Sabtu, 8 September 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Kalau Dr M sokong Najib…

Posted: 07 Sep 2012 02:55 PM PDT

Cebisan fakta yang saya tulis tentang Umno sejak dua hari yang lepas, susah untuk Umno memahaminya. Dalam Umno hanya seorang sahaja ahli yang bekerja keras, iaitu Najib, Presidennya sekarang. Penjelajahan Najib keseluruh negara telah membelanjakan wang rakyat ratusan juta ringgit. Di sini Umno juga terlupa yang rakyat sedang memerhatikan tindakan pimpinan Umno dalam usaha mendapatkan mandat dalam PRU kali ini. Akhir-akhir ini Dr Mahthir sahaja yang keluar untuk menyokong Najib habis-habisan seorang sahabat saya berseloroh, "sokongan Mahathir itu ada makna tu!"

Dalam dua posting saya yang terdahulu,  saya telah melepaskan apa yang ada tersimpan di dalam jiwa saya dan orang-orang yang sama pemikiran seperti saya memahaminya. Seperti biasa orang-orang Umno tidak akan faham sampai bila-bila.

Dalam keadaan yang tidak menentu Umno sendiri tidak dapat meyakinkan partinya sendiri yang mereka akan berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya. Dr Mahathir kali ini bekerja keras untuk mempertahankan Umno, parti yang beliau tubuhkan dan juga parti yang beliau sendiri mengakui sebagai sebuah pertubuhan yang telah busuk sampai ke ususnya.

Hasil dari warisan pimpinan Umno yang begitu lemah oleh Dr Mahathir, rakyat tidak lagi memberikan penghormatan yang tinggi kepada parti itu lagi. Di sinilah kegagalan Dr Mahathir kerana semasa beliau berkuasa beliau tidak pernah memikirkan nasib masa depan Umno itu sendiri. Beliau terlalu tertumpu untuk menguatkan kekuatan peribadi beliau dan mengorbankan masa depan partinya. Beliau sendiri tidak dapat menerima kenyataan yang pimpinan negara mesti dibentuk dan dibina.

Justeru apabila beliau meletakkan jawatan maka yang ada di keliling beliau hanyalah kumpulan pemimpin yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin. Terlalu "engrossed" untuk memperkuatkan kekuatan peribadi beliau maka partinya secara tidak di sedari telah menghadapi "vacuum" kepimpinan yang serius. Maka Pak Lah lah yang beliau lantik untuk menggantikan beliau berdasarkan kepada kenyataan yang Pak Lah merupakan Naib Presiden yang tertinggi semasa itu.

Semalam Dr Mahathir mengaku kesilapan kerana memilih Pak Lah sebagai pengganti beliau. Kalau kita hendak tuai apa yang terbit, kata-kata Dr Mahathir kebenaran. Pak Lah kepada beliau merupakan pilihan yang salah. Dr Mahathir sedang mengalih dan menganjakkan semua kesalahan beliau kepada Pak Lah. Mentang-mentanglah Pak Lah tidak menjawab kerana beliau tidak mahu lagi menyibuk setelah beliau bersara.

Kalau Dr Mahathir tidak melantik Pak Lah semasa beliau bersara siapa pula yang sepatutnya mengambilalih beliau? Kalaulah beliau memilih Najib semasa itu, ramai merasakan yang keadaan sekarang akan lebih teruk dari sekarang. Jadi kenyataan Dr Mahathir yang beliau melakukan kesalahan kerana memilih Pak Lah untuk menggantikan beliau itu amat "personal" dan nampak sangat dendam kesumat beliau terhadap penggantinya itu.

Dr Mahathir tidak menyedari selembut-lembut Pak Lah, beliau adalah seorang yang degil dan sangkaan Dr Mahathir yang Pak Lah akan membenarkan beliau (Dr Mahathir) masuk campur dalam pentadbirannya adalah salah. Dr Mahathir tidak mengenali Pak Lah dengan sebenarnya. Walaupun Pak Lah itu seorang yang lembut, tetapi lembut beliau bukan untuk di sudu. Kalau Pak Lah itu keras orangnya, keras beliau itu bukan untuk di takek. Oleh kerana Pak Lah tidak membenarkan Dr Mahathir untuk menyudu atau menakek beliau (Pak Lah), maka Dr Mahathir kecewa dan mula membidas Pak Lah "without mercy". Kalaulah Pak Lah membenarkan Dr Mahathir masuk campur seperti Najib sekarang ini Dr Mahathir tidak akan mengkritik Pak Lah sedemikian rupa.

Menyalahkan Pak Lah seratus peratus adalah tidak rasional untuk Dr Mahathir melakukannya. Kecelaruan negara kita bukan di mulakan oleh Pak Lah. Ia bermula dari Dr Mahathir lagi. Pengakuan Dr Mahathir yang beliau selalu salah memilih penggantinya itu adalah benar. Musa adalah lantikan beliau, Ghafar Baba pun lantikan beliau. Selepas Ghafar, Anwar Ibrahim pula dan selepas Anwar, Pak Lah. Semua lantikan beliau akhirnya tidak bersesuaian dengan beliau (Dr Mahathir). Kalau beliau tidak suai dengan semua pihak, maka Dr Mahathir mesti melakukan introspeksi dirinya sendiri.

Sesungguhnya yang membuatkan beliau tidak bersesuaian dengan semua timbalan atau pengganti beliau itu sudah cukup membuktikan Dr Mahathir memang tidak boleh bersesuaian dengan semua orang terutamanya mereka yang mempunyai pengaruh yang Dr Mahathir takuti. Itu sahaja yang boleh membuktikan kenyataan ini.

READ MORE HERE

 

Dr Asri jelaskan pendirian ‘double standard’ dalam artikel ‘Politik Carca Merba’

Posted: 07 Sep 2012 02:50 PM PDT

Dr Asri juga berpendapat susulan laporan tesebut, ramai tersalah tafsir akan penulisannya dalam laman web rasmi www.drmaza.com dan menegaskan kenyataannya dalam artikel "Politik Caca Merba" tidak menujukan kepada mana-mana pihak sebaliknya lebih mengkhususkan kepada umum.

"Saya jelaskan disini pandangan saya tidak terarah kepada mana pihak tetapi ia ditujukan secara umum amnya.

"Perkara yg saya bangkitkan adalah mengenai pendirian double standard oleh segelintir pihak dalam menyuarakan pandangan agama," kata Dr Asri (gambar) ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider pagi tadi.

Dalam laporan semalam yang bertajuk, "Asri selar ulama Umno membisu dalam isu melibatkan parti tersebut" Dr Asri dikatakan  menyelar ulama muda dalam Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

"Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku," kata Asri di laman rasminya.

Dr Asri juga berkata budaya politik samseng seperti serangan ke atas bas, menunjukkan punggung pada gambar pemimpin, membaling kasut dalam masjid, tarian punggung dan  lain-lain adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.

"Dalil-dalil agama dan nama 'salafussoleh' dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik 'orang muda agama'.

"Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing," tulisnya lagi.

 

‘Anwar, rakyat Sabah tidak menyokong kamu’

Posted: 06 Sep 2012 01:50 PM PDT

Timbalan Ketua Umno Semporna, Datuk Nasir Sakaran berkata, maJoriti rakyat Sabah menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, tindakan lompat parti Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing tidak memberi sebarang kesan kepada BN.

"Mereka berdua sudah biasa lompat parti jadi rakyat Sabah kini sedang menilai.

"Rakyat tertanya-tanya adakah pemimpin seperti yang mereka mahu," katanya ketika diminta mengulas perkembangan politik terbaru di negeri itu.

Sabah kini menjadi simpanan tetap BN sejak Umno melebarkan sayap di negeri itu pada tahun 2004.

Anwar dan pemimpin pembangkang lain berulang kali mengatakan penguasaan BN akan berakhir dalam PRU ke 13.

Nasir berkata, usaha pihak tertentu menghidupkan semula bagi merancakkan lagi politik Sabah menjelang pilihan raya umum tidak akan berjaya.

'Ungkit kisah lama'

Nasir berkata, sebahagian besar pemimpin dan ahli Usno telah menyertai  Umno.

READ MORE HERE

 

Kehadiran Anwar: Sultan S’gor tidak gembira

Posted: 02 Sep 2012 04:43 PM PDT

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata Tuanku Sultan malahan tertanya-tanya mengapa Anwar dijemput ke majlis itu sehingga diberi slot untuk memberikan ucapan pada malam tersebut.

"Atas dasar dan kapasiti apa dia dijemput? Beliau memenangi (kerusi) di Penang. Beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Selangor. Sultan tidak gembira mengenainya.

"Sultan tertanya-tanya mengapa Anwar dijemput dan diberi slot untuk memberi ucapan," kata Mohamad Munir.

Beliau turut menjawab dakwaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin bahawa Tuanku Sultan tidak perlu menyatakan hasrat menghadiri sambutan Hari Merdeka kerana kedudukan Baginda berada di atas pentadbiran negeri.

"Baginda (Sultan) berada di atas pentadbiran negeri. Baginda tidak akan berkata bahawa Baginda mahu pergi jika tidak dijemput," jelas beliau.

Faekah dalam satu kenyataannya semalam berkata adalah menjadi tanggungjawab Mohamad Munir untuk memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi sekiranya Tuanku Sultan berkenan untuk mencemar duli dan menghadiri acara berkenaan.

Faekah turut mendakwa kekeliruan timbul apabila Mohamad Munir tidak memberikan maklumat sewajarnya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Pihak Istana biasanya akan dimaklumkan mengenai program-program kerajaan negeri dan saya akan bertanya kepada Tuanku Sultan sama ada Baginda akan menghadiri majlis tersebut.

"Tuanku (Sultan) akan memberitahu Baginda lapang untuk hadir dan saya akan maklumkan kepada pegawai kerajaan negeri untuk mengesahkan kehadiran. Namun tahun ini kita tidak dimaklumkan tentang perkara berkenaan. Bagaimana kita akan tahu jika Tuanku Sultan berkehendak untuk hadir?," soal beliau.

Mengapa Anwar dijemput?

Sementara itu, FMT turut mendapatkan komen mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang turut mempersoalkan kehadiran Anwar sebagai jemputan utama dalam majlis tersebut.

"Siapa yang jemput Anwar? Kenapa jemput Anwar? Itu yang masalah timbul. Pejabat Menteri Besar arahkan agar kerajaan negeri menjemput Anwar. Tidak pernah dalam satu program ada dua jemputan utama. Jadi kewajipan Kerajaan Negeri dibawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjemput Tuanku Sultan," katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau turut mendakwa urusan jemputan utama adalah dibawah tanggungjawab Menteri Besar. Maka adalah tidak bertanggungjawab untuk Abdul Khalid menyalahkan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam urusan jemputan berkenaan.

"Jemputan utama biasanya ditentukan oleh Menteri Besar. Jemputan lain akan diuruskan Setiausaha Kerajaan Negeri. Abdul Khalid sepatutnya tidak boleh memberi alasan dan menyalahkan Mohamad Khusrin, sedangkan sepatutnya beliau memberi sebab mengapa Anwar dijemput?," soal beliau.

READ MORE HERE

 

‘Kenapa baru sekarang nak timbulkan bendera merah putih?’ Khoo Kay Kim

Posted: 02 Sep 2012 03:03 PM PDT

Menurut pakar sejarah itu, bendera "Jalur Gemilang" telah diterima oleh majoriti rakyat negara ini semenjak tahun 1957.

"Kenapa baru sekarang nak timbulkan soal bendera merah putih?

"Bendera yang ada kaitan dengan satu negara, diputuskan oleh majoriti rakyat.

"Bendera yang digunakan sekarang sudah diterima oleh rakyat semenjak tahun 1957," katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Khoo juga menyifatkan tindakan mengibarkan bendera alternatif oleh pihak tertentu sebagai tindakan ahli politik yang tidak ada kerja lain.

"Kalau majoriti rakyat nak tukar bendera, bolehlah tukar.

"Kalau tidak kita guna sahaja yang sedia ada," katanya lagi.

Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan telah membuat pengakuan dan merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera berkenaan.

Melalui blog singaselatan.blogspot.com miliknya, individu berkenaan mengakui dia dan rakannya bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera tersebut, namun menafikan daripada mewakili mana-mana parti politik kerajaan mahupun pembangkang.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini," jelasnya melalui entri di blognya itu.

Bendera alternatif, "Sang Saka Malaya" dikibarkan ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu.

Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyelar Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh gabungan tersebut mahu menukar bendera Malaysia selepas mengambil alih Putrajaya.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang, semalam menafikan mereka berniat mahu menukar bendera nasional dengan bendera alternatif dan menyelar Barisan Nasional (BN) kerana memutar belit fakta dan "menipu" untuk menghentam pembangkang memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

"Menukar bendera bukan agenda Pakatan Rakyat dan tidak pernah dibincangkan atau dibangkitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat," kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut menyelar Najib dan Kabinetnya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian, yang mana menurutnya "sangat tidak berasas" dan "isu palsu".

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, turut menyuarakan sentimen sama, berkata "segala tuduhan itu adalah palsu dan telah diberikan jawapan rasmi oleh pemimpin PR".

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut menggesa Najib agar berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian, dan berkata "kedudukannya sebagai perdana menteri bukanlah lesen untuknya menuduh tanpa bukti".

Malah, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali turut menafikan perkara itu.

"Itu bukan polisi kami, bukan polisi PR."

Beliau turut melihat tindakan mengibarkan bendera alternatif tersebut sebagai "tidak boleh diterima" dan menegaskan "pihak berkuasa perlu menyiasat pihak yang bertanggungjawab ... dan mengambil tindakan sewajarnya".

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved