Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- PRU13: Mahathir ada ‘pengaruh besar’?
- Siapa penyumbang RM40 juta untuk Umno Sabah
- Anwar suka menipu rakyat, kata Fadillah
- Kerjasama dalam Pakatan berpaksi Tahaluf Siyasi
PRU13: Mahathir ada ‘pengaruh besar’? Posted: 13 Oct 2012 02:40 PM PDT Karisma dan pencapaian mantap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara faktor besar yang bakal menyumbang kepada kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurut Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Abdul Rahman Abdul Aziz, meskipun pembabitan Dr Mahathir hanya secara tidak langsung iaitu menerusi komen-komen beliau terhadap dasar 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia membantu memberi impak besar dalam siri kempen kerajaan dalam PRU.
|
Siapa penyumbang RM40 juta untuk Umno Sabah Posted: 13 Oct 2012 02:23 PM PDT Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.
|
Anwar suka menipu rakyat, kata Fadillah Posted: 13 Oct 2012 02:15 PM PDT Beliau menjelaskan ini terbukti dengan dakwaan Anwar yang beliau (Fadillah) tidak lama lagi akan menyertai Pakatan Rakyat. "Nampak sangatlah dia tidak ada idea lain sehinggakan saya juga turut diheret sama dalam permainannya," katanya selepas membuat lawatan ke rumah Haziman Leman di Taman Sri Wangi Matang. Fadillah percaya tindakan Anwar itu akibat beliau sudah tersepit dengan keadaan janji yang gagal dikotakannya sejak pilihan raya umum 2008. Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata orang tidak akan hairan dengan permainan politik Anwar itu kerana menurut rekod "menipu itu adalah kebiasaan" bagi beliau. "Dari janji 16 September, dia tidak henti-henti untuk meracuni fikiran orang sehinggakan ada pula pusingan kedua sekarang," tegasnya. Fadillah memberitahu, orang ramai tidak usah hendak mempercayai kata-kata Ketua Pembangkang itu kerana ia adalah cubaan untuk memecah-belahkan perpaduan Barisan Nasional. "Rakyat kita bijak dan tidak akan mudah tertipu dengan muslihat mereka. Anwar sebenarnya ini sudah terdesak dan tidak laku lagi di kalangan orang ramai," katanya.
|
Kerjasama dalam Pakatan berpaksi Tahaluf Siyasi Posted: 13 Oct 2012 02:12 PM PDT "Pakatan Rakyat adalah satu pemuafakatan politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam," kata beliau dalam blog rasminya. Menurut Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang -undang tubuhnya (Perlembagaan). "Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan Umno," tegas beliau. Ujarnya, "begitu juga hubungan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen Barisan Nasional (BN) yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran, As-Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias. Katanya, PAS bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat. "PAS bekerjasama dalam menentang amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, hingga menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah," tambahnya. Umno yang mewakili Melayu Islam dalam BN mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak tahumembezakan di antara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan