Sabtu, 13 Oktober 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Scorpene: Peguam Perancis akan hadir ke Parlimen

Posted: 12 Oct 2012 02:20 PM PDT

KeadilanDaily melaporkan, Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, kedua-duanya telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang parlimen berakhir, November ini.

"Kita sedang merancang tarikh sesuai untuk bawa mereka beri penerangan di Parlimen. Mungkin dalam bulan November. Visa kedua-dua peguam untuk ke Malaysia telah dimohon minggu lalu.

"Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai," ujar Cynthia yang dipetik portal PKR itu.

"Kalau boleh kita tak nak buat penerangan di Singapura. Itu hanya pilihan terakhir," ujar beliau lagi.

Menurut Cynthia, kemasukan itu dibuat mengikut prosedur selepas Wisma Putra dan Jabatan Imigresen sebelum ini mengguna alasan untuk mengusir Bourdon atas alasan menyalahguna pas lawatan.

"Jadi kali ini kita mohon secara betul mengikut prosedur.

"Kita bawa masuk mereka kali ini secara sah dan harap kerajaan beri kerjasama. Wisma Putra tak perlu beri alasan untuk halang peguam jumpa klien (Suaram)," tegas Cynthia.

 

PM: Dana RM40 juta Sabah hanya derma politik

Posted: 12 Oct 2012 01:34 PM PDT

Menurut beliau, setiap parti politik mempunyai hak menerima derma politik selagi ia dilakukan melalui saluran yang betul.

Ditanya mengenai di mana beliau memperolehi dana tersebut, Najib bagaimanapun enggan membuat pendedahan.

Beliau  berkata bahawa pembangkang didakwa turut menerima derma politik  sedemikian.

"Kita tidak sewenang-wenang mendedahkan kerana pembangkang juga menerima derma politik dan mereka tidak mendedahkan daripada mana mereka memperolehinya.

"Cuba tanya pembangkang, berapa banyak yang mereka dapat untuk derma politik. Pemberian dana ini dilakukan dengan cara yang betul untuk kebaikan parti," katanya.

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis berkata, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu.

 

Orang Melayu diminta bersatu hadapi golongan cauvinis

Posted: 12 Oct 2012 01:28 PM PDT

Beliau yang merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata oleh itu orang Melayu tidak boleh membuat percaturan salah pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita kena sedar ada sekelompok manusia cauvinis yang terang-terang berusaha memecahbelahkan orang Melayu. Mereka mahu menguasai negara ini. 

Sebarang kesilapan akan membawa padah dan bangsa Melayu akan kehilangan kuasa.

"Orang Melayu tiada pilihan, kita perlu bersatu menentang golongan cauvinis bagi menjamin survival bangsa," katanya sewaktu berucap pada program 'Selamatkan Bangsa dan Negara: Amanat Pemimpin Bersama Rakyat' di Kampung Barokhas di sini malam tadi. 

Ia dihadiri lebih 1,000 orang termasuk Naib Ketua Umno bahagian Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang juga Anggota DUN Kuala Nerang.

Mahdzir yang juga Anggota DUN Pedu berkata orang Melayu perlu berhenti bersengketa sesama sendiri serta mengikis sifat dendam kesumat dalam diri mereka.

Katanya golongan cauvinis turut mengancam keselamatan negara dengan menganjurkan penentangan secara terbuka terhadap kerajaan yang dipilih rakyat melalui demonstrasi jalanan.

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pula mengingatkan orang Melayu supaya mengkaji sejarah kebebasan negara dari belenggu penjajahan sehingga menjadi sebuah negara membangun.

"Nikmat yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan bangsa Melayu sendiri yang ditunjangi Umno dan ia perlu dipertahankan. 

"Sekali kita hilang kuasa, tidak mudah untuk kita dapat balik. Jadi belajarlah dari sejarah supaya kita akan lebih sedar nasib kita," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved