Rabu, 4 Januari 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


RPK dakwa rasuah tapi tiada bukti

Posted: 03 Jan 2012 08:36 PM PST

"Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk memerangi rasuah dan memastikan mereka yang terlibat dengan rasuah ditangkap dan didakwa.

"Ini penting kerana hendak tentukan tujuan tercapai dan kita mahu kurangkan fitnah sebab orang cakap ada rasuah tapi tidak dapat buktikan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung dakwaan RPK bahawa kerajaan Pakatan Rakyat gagal membawa perubahan di Selangor.

Pada masa sama ketika ditanya sama ada beliau akan menemui sendiri RPK bagi meminta penjelasan mengenai dakwaan tersebut, Abdul Khalid menjelaskan perkara itu tidak perlu dilakukan.

Pada Ahad lalu, RPK berkata maklum balas daripada ahli perniagaan mendakwa tahap rasuah di Selangor masih sama selain masih ada yang membayar duit 'bawah meja'.

RPK turut menyifatkan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.

READ MORE HERE

 

Al-kisah Saiful Bukhari, Anwar, Azlan dan Raja Petra

Posted: 03 Jan 2012 09:14 AM PST

Saiful, 27, menjalani kehidupannya seperti orang muda yang lain. Beliau tenang. Beliau keluar berjumpa orang. Beliau tidak gelabah. Beliau bukan pemarah. Beliau kini menyerahkan kepada Allah Taala sebarang keputusan yang akan didengarinya pada pagi Isnin depan, 901.

Beliau sudah bersumpah laknat di masjid. Pendek kata beliau tiada apa-apa lagi tekanan. Beliau akan terus berdoa, beristiqamah dan bersabar. Sebagai mangsa, beliau menyerah kepada qada dan qadar Allah SWT.

Sebaliknya bagi Anwar bin Ibrahim, 901 yang akan dihadapinya itu bukanlah kali pertama, tapi sudah kali kedua. Pertuduhan kali kedua yang dihadapinya juga membabitkan kes liwat, sama seperti pertuduhan kali pertamanya membabitkan bekas pemandu isterinya.

Bagi masyarakat Barat, kes liwat ini bukanlah satu jenayah. Ia bukan sesuatu yang menjelekkan. Ia juga bukan suatu taboo atau sesuatu yang orang mahu sembunyikan.

Di Barat, liwat-meliwat atau kehidupan gay adalah sebahagian daripada cara hidup. Lelaki boleh bernikah dengan lelaki. Mereka boleh menjalinkan hubungan seks sama jenis.

Mungkin kerana itulah para propagandis Anwar mahu menjadikan hari 901 itu sebagai Rakyat Hakim Negara. Mereka mahu menjadikan undang-undang di tangan mereka.

Tapi di Malaysia, undang-undang tidak membenarkan liwat. Jika ada kes, ia harus dibicarakan. Biar mahkamah yang menentukan salah atau tidak. Agama Islam lebih-lebih lagi tidak membenarkan langsung amalan liwat. Anak-anak kita diajar mengenai kisah Nabi Lut a.s. sejak dari kecil lagi.

Gay atau homoseksual dikenal dengan istilah liwat. Imam Ibnu Qudamah mengatakan bahawa, telah sepakat (ijma') seluruh ulama mengenai haramnya homoseksual (ajma'a ahlul 'ilmi 'ala tahrim al-liwat) [Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 12/348].

Sabda Rasulullah SAW: "Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut" (Hadis riwayat Ahmad).

Hukuman untuk gay adalah hukuman mati dan tidak ada khilafiyah di antara para fuqaha' termasuklah di antara para sahabat Nabi Muhammad SAW mengenainya. Ini seperti dinyatakan oleh Qadhi Iyadh dalam kitabnya Al-Syifa'.

Sabda Rasulullah SAW: "Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah kedua-duanya (peliwat dan yang diliwat)." [HR Al-Khamsah, kecuali an-Nasa"i].

Namun, dalam pelaksanaan hukuman bunuh tersebut, para sahabat Rasulullah SAW berbeza pendapat mengenai tatacara (uslub) hukuman mati ke atas golongan gay ini.

Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay mesti dibakar dengan api hingga mati. Menurut Ibnu Abbas ra, mesti dicari bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, lalu dihumbankan si gay tadi dengan kepala ke bawah dan setelah jatuh ke tanah, dilempari dengan batu.

Menurut Umar bin Al-Khattab r.a dan Usman bin Affan r.a, golongan gay dihukum mati dengan cara dihempapkan dinding tembok kepadanya hingga mati.

Meskipun para sahabat Rasulullah SAW berbeza pendapat tentang uslub pelaksanaan hukuman, namun semuanya sepakat bahawa golongan gay ini wajib dihukum mati. [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 21].

Begitu seriusnya kes liwat ini. Oleh sebab itulah Islam melarang perbuatan itu. Banyak kemudaratan daripada amalan gay dan liwat ini. Ia boleh menghancurkan manusia sebagaimana yang berlaku di zaman kaum Nabi Lut a.s. Tidak mustahil ia boleh berlaku lagi sekarang.

Berbalik kepada Saiful dan Anwar, Anwar nampaknya begitu gelabah. Kita tidak pasti mengapa beliau gelabah. Apakah Anwar terlalu merasakan dirinya bersalah?

Apa yang kita tahu, para propagandisnya sedang rancak merangka rancangan siang dan malam untuk memastikan kempen Bebaskan Anwar 901 dilaksanakan. Anwar mahu mengembalikan zaman reformasi. Mereka mahu berhimpun dan membuat bising.

Bagi Saiful pula sebaliknya. Apa yang dihadapinya itu ialah masalah peribadi. Bukan soal politik. Anwar pula sebaliknya mahu menjadikannya sebagai isu politik.

Anwar mendakwa dia difitnah oleh kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak. Tapi apa kena mengena Najib dengan Anwar? Kes liwat dengan Saiful ini bermula semasa zaman Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Pada zaman Abdullah juga Anwar dibebaskan.

Jadi siapa fitnah siapa? Nampaknya Anwar dan pengikut-pengikutnya sudah keliru.

Bapa Saiful, Azlan memberitahu saya, keluarganya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan keputusannya. Rakyat boleh menilai siapa benar, siapa salah.

"Jika anak saya salah, kami reda. Saya berdoa kes ini berjalan lancar tanpa ada huru-hara. Bukan saya tidak mengenali Anwar secara peribadi.

"Malah saya pernah menjadi penyokong tegar Anwar semasa zaman reformasi dulu. Perhimpunan reformasi di Masjid Negara dulu saya adalah salah seorang daripada ribuan penyokong Anwar Ibrahim."

"Malah saya juga pernah berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar kerana mengambil anak saya sebagai pegawai khasnya. Dan Datuk Seri menjawab dengan suara bergurau, jangan risau kalau dia (Saiful) nakal saya pukul dia..." kata Azlan kepada saya semalam.

Jika bapa Saiful, Azlan pernah menjadi pengikut tegar Anwar, begitu juga dengan Raja Petra Kamarudin, atau dikenali sebagai RPK.

RPK juga pastinya bersama-sama dengan bapa Saiful, Azlan berada di Masjid Negara semasa zaman reformasi dulu.

Kini, bersama-sama dengan bekas-bekas pemimpin PKR – termasuk dengan bekas-bekas setiausaha sulit Anwar – semua mereka telah lari meninggalkan Anwar. Mengapa? Sebabnya, mereka tahu siapa itu Anwar.

RPK dalam reaksinya kepada New Straits Times semalam, hasil wawancaranya yang disiarkan oleh akhbar Ahad lepas, berkata: "Bukan semua boleh menerima kenyataan."

"Sudah tentu, saya menjangka akan dihentam. Mereka hanya mahu saya bercakap apa yang baik untuk telinga mereka saja, walaupun benda itu tidak betul," katanya ketika mengulas asakan yang diterima daripada penyokong Anwar ekoran wawancara Ahad lepas.

Akhir sekali, Anwar kena percaya kepada takdir qada dan qadar Allah SWT. Beliau mungkin menganggap dirinya hebat. Beliau mungkin boleh bercakap mengenai ketamadunan, peradaban, pemikiran, ilmu dan intelektualisme manusia.

Beliau mungkin the custodian of knowledge atau pun the Renaissance Man seperti Leonardo da Vinci. Tapi sedarlah, orang yang bijak pun boleh jatuh. Personaliti mereka juga boleh runtuh.

Kejatuhan mereka hanyalah kerana beberapa kesalahan kecil. Begitu juga Anwar.

 

PAS atau Umno Selangor lebih bergolak

Posted: 03 Jan 2012 09:03 AM PST

Sedikit sebanyak gema perang mulut antara bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ada mengelirukan pengundi atas pagar dan pengundi tidak tegar BN yang bercadang untuk mengajar pimpinan UMNO sekarang.

Rata-rata saya berjalan saya ditemui oleh penyokong tegas Pakatan dan penyokong BN khususnya UMNO. Mereka bertanyakan isu itu. Tiada penjelasan tepat dan meyakinkan yang dapat saya beri melainkan cuba mengatakan ia isu sekejap dan sementara yang boleh diredakan sebelum pilihan raya.

Ketika pilihan raya berlangsung, isu itu tidak menjadi isu lagi.

Apa pun pengundi tegas PAS dan pembangkang bimbang ia boleh mengganggu harapan PR untuk menambah kejayaan PRU 2008 dulu, bahkan mungkin tidak dapat mempertahankan keputusan yang lalu. Mereka tidak akan berganjak dari PR sekali Anwar Ibrahim tiada di luar.

Tetapi mereka bimbang ialah boleh mempengaruhi orang atas pagar. Mana-mana yang bercadang untuk menyokong PR memikirkannya semula. Kalau ia berlarutan ia boleh mengganggu perayu undi dari rumah ke rumah untuk bersoal jawab apabila ditanya pengundi.

Orang UMNO yang tidak senang dengan kerajaan dan pimpinan UMNO yang ada, masih mengharapkan BN berkuasa tetapi mereka mengurangkan pencapaiannya, sekurang-kurangnya seperti keputusan Mac 2008 dulu, supaya ia membuka jalan kepada perubahan pimpinan UMNO.

Keputusan buruk BN itulah yang memungkinkan pimpinan Abdullah Badawi digantikan. Tidak cara bagi mereka mengakhiri pimpinan buruk bersama Najib dan Rosmah melainkan ngeri yang sama berlaku kepada PRU 13. Justeru itu bagi mereka pimpinan PR khususnya PAS jangan memberi banyak peluru kepada BN.

Saya boleh menerima logik itu.

Moga-moga dengan perkembangan terbaru Dato Hassan sudah berjumpa pimpinan PAS – Mursyidul Am dan Presiden – di kediaman Menteri Besar Kelantan, Hassan bukan sekadar mengentikan polemiknya dengan PAS malah minta maaf dan menarik balik tempelaknya terhadap gagasan negara berkebajikan.

Isu itu sudah reda dan seperti betul ialah adalah ribut yang sekejap.

Mungkin kesannya tidak 100 peratus reda, tetapi ia rasanya boleh diimbangi di Selangor dengan keputusan kes mahkamah Dr. Khir Toyo. Kes bekas MB Dr. Khir itu menambah imej rasuah pimpinan kerajaan BN Selangor sejak lebih 30 tahun dulu.

Ia menambah gara-gara yang ditinggalkan oleh kes Dato Harun Idris dan Tan Sri Mohamad Mohd Taib. Kedua-duanya berhenti dari MB kerana kes masing-masing. Sekali pun kes Dato Harun menjurus kepada kes politik, tetapi campuran semua masalah itu menjadikan isu Hassan Ali itu tidak apa-apa.

Boleh tenggelam isu itu dalam timbunan imej rasuah BN dan UMNO Selangor. Dan kes lembu suami ketua Wanita UMNO yang tidak mungkin diselesaikan pada PRU 13 itu menjadikan isu Hassan sekecil zarrah atau hama melayang.

Isu itu mati apabila membatalkan sangkaannya tentang negara berkebajikan. Isu itu sudah bukan lagi suatu perbedaan pendapat di kalangan PAS.

Malah isu Hassan Ali itu tidak sampai mencetuskan perpecahan pada PAS Selangor. Tidak ada bantahan ketara atas perubahan pimpinan PAS Selangor.

Sekurang-kurang kalau ia dikira satu penyingkiran terhadap pimpinan PAS Selangor, maka apa kurangnya penyingkiran pimpinan UMNO Selangor. Kes rasuah Khir Toyo adalah satu bentuk penyingkiran kepadanya oleh pimpinan bersama Najib dan Noh Omar. Adakah Dr. Khir saja yang rasuah di Selangor?

Mengapa yang lain tidak diseret? Adakah yang lain malaikat belaka?

Lebih teruk penyingkiran Najib ke atas Tan Sri Mohamad Taib. Bekas MB Selangor digugurkan dalam semua kedudukan apabila Najib menjadi Perdana Menteri dan ketua UMNO Selangor. Mohamad adalah Ketua UMNO Selangor ketika Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Najib angkat ramai senator baru untuk dijadikan menteri, digugur Senator Mohamad Taib dari jawatan menteri.

Mana lebih bergolak antara UMNO Selangor dan PAS Selangor?

Sesungguhnya benda yang tidak sepatutnya jadi isu telah dijadikan isu. Untungnya ia sekejap saja.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved