Selasa, 13 Disember 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Nik Aziz bidas Umno guna istilah ‘jihad’ hadapi PRU-13

Posted: 10 Dec 2011 06:50 AM PST

Menurut Nik Aziz, istilah jihad itu berasal daripada al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.

Justeru, beliau mempersoal jihad yang dimaksudkan Umno sedangkan parti itu terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.

"Jihad ini istilah al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?

"Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Arab, bukan untuk Cina tapi untuk manusia," katanya dipetik Harakahdaily.

Ketika berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno minggu lalu, Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan "ibu segala pilihan raya."

Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Muhyididn menegaskan, pilihan raya umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.

"Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?" kata beliau.

Malah dalam ucapannya, sambil menyifatkan PAS berhadapan dengan pilihan raya "setiap hari", Nik Aziz ibaratkan Umno sebagai bas ekspres yang singgah di tengah jalan untuk makan buah-buahan tetapi tidak sampai ke destinasi disasarkan.

"Umno atau golongan sekular kalau kita andaikan, seperti bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi berhenti di Gua Musang, terliur tengok buah-buahan banyak, maka berhenti di situ sahaja, tak sampai ke Kuala Lumpur," kata beliau menyampaikan ucaptama pada Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad dekat sini, hari ini.

"Samalah dengan Umno, nak ke syurga tapi tersekat separuh jalan kerana terpedaya dengan segala pembangunan dan kekayaan di dunia," kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu, Nik Aziz mengingatkan ahli agar memanfaatkan sistem pilihan raya yang ada untuk memenangkan PAS agar dapat berjihad menegakkan Islam.

READ MORE HERE

 

6 aktivis SMM ditahan di Speakers Corner UiTM

Posted: 08 Dec 2011 11:49 AM PST

Program yang pada mulanya aman tiba-tiba bertukar kecoh apabila berlaku provokasi melampau oleh mahasiswa pro-aspirasi sehingga memaksa polis bantuan kampus itu campur tangan dan menahan keenam-enam aktivis mahasiswa itu.

Kesemua yang ditahan adalah dua dari UiTM, dua dari Universiti Malaya (UM) dan dua orang lagi masing-masing dari Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Razab yang juga salah seorang yang ditahan berkata, kesemua mereka ditahan kira-kira jam 9.30 malam dan dibawa ke pejabat polis bantuan di UiTM Shah Alam.

Katanya, alasan penahanan mereka adalah kerana masuk ke kampus itu tanpa kebenaran, manakala dua pelajar UiTM itu pula ditahan kerana menyertai Speaker Corner yang tidak mendapat kelulusan pihak universiti.

"Bagi saya tindakan UiTM keterlaluan dan sangat terkebelakang berbanding kampus-kampus lain.

"UiTM juga tidak seiring dengan keterbukaan kerajaan yang mahu memberi kebebasan kepada mahasiswa," katanya.

Menurutnya lagi, kesemua yang ditahan kemudian dibebaskan kira-kira sejam kemudian selepas melalui soal siasat biasa.

Mereka juga diberi amaran agar tidak meneruskan program itu dan diiring keluar dari kampus tersebut sejurus selesai soal siasat tersebut.

 

Tengku Muhammad Fakhry saman IGP, tiga lain RM100 juta

Posted: 08 Dec 2011 11:07 AM PST

Peguam Tengku Muhammad Fakhry, Datuk Harpal Singh berkata pelangganya juga menuntut RM50 juta lagi dalam bentuk ganti rugi teladan dan teruk.

Laporan Star Online menyebut bahawa dalam pernyataan tuntutan, putera itu menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan tiga yang lain sebagai defendan.

Bercakap kepada pemberita di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini pagi ini Tengku Muhammad Fakhry berkata, beliau hanya melaksanakan haknya sebagai seorang rakyat Malaysia demi keadilan.

Dalam tuntutannya, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa saman itu berkaitan dengan kejadian beliau ditahan di Istana Mahkota Kubang Kerian oleh polis pada 2009, daripada mengambil kereta Bentley Brooklands sebagaimana diminta oleh ayahanda Sultan Ismail Petra, ketika itu Sultan Kelantan, untuk ke Singapura.

Ia antara beberapa kes saman dibawa oleh putera sejak kebelakangan ini.

Laporan media semalam menyebut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 18 Januari depan untuk pengurusan kes saman fitnah Tengku Muhammad Fakhry terhadap akhbar Malay Mail dan tiga lagi berhubung satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut.

Beliau menuntut antara lain ganti rugi RM50 juta kerana atrikel tersebut mengaitkannya dengan kes tembakan terhadap pengawal istana Ramli Mohamed pada 1 Mei tahun lalu.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh tersebut dalam kamar dengan dihadiri peguam AS Dhaliwal mewakili Tengku Muhammad Fakhry dan peguam Koh Chee Hong bagi pihak kesemua defendan.

 

 

'DAP parti cauvinis'

Posted: 08 Dec 2011 08:37 AM PST

Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Demokratik (SDP) itu menyertai DAP pada 1986 bersama bekas Presiden CUEPACS, Ahmad Nor, kerana yakin parti itu mewakili pelbagai kaum dan perjuangannya cukup berbeza dengan parti politik lain di negara ini.

Namun, ia hanya indah khabar daripada rupa. Selepas menjadi ahli DAP dan melihat sendiri perjalanan parti itu, keyakinannya pudar dan musnah sama sekali yang menyaksikannya keluar daripada parti itu pada 1990.

Peristiwa yang menjadi titik tolak kepada perubahannya apabila Ahmad yang memperoleh undi tertinggi dalam pemilihan DAP serta menjadi Ahli Parlimen Bayan Baru pada 1990, 'dinafikan' hak menjadi Pengerusi DAP Kebangsaan.

Katanya, Ahmad memperoleh sokongan kuat daripada ahli dan mendapat undi tertinggi kerana perjuangannya untuk rakyat, tetapi Dr Chen Man Hin yang mendapat undi kurang, malah kalah di kerusi Parlimen Seremban pada pilihan raya umum dipilih menjadi Pengerusi DAP Kebangsaan.

"Saya cukup kecewa dengan keputusan itu kerana hasrat sememangnya mahu melihat Ahmad menjadi pemimpin memperjuangkan masyarakat majmuk, tetapi tidak dapat kerana sistem pemilihan DAP yang agak pelik iaitu orang kalah pula dilantik sebagai ketua.

"DAP mempunyai peluang untuk membuktikan mereka adalah parti mewakili masyarakat majmuk dengan melantik Ahmad menjawat jawatan Pengerusi DAP kebangsaan berdasarkan sokongan terhadapnya tetapi itu tidak berlaku. DAP adalah parti cauvinis," katanya kepada Berita Harian di sini.

Sehubungan itu, Abu Zahar mahu pengalamannya itu menjadi panduan kepada rakyat terutama orang Melayu bahawa DAP bukanlah parti berbilang kaum seperti dilaung-laungkan pemimpin parti, sebaliknya parti cauvinis.

"Trend itu berterusan apabila Tunku Abdul Aziz Ibrahim hanya dilantik Naib Pengerusi DAP. Kalau DAP mahu membuktikan mereka parti berbilang kaum, seharusnya beliau dilantik sebagai Pengerusi.

"Mereka hanya meletakkan pemimpin daripada kaum lain dan mendakwa DAP adalah parti berbilang kaum, sedangkan mereka menjadi boneka semata-mata.

"Ini harus menjadi petunjuk kepada rakyat khususnya orang Melayu supaya tidak tertipu dengan helah DAP yang kononnya parti berbilang kaum," katanya.
 

Pas Selangor tidak akan tunduk

Posted: 08 Dec 2011 07:58 AM PST

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana langkah tersebut masih belum dapat diterima oleh masyarakat selain ia bukan satu jaminan DAP akan memperoleh kemenangan dalam PRU13.

Beliau yang mengakui bahawa cadangan DAP tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun pihaknya beranggapan ia sukar dilaksanakan dan memerlukan masa.

''DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa.

''Namun, kita rasa langkah ini tidak wajar dan kita tidak tunduk kepada tuntutan DAP," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam ketika di minta mengulas mengenai artikel dalam ruangan Cuit yang ditulis oleh Datuk Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia yang menganggap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sebagai faktor penyelamat kepada perpaduan dan penyatuan orang Melayu, Khalid berkata, ia adalah pandangan peribadi penulis.

Mengenai Hasan yang dikatakan akan dikurniakan pingat kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S), beliau berkata, ia adalah perkenan baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas sumbangan yang diberikan oleh Hasan yang juga Exco kerajaan negeri.

''Namun pada saya penganugerahan darjah kebesaran ini dilakukan oleh baginda mengikut giliran kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dianugerahkan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) manakala Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim turut menerima darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) pada tahun lalu.

''Saya melihat baginda adalah adil dan anugerah serta darjah kebesaran diberikan mengikut giliran iaitu Menteri Besar (Abdul Khalid) kebetulan daripada PKR, Speaker DUN (Chang Khim) daripada DAP dan seterusnya kali ini Pas (Hasan)," katanya.

 

Najib makin 'Ultra Melayu'?

Posted: 08 Dec 2011 07:17 AM PST

AJK PAS Pusat, Khalid Samad berkata, ia ditambah lagi dengan ucapan Najib ketika perhimpunan itu yang bersifat rasis sehingga sanggup menghina parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya DAP.

"Dan ini di perkuatkan lagi apabila Najib sendiri hadir pada perhimpunan Perkida di Shah Alam, malah ucapannya menunjukkan beliau ingin menjadi 'ultra-malay'.

"Umno memainkan sentimen perkauman bagi mendapat undi Melayu dengan melabelkan parti kaum lain terutamanya DAP sebagai ancaman kepada seluruh orang Melayu di negara ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Khalid menyatakan atas dasar terdesak Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun menimbulkan ketidak senangan pihak lain.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu apa yang dijanjikan oleh Najib dalam transformasinya juga sudah tiada malah beliau semakin terkebelakang.

"Kita tahu sebelum ini ramai pihak tidak menyukai pertubuhan Perkida termasuk dalam Umno sendiri tetapi Najib yang terdesak tetap menghadirinya kerana baginya undi Melayu itu penting dan kaum lain beliau tidak memberi penekanan yang sewajarnya.

"Malah tindakan tersebut membuatkan beliau semakin terkebelakang dengan transformasi yang dijanjikannya, transformasi yang dilaungkan olehnya untuk semua kaum bukannya meminggirkan kaum lain tetapi Najib pula menyongsang dengan pendiriannya," katanya yang juga ahli parlimen Shah Alam.

Menurutnya lagi, Melayu tidak akan hilang walaupun Umno tidak diundi kerana yang hilang adalah Umno bukan Melayu.

Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat agar tidak gusar jika Umno kalah kerana Pakatan Rakyat memberi jaminan akan menjaga orang Melayu dan kaum-kaum lain dengan lebih baik.

"Secara jelas saya katakan melihat kepada apa yang dilakukan oleh Najib serta Umno menunjukkan bahawa mereka telah gagal dan tidak boleh menjadi pemerintah yang adil dalam negara ini kerana mereka hanya memperjuangkan hanya untuk satu kaum sahaja.

"Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat kerana dasarnya sama untuk kesejahteraan semua kaum malah di dalam Pakatan Rakyat jika ada sebarang kesulitan maka jalan penyelesaian dicari bukannya saling tuduh menuduh seperti yang dilakukan oleh MCA," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved