Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- 6 aktivis SMM ditahan di Speakers Corner UiTM
- Tengku Muhammad Fakhry saman IGP, tiga lain RM100 juta
- 'DAP parti cauvinis'
- Pas Selangor tidak akan tunduk
- Najib makin 'Ultra Melayu'?
6 aktivis SMM ditahan di Speakers Corner UiTM Posted: 08 Dec 2011 11:49 AM PST Program yang pada mulanya aman tiba-tiba bertukar kecoh apabila berlaku provokasi melampau oleh mahasiswa pro-aspirasi sehingga memaksa polis bantuan kampus itu campur tangan dan menahan keenam-enam aktivis mahasiswa itu.
|
Tengku Muhammad Fakhry saman IGP, tiga lain RM100 juta Posted: 08 Dec 2011 11:07 AM PST Peguam Tengku Muhammad Fakhry, Datuk Harpal Singh berkata pelangganya juga menuntut RM50 juta lagi dalam bentuk ganti rugi teladan dan teruk. Laporan Star Online menyebut bahawa dalam pernyataan tuntutan, putera itu menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan tiga yang lain sebagai defendan. Bercakap kepada pemberita di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini pagi ini Tengku Muhammad Fakhry berkata, beliau hanya melaksanakan haknya sebagai seorang rakyat Malaysia demi keadilan. Dalam tuntutannya, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa saman itu berkaitan dengan kejadian beliau ditahan di Istana Mahkota Kubang Kerian oleh polis pada 2009, daripada mengambil kereta Bentley Brooklands sebagaimana diminta oleh ayahanda Sultan Ismail Petra, ketika itu Sultan Kelantan, untuk ke Singapura. Ia antara beberapa kes saman dibawa oleh putera sejak kebelakangan ini. Laporan media semalam menyebut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 18 Januari depan untuk pengurusan kes saman fitnah Tengku Muhammad Fakhry terhadap akhbar Malay Mail dan tiga lagi berhubung satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut. Beliau menuntut antara lain ganti rugi RM50 juta kerana atrikel tersebut mengaitkannya dengan kes tembakan terhadap pengawal istana Ramli Mohamed pada 1 Mei tahun lalu. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh tersebut dalam kamar dengan dihadiri peguam AS Dhaliwal mewakili Tengku Muhammad Fakhry dan peguam Koh Chee Hong bagi pihak kesemua defendan.
|
Posted: 08 Dec 2011 08:37 AM PST Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Demokratik (SDP) itu menyertai DAP pada 1986 bersama bekas Presiden CUEPACS, Ahmad Nor, kerana yakin parti itu mewakili pelbagai kaum dan perjuangannya cukup berbeza dengan parti politik lain di negara ini. Namun, ia hanya indah khabar daripada rupa. Selepas menjadi ahli DAP dan melihat sendiri perjalanan parti itu, keyakinannya pudar dan musnah sama sekali yang menyaksikannya keluar daripada parti itu pada 1990. "DAP mempunyai peluang untuk membuktikan mereka adalah parti mewakili masyarakat majmuk dengan melantik Ahmad menjawat jawatan Pengerusi DAP kebangsaan berdasarkan sokongan terhadapnya tetapi itu tidak berlaku. DAP adalah parti cauvinis," katanya kepada Berita Harian di sini. |
Pas Selangor tidak akan tunduk Posted: 08 Dec 2011 07:58 AM PST Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana langkah tersebut masih belum dapat diterima oleh masyarakat selain ia bukan satu jaminan DAP akan memperoleh kemenangan dalam PRU13. Beliau yang mengakui bahawa cadangan DAP tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun pihaknya beranggapan ia sukar dilaksanakan dan memerlukan masa. ''DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa. ''Namun, kita rasa langkah ini tidak wajar dan kita tidak tunduk kepada tuntutan DAP," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Dalam pada itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam ketika di minta mengulas mengenai artikel dalam ruangan Cuit yang ditulis oleh Datuk Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia yang menganggap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sebagai faktor penyelamat kepada perpaduan dan penyatuan orang Melayu, Khalid berkata, ia adalah pandangan peribadi penulis. Mengenai Hasan yang dikatakan akan dikurniakan pingat kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S), beliau berkata, ia adalah perkenan baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas sumbangan yang diberikan oleh Hasan yang juga Exco kerajaan negeri. ''Namun pada saya penganugerahan darjah kebesaran ini dilakukan oleh baginda mengikut giliran kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dianugerahkan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) manakala Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim turut menerima darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) pada tahun lalu. ''Saya melihat baginda adalah adil dan anugerah serta darjah kebesaran diberikan mengikut giliran iaitu Menteri Besar (Abdul Khalid) kebetulan daripada PKR, Speaker DUN (Chang Khim) daripada DAP dan seterusnya kali ini Pas (Hasan)," katanya.
|
Posted: 08 Dec 2011 07:17 AM PST AJK PAS Pusat, Khalid Samad berkata, ia ditambah lagi dengan ucapan Najib ketika perhimpunan itu yang bersifat rasis sehingga sanggup menghina parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya DAP.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan