Isnin, 17 September 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Paderi Sabah ingatkan Putrajaya tentang Batu Sumpah Peringatan Keningau pada 16 September

Posted: 16 Sep 2012 02:00 PM PDT

Bishop Datuk Cornelius Piong (gambar) berkata, 49 tahun yang lalu, kerajaan persekutuan Malaya telah berjanji untuk maju bersama-sama dan melindungi hak asasi manusia, dengan menubuhkan negara yang dikenali sebagai Malaysia bersama Sarawak dan Singapura.

Antara tiga janji adalah untuk memastikan hak orang Sabah akan bebas menganut apa juga agama, tanah adat akan terus dijaga dan kerajaan persekutuan akan menghormati adat budaya Sabah.

"Adakah janji-janji ini dihormati dan ditunaikan?" beliau bertanya dalam ucapannya yang dicetak semalam di akhbar terbaru Herald, akhbar Katholik di Sabah.

"Perjanjian itu telah diukir di Batu Sumpah Peringatan yang masih ada di Keningau," kata bishop yang menjaga diocese (daerah Katholik) Keningau.

Beliau berkata batu peringatan itu masih berada di depan pusat pentadbiran daerah di Keningau.

Gereja Katholik lantang bersuara dalam ketidakadilan sosial terutamanya selepas pilihan raya umum 2008 dan kes dimana hak untuk menggunakan nama "Allah" dihalang oleh menteri dalam negeri dan menggunakan akta keselamatan dalam negeri jika mengimpot Injil dengan perkataan tersebut.

Gereja bagaimanapun memenangi kes tersebut di mahkamah tinggi, tetapi masih ditangguh kerana kementerian dalam negeri membawa kes tersebut ke mahkamah rayuan dan kes tertangguh selama dua tahun.

Sabah, bersama Sarawak mempunyai penduduk Kristian yang besar, kira-kira 10 peratus dari jumlah penduduk negara.

Keningau merupakan salah satu daerah yang mempunyai penduduk Kristian yang ramai — 117,000 orang dari 419,000 orang atau 28 peratus dari jumlah penduduk daerah — menurut statistik dari gereja Katholik.

Dua negeri Malaysia Timur itu juga antara tiga negeri paling miskin di Malaysia, dengan Sabah berjumlah 19.7 peratus — yang tertinggi dalam negara, dan Sarawak di tempat ketiga dengan 5.3 peratus — mengikut statistik rasmi laporan pendapatan dalam negara 2009.

Parti pembangkang kini menggunakan isu-isu tempatan di dua negeri yang digelar sebagai "simpanan tetap" Barisan Nasional, selain isu rasuah yang berleluasa, kekurangan infrastruktur asas dan melanggar perjanjian perlembagaan 20 perkara di Sabah dan 18 di Sarawak selama berdekad.

Piong, bishop pertama dari kaum asal, mahu warga Katholik untuk mengingati hak mereka dalam perlembagaan.

"Dalam kita meraikan Hari Malaysia, marilah kita memperkuatkan perpaduan kita dan ketaatan kepada Tuhan dalam kehidupan seharian.

"Tanpa Tuhan, kita tidak akan mendapat kemajuan yang adil kepada semua orang," katanya, sambil memetik ayat itu dari kitab Injil.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, BN cuma memenangi 85 kerusi manakala pembangkang memenangi 80 kerusi di Semenanjung Malaysia.

Sabah, Sarawak dan wilayah persekutuan Labuan menyelamatkan BN apabila memenangi 55 kerusi berbanding dua kepada pembangkang.

Bagaimanapun, kekuatan pembangkang di Malaysia Timur bertambah dengan beberapa ahli veteran BN melompat parti ke PR dalam pilihan raya yang akan berlangsung selewat-lewatnya April, yang akan menyaksikan pertandingan tersengit dalam sejarah negara.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved