Malaysia Today - Your Source of Independent News |
‘Pekida, bantu pertahan k’jaan BN’ Posted: 05 Dec 2011 09:04 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemerintahan kerajaan (Barisan Nasional) dewasa ini adalah selari dengan matlamat dan tujuan Pekida ditubuhkan. Justeru beliau mahu Pekida menjalankan tanggungjawab untuk mempertahankan kerajaan memandangkan tiada pemerintahan lain yang dapat menjamin masa depan negara. "Tiada pilihan lain selain tegakkan pemerintahan sedia ada. Tanggungjawab yang digalas Pekida atas jemala adalah untuk mempertahankan pemerintahan sedia ada. "Apa akan jadi pada umat Islam jika pemerintahan tersungkur dan rebah. Apa akan jadi pada Islam jika hilang taring? "Asas dan pokok adalah berjuang untuk kelangsungan kuasa jika kuasa terlepas segala cita-cita terkubur dan masa depan akan bertukar jadi gerhana. Ini kerana asas untuk menjadi bangsa yang mulia dan bermaruah bergantung kepada pemerintahan sedia ada. "Ia akan jadi realiti dan kenyataan jika ada kuasa," katanya di hadapan 10,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Perdana Pekida Malaysia di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini. Tegas Najib, pilihan alternatif yang ditawarkan oleh pembangkang belum tentu dapat menjamin kedudukan Melayu dan Bumiputera. Pembangkang hanya berperanan untuk meruntuhkan apa yang dibina oleh kerajaan selama ini.
|
Posted: 05 Dec 2011 09:02 AM PST Sambil membidas pakatan pembangkang kerana belum lagi berkuasa sudah mempersoalkan dasar untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera, Najib ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama PM sempena Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), semalam, berkata: "Orang Melayu tidak pernah bersikap pelampau di bumi ini. Orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis. Orang Melayu sejak merdeka sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang adil kepada mereka. "Kita mengamalkan wasatiyyah sebagai pendekatan kita sejak dulu. Kita menolak kefahaman keterlaluan, kefahaman ekstrem tidak menjadi dasar pegangan. Orang Melayu menghulur tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina negara yang aman, bersatu dan lebih makmur. "Tentu sekali ini bukan gelanggang sama rata. Jadi, sudah tentu keberhasilan berbeza dan pencapaian tidak sama. Bagi persekitaran yang serba lengkap, sudah tentu mereka akan mencapai kejayaan jauh lebih tinggi daripada mereka yang tinggal di pedalaman," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan