Selasa, 3 Januari 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Zaid Ibrahim: Raja Petra di pihak salah

Posted: 02 Jan 2012 01:37 PM PST

Ini bermakna termasuk kumpulan kecil atau sampingan yang berada di dalam stratosfera politik.  Saya juga berkata bahawa kita tidak harus lupa Hindu Rights Action Force atau HINDRAF, dan penulis blog Raja Petra Kamarudin (gambar kanan), yang mana kedua-dua ini merupakan pemain utama dalam kebangkitan politik 2008.
 
Jadi, saya terkejut apabila membaca New Sunday Times pada hari tahun baru yang menyiarkan temu bual dengan Raja Petra yang telah dijalankan di Singapura.  Bukannya dia tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan mengenai Anwar Ibrahim yang mana dia tidak pernah pun menyebutnya sebelum pilihan raya Sarawak dahulu.  Ia adalah perkara yang sama, dan saya tidak akan mengulanginya lagi.  Apa yang saya kurang faham ialah mengapa Raja Petra memilih untuk menyerang Anwar dari semua sudut - dan pada masa yang sama mahu melihat pembangkang menjadi lebih kuat.
 
Benar kata Raja Petra, apabila mendakwa pihak pembangkang tidak hanya mengenai Anwar dan nasib politik beliau.  Ia sebuah gerakan yang lebih besar, dan menjadi suara alternatif yang kuat buat rakyat.  Tetapi, ia tidak logik untuk mengalih sebahagian daripada parti-parti pembangkang (yang sememangnya Anwar sebahagian daripada gerakan ini) dan mengatakan bahawa itulah caranya menjadikan pembangkang lebih kuat.

Pembangkang mungkin tidak dapat memenangi Pilihan Raya Umum akan datang, tetapi kepada kita yang mahu melihat kebebasan dan demokrasi yang lebih baik dan amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang berkurangan, perjuangan tetap perlu diteruskan walau apa jua rintangan yang menghalang.  Pilihan raya akan datang setiap lima tahun dan satu hari nanti, kita akan pasti menang.

Saya rasa terpaksa mengulangi apa yang saya katakan sebelum ini, tetapi dengan sedikit pembetulan.  Kami harus menjadi inklusif dan kita tidak boleh tidak termasuk orang-orang kita yang mahu melihat pembaharuan dan perubahan dalam cara negara kita diperintah.

Kita perlu berjuang untuk perpaduan dan keharmonian untuk seluruh rakyat Malaysia.  Mereka yang mengatakan mahu melihat pembangkang menjadi lebih kuat lagi tetapi sanggup mengenepikan beberapa pemimpin kerana tidak bersetuju, tidak boleh dianggap sebagai sekutu.  Petra pasti di pihak yang salah.  Di medan perang ini, kita mesti belajar untuk menilai sumbangan semua orang, tetapi hanya untuk orang-orang yang masih mahu melihat demokrasi menyala.

*Tulisan ini dipetik dari laman Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), oleh Zaid Ibrahim (gambar kanan) selaku Ketua Parti.

 

Lupakan perjuangan personality

Posted: 02 Jan 2012 08:00 AM PST

Raja Petra yang sejak tiga tahun lalu tinggal dalam "buangan" di Manchester, England menegaskan, pihak pembangkang patut mengurangkan perjuangan untuk Anwar atau "Anwarista" kerana agenda untuk perubahan tidak harus berteraskan kepada personaliti.

"Kita belum tamat, kita kena teruskan. Bukan sebab Anwar. Bagaimana jika sesuatu berlaku kepada Anwar. Dia bukan muda lagi. Dia lebih tua daripada saya.

"Cakap tentang struktur dan penambahbaikan negara, kita akan bergerak ke depan. Walaupun Mandela (di Afrika Selatan) dipenjarakan selama 27 tahun, tak ada kempen pembebasan untuknya.

"Walaupun ada Kumpulan Free Mandela, tetapi ia merupakan kempen untuk menamatkan aparteid, bukan untuk bebaskan Mandela. Mandela hanyalah pencetusnya. Saya pasti Mandela adalah figura yang jauh lebih besar berbanding Anwar terutamanya dalam kepentingan sejarah," ujarnya.

Apa yang ditegaskan oleh Raja Petra itu telah mendedahkan akan hakikat bahawa pihak pembangkang bukanlah alternatif terbaik untuk memimpin negara ini kerana dasar yang diperjuangkan mereka berbeza-beza dan hanya menjadikan Ketua Pembangkang itu sebagai "ikon" penyatu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mengulas hakikat itu berkata, penyatuan pihak pembangkang itu boleh dianggap sebagai "persekongkolan luar tabii" kerana masing-masing mempunyai agenda perjuangan berlainan termasuk DAP yang bersifat cauvinis dan rasis.

Menurut beliau, pada masa depan tidak mustahil parti-parti yang menganggotai pakatan itu akan kembali kepada perjuangan asal setelah mendapat kuasa atau setelah merasakan sudah menjadi parti paling dominan dalam pakatan itu.

"Misalnya, PAs telah melancarkan dokumen negara berkebajikan yang turut disokong pimpinan pembangkang lain. Ia sarat dengan pelbagai janji manis dan madah berhelah bagi mencapai nafsu serakah untuk menawan Putrajaya.

"Sekiranya PAS sanggup melancarkan dokumen baru ini bagi menggantikan dokumen negara Islam yang diperkenalkan pada 12 November 2003, tidak mustahil mereka akan membuat pusingan 'U' untuk membuang dokumen negara berkebajikan dan menggantikannya dengan dokumen entah apa lagi!

"Tidak mustahil juga bila DAP berkuasa, mereka akan melancarkan pula dokumen negara cauvinis dan jika sosialis berjaya, mereka akan lancarkan pula dokumen negara komunis," ujarnya.

Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Zahid Md Arip berkata, Anwar tidak mempunyai falsafah perjuangan terbaik bagi membangunkan negara dan rakyat sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan mendapatkan kuasa bagi diri dan kroni-kroninya.

"Saya tidak fikir rakyat Malaysia sedia menerima pemimpin pembohong macam Anwar. Bagi saya, dia tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak mampu memimpin dirinya sendiri,"katanya.

Mohd. Zahid berkata, pendedahan Raja Petra seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak-pihak yang baru mahu berjinak-jinak dengan Anwar bahawa Ketua Pembangkang itu sanggup memperalatkan sesiapa sahaja bagi menjaja pembohongannya.

"Beliau sanggup memburukkan negara malah bangsanya sendiri demi memperjuangkan kepentingan peribadi dan kroni-kroninya," ujar beliau.

Apa yang diperkatakan oleh Mohd Zahid seharusnya dapat mengingatkan rakyat supaya tidak terus menyokong Anwar dan gerakan terbaru untuk mendewa-dewakannya. Kita tidak boleh alpa akan hakikat perjuangan berasaskan personaliti tidak penting sebaliknya yang lebih utama adalah idea yang dibawa seseorang itu.

Rakyat seharusnya bimbang dengan trend mendewa-dewakan Ketua Pembangkang itu yang dapat dilihat apabila "ulama" PKR yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Badrul Amin menggelar Anwar sebagai pemimpin dari sebelah Timur yang ditunggu-tunggu.

Ungkapan sama pernah digunakan pelbagai pihak bagi merujuk kepada penyelamat umat manusia iaitu Imam Mahdi. Turut menggunakan ungkapan itu ialah pengikut Al-Arqam yang menyifatkan pemimpin mereka, Allahyarham Ashaari Muhammad sebagai Pemuda Bani Tamim yang bakal muncul datang dari Timur.

Kita bimbang apabila rakyat terlalu taksub dengan seseorang pemimpin itu mereka akan mengikut segala arahan dan apa yang diperkatanya secara membuta-tuli.

READ MORE HERE

 

Apa pendirian PAS?

Posted: 02 Jan 2012 07:56 AM PST

Bagaimanapun apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini bagi membanteras gejala murtad, PAS "senyap dan sunyi", yang hadir hanyalah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau pergi atas kapasiti peribadi sebagai pemimpin Islam bukan mewakili PAS.

Kini PAS menjadi tumpuan lagi apabila kesetiaan mereka sebagai sekutu pembangkang akan dituntut pada 9 Januari ini dalam kempen "Bebaskan Anwar 901".

Kita tidak pasti apakah pendirian PAS dalam kempen tersebut? Apakah PAS akan mengerahkan penyokongnya atau menyerahkan kepada mereka untuk membuat keputusan sendiri.

Tetapi hakikatnya golongan pro-Anwar di dalam PAS tidak akan duduk diam, mereka pasti akan mendesak supaya pucuk pimpinan parti membuat kenyataan agar penyokong parti itu turun menyokong Anwar. Sememangnya semua orang tahu siapa lebih berpengaruh di dalam PAS sejak parti itu dikatakan dikuasai oleh puak Anwarinas.

Bagaimanapun PAS perlu berhati-hati dalam tindakannya, ini kerana himpunan haram yang dicadangkan pada 9 Januari ini bukanlah sebarangan.

Tersilap langkah PAS boleh dituduh "bersubahat" menghina institusi kehakiman negara. Tak apalah jika sebelum ini PAS hendak menjadi "pak turut" apabila bersedia mengerahkan "bala tenteranya" turun ke jalanan.

Tetapi isu 9 Januari ini melibatkan keputusan mahkamah. Oleh itu, pemimpin PAS tidak harus terpengaruh dengan ketidakmatangan sesetengah pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melancarkan kempen Bebas Anwar 901.

PAS sendiri sudah menyaksikan bagaimana perjalanan perbicaraan berlangsung dan di kalangan pemimpin PAS sendiri dikatakan bosan apabila Anwar berpuluh-puluh kali memohon penangguhan.

Namun mahkamah tetap membenarkannya, kalau mahkamah tidak adil sudah lama permohonan Anwar akan ditolak.

Bagaimanapun semua itu tidak berlaku, mahkamah memberi peluang seadil-adilnya untuk membela diri. Beliau bukan sahaja dibantu oleh barisan peguam yang hebat belaka, malahan Anwar juga dibenarkan membawa saksi dan pakar daripada luar negara bagi memberi keterangan.

Oleh itu, Anwar telah menjalani perbicaraan yang adil dan PAS tentu mengakui perkara, justeru kalau PAS terlibat dalam kempen Bebas Anwar 901 maknanya mereka tidak menghormati institusi kehakiman.

PAS perlu ingat kempen yang dilancarkan menggunakan istilah "Bebas Anwar" dan bukannya "Sokong Anwar", kalau sekadar "sokong" tidak mengapa kerana PAS sememangnya kawan baik PKR dan DAP tetapi kenapakah awal-awal lagi lancar kempen "bebas Anwar" sedangkan keputusan masih belum diketahui?

Penggunaan istilah "bebas Anwar" ini boleh ditafsirkan seolah-olah bagi penyokong Anwar terutamanya daripada PKR, tidak kira apa pun hujahnya pada 9 Januari ini harus ada satu sahaja keputusan iaitu Anwar mesti dibebaskan!

Soalnya apakah PAS begitu yakin bahawa Anwar tidak bersalah sehingga bersedia untuk turun ke jalanan bagi "membebaskan" beliau. Sepatutnya PAS menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Anwar bukannya sedang berada di penjara tetapi berada di luar penjara, beliau bebas ke mana sahaja hatta ke luar negara sekali pun biar pun sedang berhadapan dengan kes serius di mahkamah, pasport beliau tidak ditahan.

Justeru PAS janganlah mudah diperbodohkan dengan mainan politik PKR yang pada masa ini bermati-matian mahu memperjuangkan Anwar kerana itulah matlamat sebenar penubuhan parti itu.

Percayalah PKR amat bergantung kepada PAS untuk turun ke jalanan, mereka tidak boleh berharap kepada DAP yang sudah pasti tidak akan membiarkan penyokongnya dikejar oleh polis atau terkena semburan air.

Cuba lihat apa yang berlaku pada himpunan haram Bersih yang lalu, demonstrasi tersebut tidak akan berlaku jika penyokong PAS tidak turun tetapi apa yang PAS dapat?

PAS hanya dimaki-hamun oleh warga kota kerana telah menyusahkan mereka, mengaku parti memperjuangkan Islam tetapi perangai tidak melambangkan peribadi Islam sebenar.

Oleh itu PAS perlu berhati-hati dalam penglibatannya dalam kempen "Bebas Anwar 901", janganlah mengikut nafsu politik dan janganlah terlalu yakin bahawa isu Anwar ini akan membantu pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Percayalah senario sudah berubah, Anwar kini dilihat bukan sahaja liabiliti kepada pembangkang tetapi juga negara kerana beliau sanggup memburuk-burukkan tanah air sendiri demi dendam politiknya. Jadi adakah PAS akan bersekongkol dengan orang seumpama ini?

Tidakkah kerana adanya Anwar, pemimpin-pemimpin PAS yang jauh lebih baik budi pekerti dan akhlaknya dipinggirkan serta seolah-olah tidak dihormati hatta oleh sesetengah pengikut PAS sendiri.

Apakah Anwar begitu hebat sehingga DAP berkata, kalau Anwar dipenjara sekali pun, beliau tetap dilantik sebagai Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya.

Semua keadaan ini jelaslah menunjukkan PAS dan pemimpinnya hanya menjadi alat kepada PKR dan DAP untuk menang dalam pilihan raya, tidak lebih daripada itu.

Kalau mereka menghormati PAS sudah pasti, mereka akan berhati-hati dalam membuat kenyataan seumpama itu.

Sebab itulah PAS janganlah terus membiarkan diri diperalatkan semata-mata untuk memperjuangkan nasib Anwar. Apa yang lebih penting memikirkan sejauh manakah perjuangan mereka dalam soal berkenaan akan menguntungkan PAS.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved