Sabtu, 15 September 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


PAS mahu Pusat ikut Selangor jika mahu PRU serentak

Posted: 13 Sep 2012 03:13 PM PDT

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) berkata, isu pembaziran masa dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menyediakan kos tambahan tidak timbul sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada waktu yang sepatutnya.

"Kalau nak elak bazir masa dan kewangan, tak payah buat sebelum tempoh berakhir penggal. Buat sekali tahun depan dan biar sampai habis penggal, jangan buat awal.

"Mereka (Barisan Nasional) kata Pakatan Rakyat (PR) tidak menepati janji. Bagaimana nak realisasikan semuanya kalau masa tidak cukup. Bagi masa sebab kami nak selesaikan manifesto yang ada," menurutnya yang dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini.

Menurut Abdul Rani lagi, jika tidak mahu menyusahkan rakyat terutamanya mereka yang tinggal di luar Selangor dan terpaksa pulang semata-mata kerana pilihan raya, kerajaan pusat perlu mengadakannya serentak dengan Selangor tahun depan.

Bagaimanapun katanya, beliau akan cuba memanjangkan cadangan untuk menyediakan sedikit peruntukan jika ada keperluan bagi membantu meringankan beban rakyat Selangor pulang mengundi dua kali.

"Memang baik buruknya pilihanraya berasingan, tetapi kalau betul jadi seperti itu, kita cuba fikirkannya. Cuba panjangkan dan bagi cadangan kepada parti dalam mesyuarat parti nanti," katanya lagi.

Beliau juga tidak menafikan, tindakan mempercepatkan PRU13 membuktikan BN takut dengan manfaat yang diperoleh rakyat melalui program Kerajaan Negeri PR memandangkan program yang tiada dalam manifesto pun dilaksanakan seperti "Jom Shopping" dan sebagainya.

Dalam pada itu katanya, tarikh PRU13 sepatutnya diumumkan lebih awal kerana yang akan mengundi berhak mengetahuinya.

 

Kembalikan Sabah kepada rakyat Sabah

Posted: 12 Sep 2012 02:33 PM PDT

Harapan rakyat yang menuntut autonomi atau 'Sabah sebagai Negeri Merdeka' mesti sentiasa diucap dan dihati semua pemimpin- pemimpin sebenar di Negeri Dibawah Bayu ini.

Jika dilihat di kedua-dua belah negeri, jurang politik Sabah dan Malaya (Semenanjung Malaysia) sangat-sangat berbeza, selain pemimpin-pemimpin Sabah telah lama dilihat tidak berupaya dan ketakutan dengan mengganggap orang Malaya sebagai tuan mereka.

Menurut Naib Ketua SAPP Liawan, Joseph Lakai, pemimpin negeri tidak akan berani bersuara untuk menentang ketidakadilan yang berlaku setiap hari kepada rakyat Sabah.

"Walaupun jika dilihat mereka bercakap ianya sebagai jeritan pasif – iaitu asal bercakap dan berkata sesuatu tetapi tidak memberi kesan atau menggugat," katanya dalam kenyataan akhbar kepada FMT hari ini.

Ia diumpamakan seperti anjing yang sepatutnya menyalak dan mengawal sebuah rumah daripada pencuri.

Dalam hal ini dilihat anjing tersebut hanya berani menyalak tetapi tidak berani mendekati dan menghalau pencuri malah hanya menyalak dibelakang rumah sehingga mudah membenarkan pencuri masuk ke dalam rumah dan mencuri semua barang-barang.

"Tetapi sekarang, ramai di antara kita telah bangkit dan sedar daripada tidur. Kita telah diganggu sekian lama dan kini kita harus sedar bahawa selama ini diri kita dibakar dalam era politik yang baru." Katanya.

Lakai, seorang juruterbang dan penyelidik sambilan 'Progressive Institute of Public Policy Analysis' (PIPPA) menambah bahawa sekarang rakyat Sabah harus bersatu dan berani menerima cabaran.

Politik wang

"Disebabkan sudah terlalu lama ahli-ahli politik dalam kancah politik maka mereka semakin menggila dan secara terang-terangan membeli undi dengan duit atau juga dikenali sebagai politik wang," katanya.

Konsep perjuangan tradisional, bersungguh-sungguh dan bercita-cita tinggi untuk kepentingan bersama telah dicantas dengan kepentingan diri dan sifat tamak. Ini berlaku secara sepantas kilat dan tidak disedari sekian lama.

Sabah sebagai sebuah negeri tidak dapat bergerak seiring dengan sifat tamak ini maka itulah Sabah yang indah ini semakin bahaya dan menuju ke arah jalan yang musnah.

"Oleh itu, kita harus tegas dan menghapuskan orang-orang tamak ini bukan sahaja untuk menjaga kehormatan dan maruah kita sekarang tetapi juga untuk kebaikan generasi kita yang akan datang dan juga generasi anak-anak kita agar mereka dianggap mulia, " kata Lakai.

Menurutnya, jika dilihat pada pilihan raya yang lepas, kedua-dua parti iaitu kerajaan dan pembangkang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati dan minda rakyat Sabah untuk mendapatkan hak mentadbir negeri.

Beliau menyarankan parti-parti politik harus menghentikan amalan membeli hati dan minda rakyat dengan pemberian dan projek-projek kecil pada masa tersebut sahaja. Tetapi pada masa yang sama janji-janji lain tidak dipenuhi dan hanya meninggalkan kesan buruk dan kecewa di kalangan masyarakat.

"Ramai rakyat Sabah putus harapan dan kecewa kerana undi mereka tidak sah dan hak mereka telah di ambil oleh pengundi hantu/ import.

"Perkara ini harus berakhir dan saya percaya masih ada dikalangan kita yang berintegriti dan boleh membawa harapan baru," ujarnya. SAPP, katanya mahu politik bersih dan oleh yang demikian pemimpinnya dengan suara yang lantang pohon agar pilihan raya di Malaysia haruslah bersih dan adil.

Dengan cara ini, orang-orang yang kecewa, marah, dan berasa ketidakadilan boleh menerima perubahan tanpa persoalan kerana memenuhi kehendak rakyat dan para pemenang boleh memerintah segera bagi melaksanakan janji-janji dan manifesto semasa pilihan raya.

Kuasa autonomi

Beliau seterusnya menerangkan bahawa jika Malaya tidak boleh memenuhi permintaan Sabah secara adil dan munasabah maka rakyat mesti menuntut kuasa autonomi, bebas dalam Malaysia tetapi bukan meminta untuk berpisah.

"Walaubagaimanapun, jika tuntutan-tuntutan ini terus dipandang remeh oleh pemimpin kita, maka tiada alternatif lain selain rakyat bersatu dan berusaha untuk mendapatkan kedaulatan sendiri mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui pada tahun 1963."

"Pemimpin-pemimpin di Malaya harus membuat pilihan sekarang sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kerana selepas PRU13 kuasa adalah pada rakyat dan bukan pada pemimpin lagi," Lakai menegaskan.

Keputusan yang salah akhirnya akan merugikan Malaya tetapi tidak pada Sabah kerana Malaya pada masa ini semakin kekurangan sumber untuk menampung penduduk yang semakin meningkat. Paling kesian (ironi), pertambahan penduduk ini dirancang untuk kepentingan politik Malaya.

Lakai juga menegaskan bahawa Malaya telah mengambil hak kelahiran rakyat negeri Sabah.

"Tiada sebab lagi mengapa Sabah perlu merujuk hak sendiri kepada Putrajaya. Berapa banyak lagi Malaya memerlukan darah daripada kita. Mereka telah mengambil petroleum dan gas daripada kita. Mereka juga telah mengambil tanah kita iaitu hak kita sejak lahir."

Menurutnya mereka telah mengenakan dan mengakibatkan kos sara hidup kita tinggi. Mereka mencekik kita dengan perdagangan dan industri dengan dasar yang telah disabotaj.

Beliau berkata yang terbaru rakyat Sabah telah dijajah dengan tajuk berita di akhbar-akhbar tempatan dan negara dengan sejarah yang telah diubah dan diputarbelitkan.

Selama ini, sejarah telah ditulis hanya untuk memuliakan mereka sendiri dan untuk mengukuhkan ketuanan mereka ke atas rakyat di Sabah dan Sarawak. Mereka telah mencemarkan minda anak-anak kita.

"Perkara ini harus dihentikan. Kita mahu sejarah ditulis berdasarkan kepada fakta dan bukti-bukti kukuh dan bukannya mengikut kehendak Putrajaya, " Lakai menambah kata.

Agihan kekayaan yang adil

Pemimpin SAPP ini berkata partinya mahu perjuangkan untuk rakyat ekonomi yang seimbang, pengagihan kekayaan yang adil dan saksama. Jika tidak mengubah dasar-dasar sedia ada yang berat sebelah, maka rakyat mahu dan akan menentukan nasib sendiri.

Malaya boleh menyimpan sejarah mereka, mereka boleh terus memutarbelitkan ekonomi demi membayar hutang-hutang mereka selain mengekalkan populasi masyarakat mereka demi kepentingan politik mereka. Tapi yang pasti SAPP mahu Sabah kembali.

"Kami rakyat Sabah berpendidikan dan terpelajar. Kami lebih sesuai dan lebih layak menjaga hal-ehwal negeri sendiri. Ini tidak boleh dipertikaikan. Kuala Lumpur telah mengatakan bahawa rakyat Sabah tidak boleh mentadbir negeri dengan berkesan."

Menurut Lakai, kenyataan seperti ini benar-benar sebagai satu penghinaan besar pada rakyat Sabah. Paling teruk adalah persetujuan tersirat oleh kerajaan negeri dan kita tidak dapat berbuat apa-apa selain perlu merujuk ke Putrajaya.

Beliau menjelaskan SAPP juga tidak akan berkompromi terhadap pendidikan.

Daripada semua kepentingan, ia adalah satu kawalan dan bukannya pada kebolehan. Menteri yang bertanggungjawab terhadap pendidikan di Sabah secara terang-terangan mengaku bahawa beliau tiada kuasa. Pengarah pendidikan pula seperti tunggul. Segala- galanya mesti dirujuk kepada Putrajaya.

READ MORE HERE

 

Bendera PKR kena bakar

Posted: 12 Sep 2012 01:56 PM PDT

Koordinator Keadilan Labu, Mokhtar Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.30 pagi semalam.

"Kira-kira jam 1 pagi tadi (semalam) saya melalui kawasan berkenaan dan mendapati bendera itu masih elok.

"Pada jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi, hujan turun agak lebat dan saya menjangkakan bendera itu dibakar sejurus hujan reda iaitu kira-kira jam 3.30 pagi.

"Kita tidak menuding jari mana-mana pihak dan mahu perkara ini disiasat mengikut undang-undang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Bilik Gerakan PKR Labu, dekat Kampung Batu 8, di sini, semalam.

Hadir sama, Penaung Majlis Permuafakatan Keadilan Labu, Ismail Ahmad.

Sementara itu menurutnya, kejadian itu disedari kira-kira jam 9.30 pagi setelah dimaklumkan rakannya.

Menurutnya, kejadian itu pertama berlaku. Sebelum ini, bendera milik PKR dan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain tidak dimusnahkan sebaliknya diturunkan.

"Kita terpaksa buat laporan polis di Balai Polis Labu kira-kira jam 10 pagi kerana tidak mahu perkara ini berulang dan ini merupakan satu provokasi yang boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penyokong PKR," katanya.

Sementara itu Ismail berkata, bendera parti telah dipasang di semua kawasan di Dun Labu terutamanya di Simpang Tiroi hingga Pekan Labu.

"Sebelum ini kita mendapat maklum balas bahawa ada sesetengah pihak yang tidak senang melihat bendera PKR dipasang begitu banyak.

"Kita tidak pernah mengganggu bendera parti lain meskipun dipasang di kawasan yang sama," katanya.

Menurutnya, pihaknya akur sekiranya bendera PKR dilarang dipasang di tiang-tiang milik agensi kerajaan kerana memahami peraturan.

Bagaimanapun katanya, penguatkuasaan itu juga perlu dilakukan ke atas semua parti politik lain dan kebanyakan bendera partinya dipasang di kawasan persendirian.

 

Suaram: Buru hingga ke lubang cacing atau kita akan terkubur!

Posted: 11 Sep 2012 11:28 PM PDT

Suaram atau Suara Rakyat Malaysia adalah sebuah pertubuhan anti kerajaan Malaysia. Ia hanya anti kepada kerajaan yang diperintah oleh parti Barisan Nasional (BN) naungan UMNO.

Misinya hanya akan tercapai (accomplished) sekiranya kerajaan Malaysia sekarang jatuh ke tangan pakatan pembangkang naungan DAP, yang bonekanya terdiri daripada pak lebai PAS dan PKR.

Sudah lama Suaram ini bergerak. Sering membuat kacau, seolah-olah ia adalah badan hak asasi manusia. Tapi umum mengetahui, ia lebih bermotifkan politik haluan DAP.

Itu semua orang tahu. Orang media semua sedar perkara itu. Kami juga tahu lama dulu, sejak zaman Reformasi dulu yang mereka ini bergerak atas dana asing. Dana-dana asing ini yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu juga bermotifkan politik. Mereka mahu menukar rejim kerajaan Malaysia sekarang.

Pertukaran pemerintah itu dikenali sebagai Regime Change. Gelombang perubahan ini telah tercetus semasa krisis ekonomi dan bersekali krisis politik sekitar 1989 dan 1999. Ketika itu ekonomi dunia merudum. Ketika itu juga berlaku krisis politik di Malaysia, yang memperlihatkan Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Agenda besar (grand design) krisis politik ini sebenarnya cukup hebat. Semuanya sudah dirancang. Ikut perancangannya, Anwar sepatutnya menjadi PM Malaysia Ke-5, bukan Pak Lah. Pihak asing juga telah meletak harapan yang tinggi untuk melihat anak yang dibela itu menjadi PM.

Tapi Dr. Mahathir Mohamad bijak. Mungkin juga dia mendapat'ilham'dari langit supaya memecat Anwar. Jika tidak dilakukan maka kuasa itu akan berjayalah menguasai tanah Melayu ini.

Dalam rantau ini, hanya Malaysia yang belum dapat dikuasai secara total. Myanmar, sebuah negara kuku besi dan berdindingkan waja itu pun, menjadi negara terakhir yang berjaya dirongkainya.

Singapura memanglah terlalu sekutu. Thailand walaupun tidak seteruk Singapura juga sekutu kuat. Filipina jangan cakaplah.

Indonesia sudah berjaya 'ditakluki'ekoran kejatuhan Suharto dulu. Suharto dijatuhkan kerana dipaksa menerima pinjaman IMF untuk menyelamatkan ekonomi negara itu. Harga minyak tiba-tiba naik melambung sehingga rakyat memberontak.

Anwar cuba cadangkan Malaysia juga ambil pinjaman IMF, tapi Dr. Mahathir tolak. Ketika Pak Harto dijatuhkan, Dr. Mahathir selamatkan Malaysia.

Vietnam, Laos, Kemboja dan lain-lain tidak begitu strategik bagi kuasa asing itu.

Perlu diingat Malaysia pernah menjadi anak harimau kuasa ekonomi Asia dan negara ini dianugerahkan Allah Taala dengan kemakmuran semula jadi. Ia juga dikelilingi dengan kawasan maritim yang strategik.

Selagi kerajaan BN, dinaungi Umno ini belum dapat dijatuhkan, maka selagi itulah kuasa asing dan sekutu kuatnya tidak berpuas hati.

DAP jika berjaya menguasai negara ini kelak, berjanji akan melaksanakan dasar sama-rata seperti mana yang diamalkan oleh Republik Singapura. Tapi sayang di republik itu seorang Melayu pun tidak berada di posisi terpenting dan strategik, misalnya pertahanan dan lain-lain. Difahamkan waima juruterbang pun payah mahu dilantik. Mungkin juga orang Melayu Singapura memang tidak layak dari segi meritokrasi?

Dasar sama-rata atau Malaysia Malaysian itu ialah matlamat paling tinggi yang telah diletakkan DAP. Mereka sedang menunggu detik-detiknya sahaja. Buku Jingga, yang dicanang oleh Anwar itu hanyalah kacang putih. DAP, sebenarnya tak peduli pun buku itu.

Suaram atau Suara Rakyat, yang hanya mewakili suara jahat rakyat, telah ditempatkan secara strategik untuk menggerakkan strategi-strategi itu.

Namun, kita ucapkan tahniah kepada Datuk Ismail Sabri Yaakob, walaupun sedikit terlewat, namun, pendedahan demi pendedahan beliau mengenai tindak-tanduk Suaram sekurang-kurang melegakan keseluruhan rakyat. Rakyat sudah bosan dengan tindak-tanduk Suaram dan NGO-NGO tajaan kuasa asing itu.

Tindak-tanduk subversif mereka cukup berbahaya. Sepatutnya pihak berkuasa sudah membanteras mereka awal-awal lagi. Tapi ia tidak berlaku.

Kita tertanya-tanya apakah Kerajaan Singapura akan membenarkan pergerakan yang serupa seperti Suaram ini bergerak di negaranya? Jawapannya kita sudah boleh agak.

Kerajaan Malaysia selama ini terlalu berlembut. Portal-portal berita yang ditaja melalui dana-dana asing juga dibenarkan beroperasi, walaupun kesemua analisisnya mengutuk atau berpaksikan pembangkang dan anti pemerintah. Ia masih dibenarkan beroperasi, malah portal-portal itu kadang-kala dianggap seperti media arus perdana pula.

Itulah dasar toleransi kita, yang sedikit demi sedikit amalan baik itu memakan diri sendiri.

Marilah kita mendesak kerajaan bertindak segera. Selepas pilihan raya ini, jika kerajaan Putrajaya masih memerintah, laksanakan segera pembasmian dan pembersihan mutlak (a total crackdown) terhadap NGO-NGO parasit seperti ini.

Dakwalah penggerak-penggeraknya ke mahkamah di bawah hukuman paling keras kerana mereka telah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tindak-tanduk mereka menerima dana asing daripada pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan kerajaan semasa merupakan satu penderhakaan.

Haramkan mereka seperti mana kita pernah mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM) dulu. Jika mereka masih bergerak, kita buru mereka sehingga ke lubang cacing.

Jika kita gagal bertindak kali ini, kitalah yang akan ke lubang kubur!

 

Selak punggong pada gambar Najib

Posted: 11 Sep 2012 02:50 PM PDT

Budak yang melakukannya bersama ayah bondanya minta maaf menyatakan penyesalan atas tindakan geramnya. Beberapa budak lagi yang ikut memejak gambar sudah berjumpa polis dan memberi keterangan.

Apa yang terjadi itu adalah gelagat anak-anak muda terhadap Perdana Menteri mereka. Perdana Menteri kena terima bahawa rakyat yang dipimpinnya bukan semua menangguk atas semua kata-kata dan tindakannya.

Ada yang mengoyak, memijak, melondeh seluar pada gambarnya. Semua itu tidak manis tetapi adalah untuk memberitahu Perdana Menteri ramai juga orang yang benci kepadanya.

Maka kejadian itu semuanya buruk belaka, tetapi ingatan kepada pemimpin bahawa mereka diperhatikan oleh rakyat. Disamping menyuruh polis mengajar rakyat yang seperti itu, maka Perdana Menteri juga boleh belajar dari kejadian itu mengapa ada orang buat begitu padanya.

Nabi-nabi dulu apabila ada indakannya terlanjur ada malikat datang menyamar sebagai manusia memberi kiasan. Nabi Daud a.s. didatangi dua orang minta penghakimannya iaitu yang seorang mengadu betapa kambingnya yang cuma seekor hendak diambil oleh yang seorang lagi sedang dia sudah ada 99 ekor kambing. Adakah ia adil?

Jawab baginda, "Tidak patut." Kejadian itu menyindir Nabi Daud yang ada 99 isteri hendak mengambil seorang perempuan lagi bagi dijadikan isterinya sedang perempuan itu ada hubungan dengan seorang laki-laki lain. Sebagai Nabi baginda cepat menangkap sindiran itu.

Nabi Yunus tanpa arahan Allah meninggalkan umatnya yang menentangnya. Nabi itu diuji dengan dibuang ke laut bagi menyelamatkan bahtera yang lebih muatan dan baginda ditelan jerung berhari-hari hinggi dimuntahkan dari perut ikan di wilayah yang ditinggalkannya. Nabi Yunus menyedari kejadian itu adalah kesilapannya sebagai Nabi. Baginda bertaubat.

Perdana Menteri Najib bukan nabi. Tidak malaikat datang menyindirnya. Tetapi Allah kirim budak-budak menghina gambarnya. Disamping dia merestui jentera kerajaan bertindak atas budak-budak itu, maka dia juga patut memikir mengapa ada rakyat yang dirasakan sudah diberi segala-galanya boleh menghinanya demikian?

Mengapa di bawah pentadbirannya ada rakyat kurang ajar begitu? Pemimpin akan ditanya mengapa ada rakyat jadi begitu? Roh Najib selamat jika jawapannya diperkenan Allah. Jika jawapannya mengarut, dia akan dibalun malaikat nanti.

Beberapa bulan sebelum budak-budak itu menghina gambar Najib, sekumpulan orang berhimpun berpetang-petang menonggeng ponggong ke rumah Ambiga Sreenevasan, ketua Bersih.

Semua Umno, pembesar-pembesar dan pecacai seronok terhadap menonggeng ponggong itu. Sikap pentadbiran seolah-olah berkata, "Padan muka kami Ambiga!" Ada yang suruh cabut kerakyatannya.

Ada rakyat di bawah pentadbiran Najib yang berperngai begitu.

Sukakah Najib dan penyokong Najib atas perbuatan itu?

Najib biasanya diam. Kalau batu bersuara, bersuaralah Najib.

Tidakkah kerja nakal budak-budak terhadap gambarnya itu satu ingatan Allah supaya kerajaan Najib bermuhasabah terhadap pemerintahannya betapa longgarnya akhlak orang di bawah pemerintahaannya.

Yang suka Najib pun tidak berakhlak dan benci kepadanya pun tidak berakhlak juga.

Jangan sampai jawapan kepada masalah yang dihadapi itu adalah natijah dari pemimpin dan kerajaan yang tidak berakhlak.

Jangan lihat saranan saya sebagai mengutuk Najib, tetapi lihatkan sebagai ingatan. Rosak dunia jika dipenuhi oleh pengampu. Biar ada orang ― seorang dua ― sedia mengingatkan sesama saudara manusianya.

 

Ibrahim Ali: Buktikan Perkasa terlibat lempar kasut, Anwar mulakan politik ganas

Posted: 10 Sep 2012 02:55 PM PDT

"Jika benar dia (individu lempar kasut) ahli Perkasa, polis silakan ambil tindakan, polis jangan tergesa-gesa.

"Tetapi, buktikan dahulu dia tu ahli Perkasa. Mahfuz kena buktikan. Kenapa nak besar-besarkan isu ini sebelum ianya dibuktikan?

"Pendirian Perkasa, kami tak bersetuju dengan politik seperti ini," kata Ibrahim dalam sebuah wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider semalam.

Baru-baru ini, ketika memberikan tazkirah di sebuah masjid di Alor Star, Anwar dilempar kasut oleh seorang individu yang didakwa Mahfuz sebagai salah seorang ahli Perkasa.

Menurut Ibrahim, Anwar adalah invidu yang bertanggungjawab membawa politik ganas ke negara ini beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

"Anwar inilah kepala masa dia student leader (pemimpin pelajar) dan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu.

"Saya dan Anwar ini samalah dulu, kaki tunjuk perasaan.

"Bila dia kena pecat dan lawan balik Umno untuk dapatkan balik kuasa, dia bawak balik politik jalanan seperti pada akhir 1970an dulu dan sejarah politik jalanan kembali berulang," katanya.

Menurut presiden Perkasa itu lagi, politik jalanan dibawa kembali oleh Anwar dengan bantuan bekas aktivis mahasiswa 1970an dan pemimpin politik beraliran Sosialis.

"Saya tengok bila Anwar terkeluar, dia susun gerakan untuk berkuasa balik. Kebetulan pulak, Hishamuddin Rais dah ada kat sini, dimana saya kenal siapa Hishamuddin Rais ni.

"Yang dulu lari semasa isu Baling pada tahun 1970an dulu, kemudian dibantu juga oleh Tian Chua dari parti Sosialis.

"Individu-individu terpencil ini, bergabung di belakang Anwar and Anwar menggunakan orang-orang ini," katanya.

Ibrahim juga mengkritik sesetangah media yang hanya menghebahkan insiden-insiden keganasan politik terpencil yang melibatkan Perkasa, tetapi tidak pula membangkitkan apabila parti pembangkang melakukan keganasan.

"You (kamu) bercakap soal insiden-insiden kecil seperti di Kedah tu, kenapa kamu tak heboh apabila Tian Chua gigit telinga polis?

"Kenapa kamu lupa tentang insiden ini?

"Kamu tak tulis tentang itu dan tak tanya pada orang.

"Isu itu mati dengan begitu saja dan Tian Chua patut gugur sebagai ahli parlimen, saya yang bawak usul," katanya lagi.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha mengenakan denda RM2,000 terhadap wakil rakyat daripada PKR itu selepas mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang dikenakan terhadap Tian Chua sebelum itu kerana mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, di jalan menghala ke bangunan Parlimen pada 10.45 pagi 11 Dis 2007.

Kekeliruan berlaku pada ketika itu apabila timbul pendapat bahawa Tian Chua perlu mengosongkan kerusi Parlimen yang diwakilinya disebabkan oleh jumlah denda yang dikenakan terhadapnya.

Walaubagaimanapun, Yang-diPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan Tian Chua kekal sebagai ahli parlimen.

 

PAS berang tindakan MPS turunkan bendera parti

Posted: 09 Sep 2012 09:45 AM PDT

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani hari ini melahirkan rasa berang terhadap tindakan penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang menurunkan kira-kira 40 bendera PAS di Dataran Senawang pagi semalam iaitu tempat berlangsungnya Jamuan Hari Raya anjuran PAS Negeri Sembilan.

 Bendera PAS diturunkan
 Bendera BN telah berbulan-bulan berkibar







"Kami memasang bendera PAS sehari sebelum (Jumaat) majlis ini berlangsung. Jamuan Hari Raya ini bermula 11.00 pagi dan berakhir 3.00 petang semalam. Kami sepatutnya menurunkan bendera PAS pada petang semalam juga selepas majlis berakhir.

"Bagaimanapun ketika kami sedang menyiapkan makanan, minuman, kerusi dan meja untuk orang ramai, kira-kira pukul 9.30 pagi, penguatkuasa MPS menurunkan bendera PAS.

"Kita tidak ada masalah dengan penguatkuasa MPS jika itu tugas mereka.

Persoalannya ialah kenapa bendera Barisana Nasional (BN) yang turut dipasang di Dataran Senawang tidak pula diturunkan?

"Bendera PAS diturunkan apabila baru sehari dipasang. Kita pasang bendera PAS pun kerana kita anjurkan majlis jamuan Hari Raya di sini memandangkan Dataran Senawang juga terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi. Manakala bendera BN sudah dipasang sejak berbulan-bulan lamanya.

"Jika memasang bendera di Dataran Senawang satu kesalahan, mengapa tindakan yang sama tidak diambil terhadap bendera BN di sini?," tanya Mohd Taufek yang juga merupakan Adun Paroi.

Read more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/09/09/pas-berang-tindakan-mps-turunkan-bendera-parti/

 

Bas PKR diserang lagi, AMK lapor polis

Posted: 08 Sep 2012 03:09 PM PDT

Laporan polis itu akan dibuat ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka jam 3 petang ini.

Dalam insiden kira-kira 3.30 petang semalam, bas yang digunakan pemimpin PKR untuk siri kedua Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah di Kampung Kelubi di sini.

Kejadian didakwa dilakukan kira-kira 30 samseng yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin PKR.

Memetik laporan Malaysiakini, Shamsul berkata, beliau tidak menolak kemungkinan serangan tersebut didalangi Pemuda Umno.

"Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," katanya.

Ianya adalah kejadian kedua selepas bas sama diserang sekumpulan samseng ketika berada di Kelantan minggu lalu.

Dalam serangan itu, bas tersebut yang diletakkan di Pasar Khadijah juga disimbah cat merah dan cermin hadapannya retak dibaling batu.

 

Pengawal Anwar acu pistol di khalayak orang ramai, ditahan polis

Posted: 08 Sep 2012 02:46 PM PDT

Pengawal peribadi yang berusia 37 tahun itu, dikenali sebagai Dino, dipercayai mengacu pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang jelajah ketua pembangkang itu ke sebuah majlis anjuran PKR di Kampung Baru Rim.

Orang ramai yang marah dalam kejadian itu, kemudian menyerbunya dan keadaan menjadi kecoh.

Beberapa anggota polis yang berkawal di tempat kejadian pantas menyuraikan kekecohan sebelum menahan dan membawa lelaki itu ibu pejabat polis daerah (IPD).

Laporan polis kemudiannya dibuat oleh Pemuda Umno dan Belia 4B Jasin jam 6.30 petang di IPD berkenaan. Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Jasin Zaidi Attan dan timbalan pengerusi Gerakan Belia 4B Jasin Zulkifli Kalil.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye, ketika dihubungi, mengesahkan menahan seorang pengawal sebuah syarikat keselamatan yang ditugaskan untuk mengawal Anwar.

"Siasatan mendapati senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pengawal terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.

"Kita menahan pengawal itu dan turut merampas senjata apinya untuk siasatan.

"Kita menyiasat dari pelbagai aspek sama ada dia mengacukan pistol ke arah orang ramai atau hanya mengeluarkan senjata dan memegangnya di celah baju," katanya dipetik dari laporan Sinar Harian.

Chuah berkata, pihaknya menerima empat laporan berhubung kejadian itu sehingga petang semalam.

Seorang pemimpin belia 4B Jasin berkata, beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan berunsur provokasi.

"Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah.

"Namun, secara tiba-tiba, pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (dalam keadaan mencabar orang ramai dengan pistolnya).

"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya lagi.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved