Ahad, 1 Januari 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Hasan Ali sertai operasi serbu pusat hiburan

Posted: 31 Dec 2011 07:29 AM PST

Mereka yang ditahan didapati melanggar Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan 18 termasuk enam wanita akan dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan meminum arak selain 23 lagi dikenakan kaunseling.

Operasi diketuai Ketua Pengarah JAIS, Marzuki Hussin dan turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Hasan berkata, mereka yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 58 tahun dan mereka yang memerlukan kaunseling itu termasuk 13 wanita akan dipanggil memberi keterangan pada 11 dan 12 Januari ini sebelum diberikan tarikh yang sesuai untuk kaunseling.

Katanya, operasi yang dibantu polis Bukit Aman itu dilaksanakan selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti bercanggah syariah dilakukan individu Islam di pusat hiburan terbabit termasuk di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya.

"Operasi ini tertumpu kepada orang Islam selari dengan peruntukan Enakmen Jenayah Syariah 1995. Kita dapat lihat dengan jelas ada hiburan dan ada minum-minum (arak). Hasilnya, Ops Mungkar itu setakat ini mendapati ada bukti kukuh mendakwa individu terbabit, " katanya.

Hasan berkata, semua yang ditahan akan dimaklumkan kepada ahli keluarga mereka untuk diikat jamin.
Selain itu, Hasan menafikan pembabitannya dalam operasi itu ada kaitan dengan kontroversi membabitkan dirinya beberapa minggu kebelakangan ini, sebaliknya ia menunjukkan komitmen bersama khususnya penguatkuasaan JAIS.

"Selama ini saya memang serahkan semua operasi atas sebab keselamatan serta bagi memastikan kejayaan kepada semua operasi yang dilakukan. Saya terbabit secara langsung pada hari ini untuk melihat dan menentukan Prosedur Operasi Standard (SOP) kita dipatuhi, " katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved