Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Hasan, Nasha dan Saari dipanggil beri penjelasan
- Mahasiswa itu poyo
- Hasan Ali: Saya bukan duri dalam daging, tapi PAS tergelincir landasan
- Perkasa: Melayu tidak akan keluar undi jika SPR guna dakwat kekal
- Tindakan Hasan Ali musnah diri
- PRU-13: Pakatan S’gor kekal ‘status quo’
- Hasan mahu Saari dirujuk ke Lembaga Disiplin
- PETRONAS tamat taja Ariff Alfian
- Calon PRU-13 tak boleh tarik diri
Hasan, Nasha dan Saari dipanggil beri penjelasan Posted: 21 Dec 2011 08:24 AM PST "Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini. Melihat situasi pilihanraya umum yang semakin hampir, PAS kata Tuan Ibrahim tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj sama ada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti. "Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai team player untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni. Seluruh tumpuan kerja mesti difokus kepada persiapan akhir ini daripada melayan karenah-karenah segelintir pemimpin yang ada berbeza pandangan terhadap dasar parti yang dijamin arahnya oleh Majlis Syura," tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu dipercayai membalas kenyataan Hasan yang mempertikai dasar-dasar parti yang diputuskan muktamar dan Majlis Syura. Menggunakan media lawan milik Umno, Utusan Malaysia, Hasan, yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini. Bagi Hasan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS. Membalas hujah Hasan, Tuan Ibrahim menerangkan bahawa PAS ialah sebuah parti jamaah yang berdemokrasi, segala keputusan bukanlah keputusan individu tapi keputusan jamaah. "Apabila keputusan telah dibuat, dan Majlis Syura telah mengesahkan bahawa keputusan tersebut selari dengan dasar Islam, setiap ahli PAS perlu bergerak pada arah yang sama untuk membawa parti mencapai matlamat yang disasarkan dan memenangkan Islam," tegas beliau. Dalam kenyataannya itu, Tuan Ibrahim turut mengingatkan ahli-ahli PAS kepada ungkapan 'apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi. "Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti," nasihat beliau.
|
Posted: 21 Dec 2011 07:32 AM PST Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai para pembaca sekelian. Minggu lepas saya telah menimbulkan amarah beberapa golongan kecil yang memakai tudung berlipat-lipat sambil berbual dalam gaya pertuturan Amerika dan British berselit beberapa perkataan Arab. Minggu ini pula saya membangkitkan kemarahan golongan pelajar universiti yang menggelarkan diri mereka sebagai mahasiswa. Namun kali ini tidak seperti sebelumnya, FMT telah menutup kemudahan untuk memberi komen maka tidaklah sakit kepala saya membaca sumpah seranah serta cercaan orang yang tidak dikenali di serata Internet. Pastinya anda sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui mengapa saya menggelarkan golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai mahasiswa sebagai poyo, maka apa tunggu lagi. Sebelum kita meneruskan perbincangan kita pada hari ini adalah baik sekiranya saya menerangkan takrifan yang digunakan dalam karangan ini, pastinya ada para pembaca yang budiman pasti tertanya-tanya apakah itu "poyo"? "Poyo" adalah satu perkataan yang digunakan oleh golongan remaja terutama di sekitar Lembah Kelang (dan kawasan sekitarnya) untuk menerangkan rasa kegelian, menyampah ataupun apa-apa perkara yang membuatkan seseorang itu merasa hendak muntah. Antara perkataan ganti yang juga boleh digunakan adalah seperti poser, menggelabah ataupun "tak boleh belah". Contoh penggunaan perkataan poyo adalah seperti berikut: "Poyo sial gaya rambut adik kau ala-ala Justin Bieber itu" ataupun "Kite xske sgt ngan die taw, gediks sgt dpn boy cute tue, poyo giler babs, muntah wei." Untuk pengetahuan para pembaca sekelian, contoh kedua itu ditulis dalam bentuk bahasa SMS. Manakala mahasiswa pula ialah perkataan gelaran yang diberi kepada penuntut universiti dan dalam konteks Malaysia, mahasiswa biasanya adalah gelaran kepada penuntut universiti kerajaan yang berminat untuk bertanding Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Sesungguhnya saya juga merupakan bekas graduan Universiti Teknologi Malaysia, dari Fakulti Kejuruteraan Eletrik, fakulti yang paling membosankan dari segi aktiviti masa lapang pelajar dan pada waktu saya belajar, merupakan pemegang rekod jumlah peratusan keluar mengundi paling rendah sewaktu pilihan raya kampus. Kempen yang mengecewakan Saya yakin, pastinya ada pelajar universiti yang menggelarkan diri mereka mahasiswa tidaklah sepoyo mana, pastinya mereka merupakan orang yang mesra, baik hati dan disukai ramai, namun dari segi pengalaman dan pengamatan penulis yang telah belajar di universiti kerajaan selama lima tahun diikuti dengan beberapa golongan mahasiswa tertentu maka dengan sedihnya saya terpaksa menyatakan, setiap kali saya mendengar perkataan mahasiswa, perkara pertama yang datang atau muncul dalam minda saya ialah kepoyoan yang menghampiri tahap polis angkasa gaban (peribahasa moden). Sewaktu saya menuntut di universiti dahulu, seringkali saya berdepan dengan orang yang bersemangat berceramah tentang "suara mahasiswa", "kepimpinan mahasiswa" ataupun "kuasa mahasiswa". Pada mulanya saya menolak tepi slogan-slogan ini kerana saya berpendapat kebanyakan mereka yang sibuk memperjuangkan perkara-perkara ini adalah dari aliran sastera yang mempunyai banyak masa untuk menjalankan aktiviti sampingan. UTM yang ketika itu terkenal dengan gelaran Universiti Tendang Menendang kerana tahap kegagalan yang tinggi di kalangan pelajar jurusan kejuruteraan, saya lebih risau untuk mengumpul markah bagi memastikan saya boleh meneruskan pengajian pada semester hadapan. Boleh dikatakan tiga tahun pertama saya di universiti bagi saya "kuasa mahasiswa" adalah perkara kedua dan saya lebih risaukan tentang "kuasa aruhan elektromagnet" dan bagaimana mengiranya dengan tepat. Namun setelah saya menjadi seorang pelajar kanan, yang mana kini markah saya boleh dikatakan lebih stabil (tidak tinggi, teruk juga tapi susahlah nak kena tendang) maka saya pun sedikit berminat apabila dikatakan tentang "kepimpinan mahasiswa". Sebagai seorang siswa yang maha, banyak juga yang saya tidak berpuas hati dengan kepimpinan universiti, masyarakat, negara dan juga dunia sejagat. Namun yang paling saya tidak puas hati adalah isu-isu yang berkait rapat dengan saya sebagai seorang siswa yang maha dan saya merasakan melalui "suara mahasiswa" dan "kepimpinan mahasiswa" bolehlah saya mempunyai saluran dan wakil untuk menyuarakan suara dan hasrat saya kepada pemerintah universiti. Maka apabila sampai masa waktu pemilihan saya pun telah nekad untuk keluar mengundi kerana mahu wakil yang boleh menyuarakan suara saya, selain dari hadiah cabutan bertuah dari fakulti kepada mereka yang mengundi kerana HEP (Hal Ehwal Pelajar) telah mendesak FKE (Fakulti Kejuruteraan Eletrik) untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi. Malangnya, apabila saya mendengar kempen dari mereka yang mempunyai aspirasi (bukan pro aspirasi) untuk menjadi perwakilan, saya merasa kecewa. Saya berharap yang mereka akan memperjuangkan perkara-perkara seperti meningkatkan kualiti pensyarah, menambah kemudahan kepada pelajar seperti "water cooler", tentang yuran pengajian, hal-hal akademik, hal biasiswa, untuk memberi input tentang matapelajaran dan kurikulum pengajian kepada pihak pentabir universiti dan perkara-perkara sedemikan.
|
Hasan Ali: Saya bukan duri dalam daging, tapi PAS tergelincir landasan Posted: 19 Dec 2011 06:21 PM PST Exco kerajaan negeri Selangor ini turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya. "PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama. "Saya berjuang bagi memastikan matlamat PAS diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan PAS," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini. Menurut Hasan, pihaknya mempunyai bukti penyokong PAS semakin berkurangan kebelakangan ini akibat persekitaran sedemikian. "Penyokong mula menarik diri dari PAS, mereka bukan seperti lembu yang dicucuk hidung, mereka adalah insan yang berbudaya, bertatasusila dan beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual dan laras berfikir yang matang dan mesti dihormati," katanya mempertikaikan dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali baru-baru ini bahawa dirinya terlibat menghasut penyokong PAS bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak lagi memperjuangkan Islam. Jelas Hasan, beliau menghormati peranan golongan profesional dalam parti, tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka turut sama berjuang mengembalikan parti kepada matlamat asal perjuangan menegakkan teras Islam. "Perjuangan saya turut mendapat respons positif Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Tantawi, mereka menyokong usaha saya meletakkan semula PAS di landasan awal," katanya lagi.
|
Perkasa: Melayu tidak akan keluar undi jika SPR guna dakwat kekal Posted: 19 Dec 2011 06:16 PM PST Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang. Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan. Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi. Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya. "Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum. "Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan," katanya. Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi. "Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal. "Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?" katanya. Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.
|
Tindakan Hasan Ali musnah diri Posted: 19 Dec 2011 06:10 PM PST Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman mengingatkan Hasan yang merupakan idola beliau untuk terus muhasabah diri. Katanya, Hasan perlu menunjukkan sikap lebih terbuka ekoran tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia. Menurut Abdul Rani, beliau ada menghubungi Hasan namun sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas daripada pemimpin PAS tersebut. "Sepatutnya kita tanya diri sendiri apa silap kita. Saya yang baru jadi Adun di Meru, ada orang Umno tegur dan beritahu silap saya. Hasan lebih tahu Gombak Setia, beliau patut tanya apa salah diri sendiri. "Saya ada mesej untuk tawarkan beliau jawatan sebagai ahli perhubungan PAS Negeri. Tapi bagi SMS, hubungi beliau pun tiada jawapan. Saya minta untuk jumpa namun dapat tahu beliau akan buat sidang media. "Saya ingatkan Hasan Ali agar dapat muhasabah diri. Apa yang beliau lakukan hanya merosakan diri sendiri. Sedangkan parti (PAS) ada kekuatan sendiri. Apa yang beliau lakukan hanya memberi kesan minimal pada parti," katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam hari ini.
|
PRU-13: Pakatan S’gor kekal ‘status quo’ Posted: 19 Dec 2011 05:56 PM PST 'Status quo' yang dipersetujui bersama ialah DAP akan bertanding 15 kerusi, PKR (21) dan PAS (20), sama seperti pada PRU 2008, kata Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pada sidang media di sini hari ini. Menjawab mengenai dakwaan rancangan DAP untuk mengambil kerusi Menteri Besar, Teresa menjelaskan bahawa parti yang menang paling banyak kerusi akan diberi keutamaan dan dari 56 kerusi Dun Selangor itu, DAP hanya bertanding 15 kerusi berbanding PKR dan PAS. "Saya rasa hairan mengapa timbul kata DAP mahu kerusi Menteri Besar, dan daripada pengaruh di Selangor tidak mungkin perkara itu terjadi. Pihak yang menang paling banyak kerusi yang akan diberi keutamaan. "Tiada perbincangan siapa akan jadi Menteri Besar. Calon (Menteri Besar) pun masih belum boleh ditentukan. Itu pun sekiranya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu menjadi calon dan sebaliknya hanya mahu bertanding kerusi parlimen sahaja," jelas beliau.
|
Hasan mahu Saari dirujuk ke Lembaga Disiplin Posted: 19 Dec 2011 05:23 PM PST Katanya, kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang itu mengenai penggugurannya di kerusi Gombak Setia merupakan punca kepada tercetusnya polemik sehingga menyebabkan pergeseran antara pemimpin parti. "Saya ingin menyarankan supaya pimpinan tertinggi parti mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor. "Beliaulah yang mula menyemaikan bibit perpecahan dikalangan ahli dan penyokong parti. Tindakan beliau jelas tidak menguntungkan parti," katanya dalam sidang media dirumahnya di sini hari ini. Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor sebaliknya menegaskan bukan dirinya yang menjadi punca kepada timbulnya isu ini, tetapi Saari. "Saya ingin tegaskan kepada ahli dan penyokong PAS dan kepada sesiapa sahaja bahawa saya bukanlah pihak yang menimbulkan polemik ini. "Sebaliknya isu ini timbul hasil daripada pengumuman yang dikatakan tidak kena masa dan tempatnya oleh Ketua Penerangan PAS Selangor mengenai pencalonan nama saya," katanya. Sehubungan itu, beliau menggesa agar satu siasatan terperinci dibuat ke atas proses pencalonan dan keputusan akhir bilangan pencalonan yang diterimanya di kawasan Gombak seperti yang dibuat oleh PAS kawasan itu. "Siasatan ini dicadangkan bagi melenyapkan sebarang spekulasi yang timbul berkaitan dengan pencalonan saya," katanya.
|
PETRONAS tamat taja Ariff Alfian Posted: 19 Dec 2011 09:23 AM PST Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009. PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom. "Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau." "Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.
|
Calon PRU-13 tak boleh tarik diri Posted: 19 Dec 2011 08:05 AM PST Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata keputusan itu adalah antara 10 perkara yang disyorkan dan dipersetujui dalam perjumpaan antara SPR dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di Pulau Pinang pada 15 Disember lalu. "Selaras keputusan itu, tempoh sejam selepas penamaan calon yang diperuntukkan bagi calon mengemukakan bantahan berhubung kelayakan pencabar masing-masing juga dimansuhkan di bawah pindaan Peraturan-Peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981," katanya pada satu sidang media, di sini, semalam. "Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan