Rabu, 14 Disember 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


PRU-13: Pekida ikrar pangkah BN

Posted: 13 Dec 2011 03:39 PM PST

Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof berkata tidak cukup untuk pertubuhan itu memberi sokongan moral semata-mata memandangkan kemenangan BN pada PRU-13 kelak menjadi keutamaan bersama.

"Kita bagi sokongan dengan mengajak ahli-ahli Pekida untuk memenangkan BN agar kekal memerintah negara. Sokongan moral sahaja tidak cukup, maka kita mahu ahli-ahli pangkah BN pada pilihan raya nanti. Kerana pada anggapan Pekida BN menjalankan pemerintahan dengan berkesan.

"Semua ahli-ahli Pekida perlu sokong BN….kita ibarat adik-beradik maka akan sama dan perlu bantu antara satu sama lain. Pekida bertanggungjawab untuk memenangkan BN supaya orang Melayu bernafas.

"Tapi bagaimana untuk kami gerakan kepada ahli-ahli ia adalah rahsia," katanya kepada FMT.

Pekida kini mempunyai dua juta ahli di seluruh negara dengan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah merupakan penaung bagi pertubuhan berkenaan.

Sementara itu, Jamaluddin mengakui bahawa sokongan orang Melayu terutama anak muda menjadi pertikaian memandangkan mereka kini lebih banyak terpengaruh dengan fahaman luar.

Sokongan anak muda terhakis

Katanya ia menjadi ancaman kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan pemerintahannya kerana secara tidak langsung menghakis sokongan anak muda kepada pemimpin nombor satu negara tersebut.

Walau bagaimanapun, menurut Jamaluddin Pekida mempunyai 'cara' tertentu untuk menarik minat golongan anak muda ini terus menyokong BN.

Namun beliau enggan menjelaskan secara terperinci perkara itu, dan sebaliknya berkata ada perkara tertentu perlu diselesaikan Najib sebelum mengadakan PRU-13 nanti.

READ MORE HERE

 

Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar?

Posted: 13 Dec 2011 03:34 PM PST

Penerbit video ini juga adalah orang yang sama yang menguruskan laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang di samping blog Pena Noh Omar itu.

"Besar kemungkinan dia adalah orang kuat Noh Omar," kata seorang blogger yang juga menerbitkan video klip bagi mendedahkan siapa sebenarnya di belakang video klip yang menghina hukum hudud ini.

Video klip pendedahan itu diterbitkan oleh Malaysianews di laman Youtube.

Pelbagai pihak kesal dengan tindakan pihak kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penghinaan yang dibuat oleh video klip sembang rakyat itu.

Drs Khalil Idham Lim mempersoalkan mengapa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terus membisu terhadap video yang berjudul 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud PAS' itu secara jelas mengelirukan umat Islam di Malaysia yang telah disebar luas di laman Facebook dan Youtube baru-baru ini.

"Kita tidak boleh nafikan bahawa sejak akhir-akhir ini media boleh direka dalam pelbagai bentuk dan corak kerana perkembangan teknologi yang pesat, tetapi seharusnya tidak boleh sehingga menghina agama lebih-lebih lagi Islam itu sendiri.

"Kita amat khuatir terhadap perkembangan sebegini memandangkan para pelakonnya terdiri dari orang Islam dan ada di antaranya berlakon yang sebagai agamawan di samping penggunaan kamera beresolusi tinggi yang sudah pastinya mahal harganya," ujar Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, klip video itu juga mempunyai unsur yang boleh mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam.

Menurut Malaysianews, kaitan antara video klip sembang rakyat itu amat jelas dengan Noh Omar dan Umno Selangor.

Ia mempunyai persamaan antara satu sama lain melalui emailnya iaitu " ajaff8@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it " yang ada sebagai email penerbit dan webmaster untuk kesemua laman-laman dan video klip itu.

 

PAS ganti UMNO?

Posted: 13 Dec 2011 11:30 AM PST

Muqadimah

Program PAS Ganti UMNO (PGU) telahpun dilancarkan awal tahun ini.  Ia merupakan satu slogan bagi meyakini orang ramai bahawa ketiadaan UMNO sebagai parti dominon bukanlah bererti orang Melayu hilang arah kerana PAS akan tampil untuk mengambil alih kepimpinan dan politik orang Melayu.  Ini bersandarkan kepada realiti bahawa PAS adalah merupakan parti komponen PR yang terbesar berpandukan kepada keahlian, jentera dan pengalaman.  Saya boleh bersetuju PGU dalam konteks pengambilalihan kepimpinan politik Melayu tapi awas!  Kalau ganti itu membawa makna PAS akan ganti "perangai" UMNO di tampuk pemerintahan, saya akan menolak slogan PGU.  Itulah yang diluahkan oleh Timbalan Presiden PAS dalam ucapannya yang disiarkan dalam MerdekaReview pada 5 Disember 2011, ditulis oleh Lim Hong Siang.

Jangan Ganti Perangai UMNO


Perangai buruk UMNO sebagai parti yang memerintah kerajaan persekutuan hari ini boleh disimpulkan dalam satu permasalahan yang dinamakan sebagai isu integriti.  Persoalan ini menghantui UMNO dan mendapat persepsi yang buruk di kalangan rakyat.  Apakah PAS ganti UMNO untuk rakyat nanti menyaksikan pemimpin PAS hidup mewah di luar kemampuannya?  Ataukah bakal-bakal Menteri dalam kabinet Pakatan nanti khususnya PAS akan mengulangi "perangai" minta komisyen atau salahguna kuasa yang ada?  Itukah maksud PGU?  Persoalan ini membimbangkan Timbalan Presiden PAS itu.

Islam dan Muslimin

Mohamad bin Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu melontarkan satu ide tentang bagaimana Barat lebih dilihat Islamik dari sudut tatacara kelola kewangan negara, ketelusan dan integriti sebuah kerajaan dan hak asasi manusia.  Saya teringat akan kata-kata ulamak Islam Syeikh Muhamad Abduh (1849-1905) ketika dia melawat Eropah dia mengkagumi kemajuan dan ketamadunan Eropah (Barat) yang nilainya sama dengan Islam.  Dia berkata, "I went to the West and saw Islam, I got back to the East and saw Muslims but not Islam".  Saya yakin Mat Sabu tidak berkata tanpa satu pengamatan dari susur galur kebangkitan Eropah dan zaman malap tamadun Islam.  Apa yang malang dari kenyataan Mat Sabu ialah keadaan tidak berubah sejak ia diucapkan oleh Syeikh Muhammad Abduh kurun yang lampau.

Tunjuk contoh dulu


Saya memahami bahawa apa yang disebut oleh Timbalan Presiden PAS itu didasari oleh kebimbangan melihat masa depan PAS dan Pakatan Rakyat secara umum jikalau diberi amanah untuk memerintah.  Ini adalah kerana tidak ada gunanya kita melaungkan reformasi atau islah jika kita gagal membuat perubahan dan membongkah akar umbi kebusukan yang akan ditinggalkan oleh regim lama BN.  Kalau kita mengulangi kebusukan BN maka reformasi kita hanya kosmetik dan hanya tukar baju tapi dalam penuh dengan panau dan kurap.  Saya berpendapat bahawa kenyataan Mat Sabu mewakili ramai dari rakyat yang mahukan perubahan yang tulen dan bukan palsu.

Jalan sukar

Berkenaan dengan Arab Spring Revolution yang menumbangkan kebusukan regim diktator dunia Arab, saya berpendapat perubahan regim yang berlaku akan mengalami jalan yang sukar dan berliku.  Ini adalah kerana buat sekian lama dunia Arab bukan sahaja berada di bawah pemerintahan kuku besi tetapi kedudukan sosial dan strata masyarakat serta keadaan ekonomi membentuk satu cabaran yang besar kepada order baru seperti Tunisia, Mesir, Libya dan Syria.

Pengajaran

Pengalaman kebangkitan Arab mengajar kita untuk membuat lonjakan dalam melakar perubahan regim.  Saya mencadangkan bagi mengukuhkan pandangan Mat Sabu (gambar kiri), lonjakan kita mesti melibatkan program kesedaran, pemodelan negeri Pakatan sebagai contoh dan reformasi parti-parti politik yang perlu dilihat telus dalam menyusun sistem organisasi parti.  Parti-parti politik kita khususnya komponen Pakatan masih tidak menunjukkan kesungguhan mereformasi partinya dulu sebelum mampu mengemukakan reformasi politik.

Mat Sabu saja yang tahu

Adapun kenyataan Mat Sabu yang mengatakan golongan kiri dan liberal Barat lebih dilihat bersungguh mengamalkan integriti, ia adalah satu cabaran besar kepada parti Islam yang seharusnya mengungguli prinsip integriti berdasarkan prinsip moral yang dilaungkan.  Apakah benar kebimbangan Mat Sabu itu, adakah benar dakwaan beberapa EXCO Kelantan tidak mencerminkan kehidupan sederhana yang dilaungkan oleh PAS?

Saya tidak mempunyai jawapan, hanya Mat Sabu yang tahu apakah maksud yang tersirat daripada kenyataannya.  Namun mengenali Mat Sabu, beliau adalah orang yang setia kepada parti dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan apabila memberi pandangan.  Saya juga berpendapat Mat Sabu berada sebagai orang nombor dua parti Islam untuk menjalankan tugas mengocak air yang tenang supaya parti jangan berada di zon selesa.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved