Jumaat, 12 Oktober 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Ahli MPK fail saman fitnah terhadap bekas anggota DAP

Posted: 10 Oct 2012 05:14 PM PDT

Lee, 46, yang memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Lim Lip Eng dan Eric Tan dari Tetuan Stella, Lim & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, menamakan Yap Kon Min, 65, dan Sin Chew Media Corporation sebagai defendan. 
   
Lee, yang juga ahli jawatankuasa DAP Selangor, dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kedua-dua defendan berniat jahat dan secara salah mencetak dan menyiarkan perkataan berunsur fitnah terhadapnya dalam akhbar harian Sin Chew Daily pada 4 Ogos, tahun lepas.
   
Lee mendakwa perkataan-perkataan itu membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penjenayah yang mengakibatkan kematian Teoh Beng Hock, menyeleweng wang Kerajaan Negeri Selangor, terlibat dalam aktiviti rasuah dan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam.
   
Oleh itu, Lee menuntut satu injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan menerbitkan kenyataan atau perkataan berunsur fitnah terhadapnya, ganti rugi am teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar, faedah, kos dan lain-lain perintah selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

 

PAS parti sesuai untuk saya - Tengku Paduka

Posted: 10 Oct 2012 03:30 PM PDT

Apakah yang mendorong Tengku menyertai PAS?

TENGKU SERI PADUKA RAJA: Pertamanya, saya ingin katakan bahawa saya menyertai PAS kerana Allah. Umur saya pun sudah mencecah 73 tahun, saya tiada apa-apa kepentingan, selain mahu menyaksikan Islam dan kebenaran tertegak di Terengganu dan di Malaysia amnya.

Saya melihat perkembangan politik dalam negara kita, keadaan sekarang ini begitu teruk dari segi penyelewengan, kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Umno-Barisan Nasional, baik di Pusat dan di Negeri.

Saya bimbang, jika saya duduk diam sahaja di rumah, pandangan saya tidak laku kerana saya tidak di pentas politik. Sebab itu saya memilih PAS, yang saya rasa PAS adalah sebuah parti yang sesuai pada saya.

Tetapi sejak dulu saya baik dengan PAS. Saya cukup-cukup menghormati Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malah semasa saya menjadi wakil rakyat Parti Semangat 46, saya sudah akrab dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Saya melihat pemimpin-pemimpin PAS begitu akrab dan mengambil berat tentang permasalahan rakyat. Kita hendak pemimpin macam inilah yang menjadi pemimpin kerajaan negeri. Semasa saya jadi Adun dahulu, sehingga sekarang pun saya masih rapat dengan rakyat.

Justeru, tujuan saya dengan memasuki PAS, kita boleh kemukakan pendapat kita dan membangkit isu-isu yang berkepentingan rakyat.

Agak lama Tengku tidak aktif dalam politik?

Ya..Selepas dibubar Semangat 46 pada bulan Jun 1996, saya dikira sudah bersaralah, main dengan cucu-cucu sahaja (ketawa).

Tetapi sebenarnya dalam politik tiada istilah bersara. Saya bercakap juga, saya menegur juga, malah ada yang meminta pandangan saya, saya terus memberikan pendapat.

Ada dakwaan Umno yang mengatakan Tengku pernah menyertai Umno?


Sebenarnya saya bukan menyertai Umno. Semasa Semangat 46 hendak dibubarkan, syarat Dr Mahathir Mohamad kepada Tengku Razaleigh Hamzah ialah, semua ahli Semangat 46 diminta menyertai Umno. Jadi, keputusan MKT. Ramai yang tidak setuju, tetapi akur dengan permintaan Presiden parti (Tengku Razaleigh) kerana hormatkan beliau.

Saya tidak pernah bayar yuran untuk masuk Umno. Tak tahu lah kalau Pusat (Ibu pejabat S46) yang bayar. Bukan saya seorang, ramai lagi punyai pandangan yang sama dengan saya. Semasa mesyuarat akhir MKT S46, bukan semuanya setuju, tetapi kita akur kepada kehendak Presiden.

Apa pandangan Tengku mengenai kerajaan Umno-BN sekarang?


Dalam konteks Terengganu, saya melihat pentadbiran kerajaan Umno-BN terlalu banyak kucar-kacir. Banyak penyelewengan, kemungkaran dan salahguna kuasa.

Saya tahu apa yang saya cakapkan. Saya tidak akan bercakap sesuatu perkara yang saya tidak ada bukti. Saya tidak buat fitnah. Banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku, dilakukan oleh pemimpin Umno-BN.

Contoh mudah ialah mengenai Zoo Kemaman. Belanja yang diperuntukkan RM100 juta. Pada pendapat saya tidak ada keperluan kita bebelanja besar untuk zoo. Pemimpin Umno-BN sila beritahu saya, di mana di Malaysia ini zoo yang mampu menjana keuntungan?

Kita tahu semua binatang itu harus dibeli. Memang dia tidak mengaku, tetapi kita tahu lah dia beli dengan harga yang mahal.

Kita lihat di Kuala Lumpur misalnya, ada korporat yang membantu dan sponsor makanan dan rawatan untuk haiwan. Tetapi hendak kata untung, memang tiada.

Kemudiannya, mengenai Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir. Ini semua projek tidak masuk akal. Kalau di negeri-negeri yang berkaitan dengan sempadan seperti di Kelantan, Perlis dan Kedah, kita faham. Ia tujuan untuk menarik pembeli dengan saingan harga dengan negara jiran.

Tetapi yang Umno buat di Terengganu dalam hutan, siapa hendak pergi? Buatlah cantik macam mana pun, ia tidak praktikal.

Sebab itu pada saya, peranan utama PAS sekarang ini ialah menukar kerajaan. Bukan semata-mata hendak memperbetulkan kesalahan kerajaan yang ada.

Saya juga bercakap dengan pemimpin-pemimpin Umno, tetapi no response. Mereka seolah-olah tidak mengendahkan teguran rakyat.

Apa pandangan Tengku mengenai royalti minyak Terengganu dan Kelantan?


Satu perkara yang paling mustahak ialah mengenai royalti. Royalti minyak ini, yang dibawa ke Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said menarik balik saman yang dibuat kerajaan PAS dahulu dengan alasan isu itu sudah diselesaikan.

Bila kita tanya dia (MB) selesaikan macam mana? Apa butiran bertulis mengenai penyelesaian itu..dia tidak jawab. Kita tegaskan, adalah hak rakyat Terengganu untuk tahu, kerana duit itu (royalti) bukan milik Umno, bukan milik MB, tetapi milik semua rakyat Terengganu.

Keseluruhannya rakyat Terengganu berhak tahu. Bila kita tanya dia kata ini maklumat sulit. Apa yang hendak disulitkan kita tiada apa yang hendak Umno tutup? Ini mesti ada masalah yang disembunyikan. Apa Ahmad Said hendak takut jika beliau tidak buat salah?

Insya Allah selepas ini, jika PAS dan Pakatan Rakyat menang, saya cadangkan kita bongkar semuanya dan beritahu rakyat apa sebenarnya yang berlaku. Bukan hendak menuduh sesiapa, ini adalah fakta yang harus kita beritahu rakyat, apa sebenarnya yang berlaku.

Begitu juga di Kelantan. Kelantan ada 1.5 juta rakyat, Terengganu ada 1.3 juta. Lebih 90 peratus rakyatnya orang Melayu, orang Islam. Apa yang Umno hendak permainkan orang Melayu-Islam ini? Kejap royalti, sekejap wang ihsan.

Pada saya, saya tidak boleh terima nama 'wang ihsan'. Wang ihsan ini hanya menghina kan rakyat. Sebab nama dia ihsan, dia boleh kata, "aku nak beri boleh, aku tak nak beri pun boleh. Semuanya atas ihsan.

Inilah kuasa yang dipegang Umno-BN untuk mempermainkan orang-orang Melayu khususnya. Cerita sebenar mengenai royalti ini tidak akan keluar dalam media masa yang dikuasai Umno. Sebab itu, kita harapkan Harakah dan Suara Keadilan untuk bersuara.

Mengapa agaknya Terengganu yang kaya dengan hasil minyak, tetapi rata-rata rakyat masih berada dalam kemiskinan?


Semasa dalam S46 lagi saya bawa slogan bahawa 'Terengganu Kaya Rakyat Miskin'. Sekarang ini mengikut jangkaan saya, kerajaan dan Petronas masih lagi berhutang RM5 bilion kepada rakyat Terengganu, yang perlu dibayar daripada wang yang disekat dahulu. Inilah kerja pemimpin Umno Terengganu yang menindas rakyat.

Sebab itu saya menyeru rakyat Terengganu menyokong Pakatan Rakyat. Pakatan komited untuk bayar 20 peratus wang royalti. Jangan cakap 20 peratus, jika 10 peratus pun Terengganu akan dapat 3 bilion setahun. Ini sesuatu yang amat baik untuk kepentingan seluruh rakyat Terengganu. Allahu Akbar.

 

Ada agenda tapi tidak bincang isu Faekah

Posted: 10 Oct 2012 01:36 PM PDT

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada FMT.

Mesyuarat biro politik parti ini merupakan mesyuarat mingguan dan kebiasaannya diadakan pada setiap Rabu.

Isu ini timbul kembali apabila sekumpulan ahli parti di Selangor mendesak agar Faekah dipecat melalui satu sidang media pada Isnin lalu.

Faekah sebelum ini mengulas untuk menyerahkan keinginan ahli parti tersebut kepada PKR Pusat.

Sementara itu, sumber berkata agenda atau usul mengenai pemecatan Faekah ini bukan kali pertama berlaku, namun tiada tindakan drastik diambil mengenainya.

Ini menurut sumber agenda pemecatan tersebut hanya disuarakan oleh sesetengah pimpinan dan ahli bersekutu dan bukannya suara majoriti.

Lebih-lebih lagi ia didakwa membabitkan sesetengah pimpinan tertinggi parti yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Faekah.

"Faekah mempunyai hubungan baik dengan Presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah) dan Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Yang menentang Faekah hanya segelintir sahaja," kata sumber.

Umum mengetahui Faekah merupakan bekas pembantu khas Wan Azizah dan kini diberi tanggungjawab membantu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 

Pemuda PAS sokong kenyataan Haron Din

Posted: 10 Oct 2012 01:33 PM PDT

Baru-baru ini, bekas ahli Parlimen India, Mubasyar Jawid Akbar ada mengeluarkan buku yang menganggap Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara.

Ketua Pemuda DPPM, Nasrudin Hasan berkata, PAS menolak fahaman sedemikian justeru ia lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal dan masyarakat umum tahu bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpandukan Islam dan  Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasaalahan negara.

Haron yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS  telah mengeluarkan kenyataan berkenaan Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan syumul.
Islam menawarkan  apa sahaja yang melengkapkan kehidupan manusia,  termasuklah soal pembentukan dan pentadbiran negara.

Sekaligus melambangkan Islam sebagai ad deen yang lengkap dan komprehensif.  Persoalan ini adalah jelas kedudukannya di dalam Al-Quran dan Nabi saw juga telah mempraktiskannya.

Tidak bersetuju dengan Mubasyar

"Dengan yang demikian, kami di peringkat DPPM menyokong penuh kenyataan beliau", katanya dalam kenyataan hari ini.

"Kami memang tidak bersetuju dengan Mubasyar mengenai apa yang diceritakan di dalam  bukunya yang bertajuk 'Tinder Box : The Past and The Future of Pakistan'. Lantaran kami yakin bahawa Islam adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua aspek.

Menurut Nasrudin lagi, manusia tidak boleh mengasingkan atau menghadkan Islam hanyalah untuk menjalinkan persaudaraan, walhal, untuk membentuk sebuah negara, pentadbiran yang amanah, tidak menerima dan memberi rasuah, tidak tiris  serta menjaga kebajikan rakyat juga adalah salah satu asas yang sangat ditekankan perlaksanaannya oleh  Islam.

"Kami dari DPPM menegaskan bahawa kami akan terus istiqamah atau konsisten mengambil Islam sebagai wadah utama dan solusi yang terbaik dalam segala perkara yang ingin dilakukan atau dilaksanakan.

"Pada masa yang sama , kami tetap menghormati budaya dan agama lain serta komited mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera dalam masyarakat majmuk di negara ini. Justeru Islam adalah agama rahmat, agama keadilan dan agama yang membawa kemakmuran sejagat jika ianya dilaksanakan dengan baik," kata Nasrudin lagi.

 

Biro Politik PKR akan bincang kedudukan Faekah malam ini

Posted: 09 Oct 2012 04:52 PM PDT

Ekoran desakan daripada beberapa pemimpin PKR Selangor dan juga biro politik negeri baru-baru ini agar Faekah dipecat dari jawatannya berikutan komen kepada media menjawab kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, perkara ini terpaksa dibincangkan untuk meredakan keadaan.

Azmin Ali sebelum itu menyentuh kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak lagi menjadi menteri besar Selangor jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Sinar Harian Online melaporkan sumber memberitahu surat meminta agar Faekah diambil tindakan telah dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, semalam.

"Ya, surat sudah dihantar kepada lembaga disiplin menerusi Setiausaha Agung, jadi saya percaya bahawa pejabat Setiausaha Agung akan membawa perkara ini kepada Biro Politik untuk memutuskan sama ada lembaga disiplin perlu mengadakan siasatan atau sebaliknya.

"Kandungan surat ini meminta agar Faekah diambil tindakan disiplin... bentuk tindakan kita serahkan kepada pusat, walaupun ada yang meminta beliau dipecat (sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar)," kata sumber dipetik dari Sinar Harian Online.

Biro Politik dianggotai oleh pemimpin-pemimpin kanan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga kebiasaannya akan hadir.

Dalam sidang media baru-baru ini, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kepimpinan parti itu menyerahkan sepenuhnya isu gesaan Faekah dipecat kepada Jawatankuasa Disiplin PKR  untuk dipertimbangkan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung pertikaian itu termasuk desakan yang dibuat Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah pada sidang media kelmarin.

"Saya tiada komen lanjut kerana perkara ini telah diusulkan kepada pihak terlibat untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin," katanya.

Malah semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, beliau menyerahkan kepada Setiausaha Agung parti berhubung dengan isu kedudukan Faekah.

Isu berkenaan dengan pemecatan Faekah telah lama dibangkitkan akan tetapi isu tersebut reda seketika.

Namun begitu baru-baru ini Faekah kembali diserang akibat daripada tindakannya mengkritik Azmin secara terbuka.

 

Presiden Gaps, Hamidzun Khairuddin, didakwa salah laku

Posted: 09 Oct 2012 03:44 PM PDT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor telah menemui beberapa dokumen yang menyatakan bahawa Hamidzun Khairuddin ini pernah melakukan penyelewengan ketika menjadi peguam kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Penyelaras Bersama SAMM Selangor Azhar Achil mendakwa penyelewengan tersebut telah menyebabkan beliau disenarai hitam oleh PKNS.

"Walaupun kononnya Hamidzun telah membayar semula wang selepas itu setelah dipaksa tetapi dari segi profesionalisme guaman ia tetap merupakan suatu kesalahan," kata Azhar dalam satu kenyataan media.

Beliau selaku penyelaras SAMM Selangor membuat laporan polis di IPD Sabak Bernam semalam ke atas kewujudan dua dokumen yang menyatakan penyelewengan yang dilakukan Hamidzun.

Menurutnya, Hamidzun ialah rakan kongsi dalam syarikat peguam Zamri Ibrahim & Co. yang telah menyeleweng wang ketika menjadi panel peguam PKNS.

"Satu siasatan harus dilakukan dan jika benar perkara ini berlaku beliau seharusnya dilucutkan dari menjadi seorang peguam kerana jelas telah menipu dan dikhuatiri ramai lagi akan tertipu dengan gelaran peguamnya itu," kata Azhar.

 

‘Nasha jurucakap Umno dalam Pakatan’

Posted: 09 Oct 2012 03:28 PM PDT

Ketua DHPP, Hu Pang Chow berkata, sepatutnya ahli Parlimen Bachok itu menyertai Umno.

"Adakah kenyataan ini ada agenda tersembunyi? Kalau dia (Nasha) nak pertahankan Islam, nak tunjuk alim, dia sepatutnya dia perbetulkan orang Umno," kata Hu.

Nasharudin petang kelmarin dilaporkan berkata, dalam menghadapi PRU13 mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura PAS berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan PAS sering dilihat 'taboo'.

Beliau berkata demikian pada seminar dakwah Islamiyyah sebagai tunggak kekuatan umah di PWTC, semalam.

Menang sendiri

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam. PAS berada dalam Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai DAP.

Bagaimanapun, Hu menegaskan jika PAS bergabung dengan Umno ini bermakna parti Islam itu bersekongkol dengan penyalahguna kuasa, rasuah dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno.

"Orang Melayu banyak yang miskin, terlibat dengan jenayah dan gejala sosial. Adakah Nasharuddin mahu PAS terbabit sama?" tanya Hu.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  dilaporkan mempersoalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri  pelancaran buku bertajuk Tinderbox: The Past and Future of Pakistan yang ditulis oleh bekas ahli Parlimen  India, Mobashar Jawed Akbar yang dikatakan pernah menghina Islam.Sementara bekas ahli Parlimen PAS Sik, Datuk Shahnon juga mempersoalkan hubungan PAS dengan DAP.

 

Adakah Azmin Ali yang memasang kamera pengintip di bilik Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim

Posted: 08 Oct 2012 08:07 PM PDT

Azmin yang sebelum ini dikaitkan dengan aksi 'jual beli aiskrim' di dalam tandas sudah diketahui umum telah lama bercita-cita untuk menjadi MB dan seringkali cuba mengganggu gugat kelancaran pentadbiran Khalid di negeri itu.

Malah pendedahan oleh MB Selangor itu berhubung penemuan sebuah kamera pengintip di balik tabir langsir dalam pejabatnya sebelum ini juga berkait rapat dengan usaha-usaha terancang dalam PKR untuk menjatuhkan Khalid bagi digantikan dengan Azmin.

Melihat pada hubungannya yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak sukar untuk kita fahami kenyataan terbaru Azmin ini tentunya sudah mendapat lampu hijau dari Anwar.

Mahu tidak mahu, Khalid sudah boleh menguburkan terus hasratnya menyambung khidmat sebagai MB untuk penggal kedua selepas PRU 13 nanti. Mungkin sementara menanti PRU 13 bermula secara rasmi, Khalid boleh memulakan tabiat seperti Anwar pula dengan berangan-angan untuk menjadi Menteri.

Dalam kenyataan kepada media itu juga, Azmin turut mengesahkan perkara tersebut telah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi PR namun belum ada kata putus.

Ini bermakna, dikalangan ramai pemimpin PR sendiri kelihatannya lebih condong untuk meminggirkan Khalid dari jawatan MB walaupun seringkali bekas CEO Guthrie itu dipotretkan sebagai MB yang cemerlang khidmatnya.

Barangkali masing-masing juga sudah terlalu penat dengan pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran kerajaan negeri sejak Khalid menerajui Selangor, disebabkan itu spekulasi ini sengaja ditimbulkan.

Keterlanjuran Khalid dalam isu air dengan memfokuskan tumpuan pada perihal penyusunan semula pengurusan bekalan air sehingga mengambil langkah songsang menangguhkan loji Langat 2 dan PPAMPS juga dipercayai turut mempengaruhi pandangan ramai pemimpin PR untuk cenderung melucutnya dari jawatan MB.

Kasihan Khalid, belum pun penggal pertama sebagai MB berakhir, orang-orang kuat parti sudah ramai yang naik menyampah dengannya.

Apa paun, kenyataan Azmin itu jelas membayangkan PKR masih menyimpan sisa-sisa harapan yang negeri itu akan kekal dalam genggaman pakatan pembangkang sekalipun realiti semasa dan mood khalayak umum di Selangor adalah sebaliknya.

Tak salah kalau Azmin pun mahu turut berangan, apatah lagi sambil berilusi strategiknya kali ini akan membolehkannya ditabalkan sebagai MB baru Selangor, walau hakikatnya saat ini majoriti rakyat Selangor lebih berminat untuk mencampak terus semua pemimpin PR ke dalam longkang.

Dengan mengetepikan senario dan realiti semasa serta kecenderungan pengundi di Selangor tika ini, kita andaikan saja PR benar-benar masih diberi peluang memerintah Selangor, itu bermakna seorang MB baru pastinya akan dilantik datangnya dari salah satu parti dalam gabungan PR.

Jika itu terjadi, maksudnya bakal MB Selangor yang baru nanti tentulah seorang bekas pelakon video seks yang terbabit secara langsung melakukan urusan jual beli 'aiskrim' dalam tandas. Sangguhkah rakyat Selangor menerimanya?

 

Kerjasama Pas dan DAP bercanggah dengan kehendak Islam - Shahnon (with Haron Din video)

Posted: 08 Oct 2012 02:31 PM PDT

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon yang juga anggota PAS seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan PAS," katanya kepada Bernama Isnin.

Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata dasar PAS sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan PAS.

74OEaEqVjY8 

 

George Soros bukan sekutu kami, kata Pakatan Rakyat

Posted: 07 Oct 2012 05:48 PM PDT

Perkara itu sama sekali ditepis pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang menyifatkan Mahathir takut kepada Pakatan Rakyat.

"Dia paranoid," katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Pakatan sama sekali tidak mempunyai kaitan, malah tidak mengenali individu bernama Soros.

"Dia (Dr Mahathir) tidak lagi relevan dalam konflik ini kerana ia hanya kata-kata seseorang yang telah nyanyuk," katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, kenyataan Dr Mahathir itu hanya mencemarkan nama baiknya sendiri sebagai negarawan dimata rakyat.

Takut bayang-bayang

"Pakatan berpendirian tegas mengutuk tindakan kejam Yahudi ke atas rakyat Palestin. Jadi bagaimana beliau boleh kata sebaliknya pula," soalnya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menyifatkan Dr Mahathir seperti takut kepada bayang-bayang sendiri apabila menjalin persahabatan dengan Soros semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

"Negara kita tak menerima sebarang bentuk penjajahan asing dan kita sama sekali tak akan mengizinkan isu Soros berbangkit," katanya.

Manakala Ahli Parlimen DAP-Klang Charles Santiago berkata Dr Mahathir tidak telus mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman Yahudi apabila membenarkan Malaysia menandatangani Perjanjian Dagangan Antarabangsa (FTA).

Menurut Charles, dibawah perjanjian itu Malaysia  boleh diheret ke mahkamah antarabangsa oleh firma gergasi antarabangsa yang dikuasai Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) jika wujud sebarang pelanggaran persefahaman yang dimeterai.

"Kalau Tun nak timbulkan pasal isu kedaulatan beliau sepatutnya menghalang negara daripada menandatangani FTA," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved