Selasa, 11 September 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Ibrahim Ali: Buktikan Perkasa terlibat lempar kasut, Anwar mulakan politik ganas

Posted: 10 Sep 2012 02:55 PM PDT

"Jika benar dia (individu lempar kasut) ahli Perkasa, polis silakan ambil tindakan, polis jangan tergesa-gesa.

"Tetapi, buktikan dahulu dia tu ahli Perkasa. Mahfuz kena buktikan. Kenapa nak besar-besarkan isu ini sebelum ianya dibuktikan?

"Pendirian Perkasa, kami tak bersetuju dengan politik seperti ini," kata Ibrahim dalam sebuah wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider semalam.

Baru-baru ini, ketika memberikan tazkirah di sebuah masjid di Alor Star, Anwar dilempar kasut oleh seorang individu yang didakwa Mahfuz sebagai salah seorang ahli Perkasa.

Menurut Ibrahim, Anwar adalah invidu yang bertanggungjawab membawa politik ganas ke negara ini beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

"Anwar inilah kepala masa dia student leader (pemimpin pelajar) dan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu.

"Saya dan Anwar ini samalah dulu, kaki tunjuk perasaan.

"Bila dia kena pecat dan lawan balik Umno untuk dapatkan balik kuasa, dia bawak balik politik jalanan seperti pada akhir 1970an dulu dan sejarah politik jalanan kembali berulang," katanya.

Menurut presiden Perkasa itu lagi, politik jalanan dibawa kembali oleh Anwar dengan bantuan bekas aktivis mahasiswa 1970an dan pemimpin politik beraliran Sosialis.

"Saya tengok bila Anwar terkeluar, dia susun gerakan untuk berkuasa balik. Kebetulan pulak, Hishamuddin Rais dah ada kat sini, dimana saya kenal siapa Hishamuddin Rais ni.

"Yang dulu lari semasa isu Baling pada tahun 1970an dulu, kemudian dibantu juga oleh Tian Chua dari parti Sosialis.

"Individu-individu terpencil ini, bergabung di belakang Anwar and Anwar menggunakan orang-orang ini," katanya.

Ibrahim juga mengkritik sesetangah media yang hanya menghebahkan insiden-insiden keganasan politik terpencil yang melibatkan Perkasa, tetapi tidak pula membangkitkan apabila parti pembangkang melakukan keganasan.

"You (kamu) bercakap soal insiden-insiden kecil seperti di Kedah tu, kenapa kamu tak heboh apabila Tian Chua gigit telinga polis?

"Kenapa kamu lupa tentang insiden ini?

"Kamu tak tulis tentang itu dan tak tanya pada orang.

"Isu itu mati dengan begitu saja dan Tian Chua patut gugur sebagai ahli parlimen, saya yang bawak usul," katanya lagi.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha mengenakan denda RM2,000 terhadap wakil rakyat daripada PKR itu selepas mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang dikenakan terhadap Tian Chua sebelum itu kerana mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, di jalan menghala ke bangunan Parlimen pada 10.45 pagi 11 Dis 2007.

Kekeliruan berlaku pada ketika itu apabila timbul pendapat bahawa Tian Chua perlu mengosongkan kerusi Parlimen yang diwakilinya disebabkan oleh jumlah denda yang dikenakan terhadapnya.

Walaubagaimanapun, Yang-diPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan Tian Chua kekal sebagai ahli parlimen.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved