlalu awal," kata Maglin ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kelana Jaya Gwo-Burne Loh di sini.

Gwo-Burne Loh sebelum itu bertanyakan kepada kementerian mengapa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengeluarkan pembiayaan kepada penerbit filem berkenaan, Persona Pictures yang didakwa mengeluarkan filem berunsur perkauman tersebut.

Tanda Putera sebelum ini telah menerima tekanan apabila didakwa memasukkan watak pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang dalam filem yang dijadualkan ditayang pada 15 November 2012, daripada tarikh awal 13 September depan.

Pengarah filem berkenaan, Datin Paduka Shuhaimi Baba, sebelum ini bagaimanapun telah menafikan  filem dengan durasi 117 minit itu juga tidak memaparkan mana-mana watak pemimpin DAP sepertimana dikatakan pelbagai pihak, terutama parti politik.

Tambah Shuhaimi, sejak trailer filem ini berdurasi 90 saat tersebar di Internet, banyak tuduhan palsu dan dakwaan yang membingungkan serta tidak berasas telah dilemparkan terhadap mereka.

Shuhaimi dalam penjelasannya berkata, adegan untuk 13 Mei juga dimasukkan sekadar untuk memberikan latar kepada filem berkenaan.

Sehubungan itu, Penasihat DAP itu juga sebelum ini telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan berbaur fitnah, didakwa dibawa oleh Facebook filem berkenaan.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini berkata, ekoran dakwaan tidak berasas Penerbit Eksekutif "Tanda Putera", Aida Fitra Buyong, beliau telah mengarahkan peguamnya memulakan tindakan perundangan berhubung fitnah yang dilemparkan.

 

Penerbit Tanda Putera terima dana k’jaan RM2.7 juta

Posted: 22 Oct 2012 03:04 PM PDT

"Pada tahun 2010 Finas menerima dana sebanyak RM2 juta. Dua skrip menerima dana tersebut iaitu Tanda Putera sebanyak RM2.7 juta dan filem Antara Dua Langit sebanyak RM2 juta," kata D' Cruz semasa menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Kelana Jaya PKR Loh Gwo Burne.

Loh dari PKR menyoal bagaimana Finas boleh membiayai sebuah filem yang membangkitkan isu perkauman di dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Filem kontroversi arahan sutradara Datin Paduka Shuhaimi Baba menimbulkan kegusaran berikutan ura-ura bahawa terdapat babak yang menggambarkan watak ahli parlimen veteran DAP Lim Kit Siang membuang air kecil ke atas bendera Malaysia di pekarangan rumah bekas Menteri Besar Datuk Harun Idris.

Filem tersebut mengisahkan bagaimana Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail menangani krisis 13 Mei meskipun menghadapi penyakit kronik.

Dalam bulan Ogos Kit Siang telah pun menafikan perkara tersebut dengan mengetengahkan saksi yang memberi keterangan sokongan.

"Kementerian yakin dengan kematangan pemikiran generasi muda, filem berunsur sejarah harus dipaparkan dengan cara paling efektif dan realistik.

"Adalah penting untuk kita mengambil iktibar (dari filem tersebut)," kata D' Cruz bagi mempertahankan filem Tanda Putera.

Dalam soalan tambahan, Loh meminta agar laporan panel kelulusan Finas terhadap Tanda Putera dibentangkan di dewan.

Beliau juga menyoal samada Finas akan memberikan dana untuk filem yang mempamerkan peranan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris dan Marina Yusoff kerana sejarah boleh dilihat dari pelbagai sudut.

D' Cruz menjelaskan bahawa filem Tanda Putera berhasrat menunjukkan tokoh pemimpin yang berusaha menyelesaikan masalah negara meskipun berhadapan dengan masalah kesihatan.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved