Ahad, 30 September 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Anwar naiki jet ‘haram’, Azmin selar Tian Chua

Posted: 26 Sep 2012 02:23 PM PDT

"Adalah salah untuk menaiki jet yang didaftarkan milik rakyat AS di Malaysia.

"Hanya pemilik jet berkenaan yang boleh menggunakan jet tersebut disini," lapor akhbar NST yang memetik dari sumber dari pihak berkuasa penerbangan negara.

Baru-baru ini, blog-blog pro Umno mendedahkan Anwar bersama pemimpin DAP dan PAS menaiki jet peribadi mewah untuk ke Labuan, Sabah sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.

Gambar-gambar di dalam jet tersebut mereka perolehi dengan mudah melalui laman Twitter naib presiden PKR, Tian Chua.

Semalam media melaporkan syarikat tempatan Tjets Sdn Bhd telah mengaturkan urusan penyewaan jet peribadi untuk digunakan oleh pemimpin pembangkang bagi menyambut Hari Malaysia di Labuan.

"Kemungkinan besar rakyat AS yang memiliki jet tersebut membenarkan Anwar untuk menggunakan jet tersebut," lapor NST.

Sementara itu, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengatakan Tian Chua perlu menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan.

Naib presiden PKR itu dilaporkan berkata harga sewa jet peribadi murah walaupun Anwar sebelum ini mengatakan jet tersebut oleh seorang teman.

"Tian Chua harus kekal dengan maklumat tepat, yang dibuat oleh Anwar," kata Azmin seperti dilapor NST.

 

Bantahan terhadap Zakir: MIC tidak matang

Posted: 26 Sep 2012 01:49 PM PDT

"Kedatangan beliau ke Malaysia telah disalah tafsirkan dan ditokok tambah dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

"Beliau tidak pernah memaki atau memburukkan agama lain.  Sejajar dengan itu sungguh malang bagi sebuah parti yang besar seperti MIC menuduhnya sebegini," kata Pengerusi IMIM, Sabarudin Abdul Rahman di dalam satu surat kepada presiden MIC, Datuk G Palanivel pada hari Selasa.

Sabarudin turut meminta MIC berhenti menggunakan media sebagai saluran untuk menyekat kedatangan Zakir.

Pada hari Isnin, Ketua Pemuda MIC, T Mohan mengumumkan bahawa pergerakannya akan meminta kerajaan menasihatkan Zakir agar tidak menghina agama – agama selain Islam, terutamanya termasuk agama Hindu.

"Kami mahu pihak penganjur memberi jaminan Zakir tidak akan menyentuh sensitiviti agama lain," kata Mohan kepada media.

Zakir singgung masyarakat Hindu

Berita itu telah disiarkan di dalam slot berita Tamil dua hari lalu.

Pengumuman tersebut dibuat Mohan ekoran daripada laporan media bahawa Zakir menyinggung sensitiviti masyarakat Hindu di India yang sembahyang semasa perayaan  Vinayagar Chathurti pada minggu lepas.

Penganjur ceramah Zakir, Saba Islamic Media merancang untuk menengahkan Zakir di empat lokasi. Ceramah pertama akan berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru esok dan yang terakhir di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 7 Oktober.

Masyarakat bukan Islam turut dijemput menghadiri sesi ceramah tersebut.

Dalam surat sama, Sabarudin menyatakan kehadiran masyarakat bukan Islam di dalam ceramah tersebut adalah di atas kerelaan mereka sendiri.

"Kedatangan bukan Islam ke acara ini juga bukan atas paksaan atau disuruh tetapi adalah atas kerelaan mereka sendiri.

"Kedatangan mereka dialu-alukan sebagai pemerhati dan bertanya soalan-soalan yang menjadi kemusykilan mereka selama ini," kata Sabarudin.

Ketua IMIM turut menegaskan bahawa masyarakat bukan Islam tidak dipaksa untuk menerima jawapan Zakir secara bulat.

 

Mansor vs Guan Eng: PKR mulakan inkuiri

Posted: 25 Sep 2012 04:00 PM PDT

Setiausaha Agung PKR  Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Lembaga Disiplin PKR telah pun memulakan siasatan berhubung dakwaan tersebut namun setakat ini masih belum menerima sebarang laporan rasmi.

"Inkuiri dalaman telah berjalan, jika didapati wujudnya unsur-unsur sabotaj parti PKR tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan tegas
terhadap pihak yang terlibat," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata pihaknya tidak akan membenarkan sebarang unsur sabotaj terhadap parti dan pemimpin lain dalam Pakatan.

"Kita menghormati kebebasan bersuara setiap ahli tetapi janganlah sampai mensabotaj parti dan pimpinan.

"Kita tidak membuat sebarang pertuduhan kepada mana-mana individu,kerana Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri telah mengadakan perbincangan dan mengeluarkan kenyataan media.

"Saya anggap isu mereka telah selesai kerana ia telah dibuat secara baik dan muafakat," katanya.

Mansor nafi

Mansor semasa mempengerusikan mesyuarat PKR Pulau Pinang Ogos lalu yang membincangkan mengenai persiapan PKR dalam Pilhan Raya Umum (PRU) 13 akan datang didakwa melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Guan Eng yang dikatakan bersikap biadap, angkuh dan tidak boleh dipercayai.

Namun Mansor menafikan perkara tersebut dan hanya mengaku bahawa dia menggelar Guan Eng sebagai tokong yang membawa maksud sebagai 'sanjungan tinggi dan penghormatan' rakyat terhadap pemimpin DAP itu.

"Guan Eng macam tokong u know..to the Chinese…You cannot deny that. He is just like a tokong…Itu yang buat dia org sombong…very angkuh and arrogant..Get ourselves stronger.

"Every seat kita target nak bertanding kena ada orang…stock ready candidates for areas nak bertanding…I have already asked Lau to identify areas for PKR to stand…Dia lawan kacau tempat kita, kita kena lawan," katanya dalam pendedahan rakaman audio yang tersebar dalam blog tempatan.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved