Rabu, 26 September 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Mansor vs Guan Eng: PKR mulakan inkuiri

Posted: 25 Sep 2012 04:00 PM PDT

Setiausaha Agung PKR  Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Lembaga Disiplin PKR telah pun memulakan siasatan berhubung dakwaan tersebut namun setakat ini masih belum menerima sebarang laporan rasmi.

"Inkuiri dalaman telah berjalan, jika didapati wujudnya unsur-unsur sabotaj parti PKR tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan tegas
terhadap pihak yang terlibat," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata pihaknya tidak akan membenarkan sebarang unsur sabotaj terhadap parti dan pemimpin lain dalam Pakatan.

"Kita menghormati kebebasan bersuara setiap ahli tetapi janganlah sampai mensabotaj parti dan pimpinan.

"Kita tidak membuat sebarang pertuduhan kepada mana-mana individu,kerana Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri telah mengadakan perbincangan dan mengeluarkan kenyataan media.

"Saya anggap isu mereka telah selesai kerana ia telah dibuat secara baik dan muafakat," katanya.

Mansor nafi

Mansor semasa mempengerusikan mesyuarat PKR Pulau Pinang Ogos lalu yang membincangkan mengenai persiapan PKR dalam Pilhan Raya Umum (PRU) 13 akan datang didakwa melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Guan Eng yang dikatakan bersikap biadap, angkuh dan tidak boleh dipercayai.

Namun Mansor menafikan perkara tersebut dan hanya mengaku bahawa dia menggelar Guan Eng sebagai tokong yang membawa maksud sebagai 'sanjungan tinggi dan penghormatan' rakyat terhadap pemimpin DAP itu.

"Guan Eng macam tokong u know..to the Chinese…You cannot deny that. He is just like a tokong…Itu yang buat dia org sombong…very angkuh and arrogant..Get ourselves stronger.

"Every seat kita target nak bertanding kena ada orang…stock ready candidates for areas nak bertanding…I have already asked Lau to identify areas for PKR to stand…Dia lawan kacau tempat kita, kita kena lawan," katanya dalam pendedahan rakaman audio yang tersebar dalam blog tempatan.

 

Hasan Ali gesa PAS-Umno bersatu

Posted: 23 Sep 2012 01:49 PM PDT

"Logiknya PAS perlu menyertai Umno kerana Umno  lebih besar ahlinya  dan memerintah negara.

"Tak kira siapa masuk siapa…yang penting perpaduan dan penyatuan (orang Melayu)," kata beliau.

Beliau mengulas gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai Umno.

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata demikian ketika berucap dalam demonstrasi membantah filem 'Innocence of Muslims' Amerika Syarikat di Kampung Baru Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Manakala PAS mengadakan demonstrasi serupa di Kedutaan Amerika Syarikat.

Khairy melihat persamaan Umno dan PAS dalam perjuangan ini menjadi titik tolak PAS lebih sesuai dengan Umno berbanding Pakatan Rakyat.

`Kurang pergi masjid'

Hasan dipecat dari PAS beberapa bulan lalu kini menubuhkan NGO yang dikenali sebagai Jalur Tiga.

Ditanya mengapa PAS menolak menyertai Umno, Hasan berkata, orang Umno kena menilai diri mereka mungkin tidak cukup Islam.

"Mungkin kurang pergi masjid, jadi orang PAS tidak suka dengan Umno," tambahnya.

Hasan membuat andaian bahawa serangan antarabangsa ke atas  umat Islam mungkin ada hubung kait dengan gerakan atau rangkaian di dalam negara.

"Sebuah parti politik pembangkang dalam negara kita negara yang tidak suka kepada Islam dan terus meremeh-remehkian Islam.

"Tapi yang  lebih hampa orang Melayu sendiri membenci agamanya," katanya.

Beliau berkata, semua ini tidak akan berlaku jika orang Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik.

 

Dr M: Melayu tidak ‘bersyukur’ akan hilang kuasa dibawah pemerintahan PR

Posted: 22 Sep 2012 02:26 PM PDT

Mantan perdana menteri (PM) tersebut juga meluahkan rasa kesal melihat bangsanya bergaduh sesama sendiri hanya kerana merebut kuasa. 

"Saya rasa sedih melihat bangsa sendiri tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri," kata Dr Mahathir dalam Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno. 

Dalam artikelnya lagi, Dr Mahathir memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa diri hingga mereka dihina lagi seperti zaman British dahulu. 

"Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. 

"Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui kerajaan-kerajaan Malaysia merdeka," katanya. 

Kemerdekaan negara dikecapi menurut Mahathir adalah hasil kekuatan orang Melayu yang menyokong Umno dan rakannya dalam Perikatan. 

Dr Mahathir juga berkata perpecahan dikalangan orang Melayu ketika ini sangat membimbangkan. 

"Sekarang orang Melayu berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain. 

Beliau juga tidak menolak suatu hari nanti orang Melayu terpaksa mengikut telunjuk orang lain jika keadaan ini berterusan. 

"Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan kerajaan, tak dapat tidak kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. 

"Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain," tambah Dr Mahathir lagi. 

Dr Mahathir mendakwa negara tidak akan mencapai kemerdekaan pada 1957 jika parti serpihan daripada ulama dalam Umno menang pilihanraya pertama semasa zaman Tunku Abdul Rahman. 

"Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam Umno yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini. 

"Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957," kata Mahathir lagi. 

Dr Mahathir berharap nasihat yang diberikannya menjadi panduan dan iktibar kepada orang Melayu agar perkara sama tidak berulang semasa zaman penjajahan. 

"Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. 

"Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved