Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Pilih pemimpin GLC, GLIC berjiwa Umno
- Shamala hilang hak penjagaan anak
- Pembangkang 100 kali lebih rasis
- Dana NFC beli Mercedes, tanah dan cuti mewah?
- Dr Asri: Umno nampak gelisah, masih gagal beri harapan baru
- Wi-fi Percuma di Selangor Mulai Tahun Depan
- Najib: Ahli Umno kena terbuka terima calon boleh menang
- Anwar: ‘Umno jangan mimpi nak tawan negeri dipimpin Pakatan’
- Perhimpunan Aman: Kaji balik peruntukan tak praktikal, kata Chandra
- Kecaman Mahathir dan nurani Saifuddin
Pilih pemimpin GLC, GLIC berjiwa Umno Posted: 01 Dec 2011 05:18 PM PST Datuk Idris Hashim berkata walaupun kerajaan semakin giat melancarkan pelbagai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kesannya terhadap ekonomi orang Melayu masih belum dilihat dengan jelas. "Apa salahnya orang yang berjiwa Umno mengepalai GLC dan GLIC ini supaya agenda Bumiputera dapat dilaksanakan sepenuhnya. Ini sekaligus membantu program transformasi ekonomi supaya dapat mengalir ke bawah," katanya ketika membentangkan usul Ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2011, di PWTC di sini hari ini. Idris, yang merupakan Ketua Umno Teluk Intan, berkata syarikat-syarikat GLC dan GLIC perlu mengambil alih atau membeli ekuiti lebih banyak syarikat-syarikat rangkaian pembekal bagi membantu usahawan Melayu. "Dulu, tiap kali kontraktor Melayu dapat RM1, 80 sen bukan kita punya. Pasal paku depa (mereka) punya, besi depa punya, pasir depa punya, semua depa punya. Kontraktor Melayu dapat dua kupang sahaja," katanya. Idris berkata dengan adanya rangkaian pembekal yang terdiri daripada orang Melayu, ini dapat memberi impak secara holistik kepada pembangunan sosio-ekonomi Melayu serta mempertingkatkan pemilikan ekuiti mereka dalam sektor korporat.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Shamala hilang hak penjagaan anak Posted: 30 Nov 2011 08:09 PM PST Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Zainun Ali yang bersidang bersama Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Hakim Anantham Kasinather memutuskan demikian sebulat suara selepas membenarkan rayuan Dr. M. Jeyaganesh, 42. Mualaf tersebut merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Julai 2004 yang memberikan hak penjagaan terhadap Saktiswaran, 10, dan Theiviswaran, 9, kepada ibu mereka. Shamala sebaliknya mengingkari perintah lawatan yang diperolehi lelaki itu dengan melarikan kedua-duanya ke luar negara. Hakim Zainun ketika membacakan keputusan ringkas itu berkata, mereka terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Shamala, 38, yang menghadapi tindakan menghina mahkamah tiada hak mengemukakan litigasi. Tindakan tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Mei 2004 selepas dia melanggar perintah penjagaan sementara yang membenarkan Jeyaganesh atau nama Islamnya, Muhammad Ridzwan Mogarajah melawat anak-anak mereka. Muhammad Ridzwan diwakili oleh Muralee Menon manakala Shamala yang kini dipercayai berada di Australia, tidak diwakili selepas peguamnya yang terdahulu menarik diri. Dengan keputusan itu, semua konflik melibatkan Shamala dan bekas suami termasuk isu penukaran agama dua anak lelakinya dan permohonan wanita tersebut untuk mencabar persoalan undang-undang, selesai buat masa ini.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pembangkang 100 kali lebih rasis Posted: 30 Nov 2011 05:23 PM PST Sebaliknya beliau menganggap pihak yang melakukan tohmahan itu jauh lebih rasis berbanding Umno. "Cuma orang yang bersikap terlalu rasis sahaja, sepanjang masa, apabila satu pihak bercakap tentang satu kaum, dia kata kita rasis. "Padahal mereka tidak sedar dia 100 kali lebih rasis daripada kita," katanya kepada pemberita selepas ucapan perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Katanya, walaupun Umno jelas merupakan parti politik tunggal bagi kaum Melayu, namun parti itu sanggup bekerjasama dan berkongsi kuasa dan memperjuangkan hak kaum lain demi perpaduan. Katanya, sebagai tunjang perjuangan Melayu, Umno tetap bersedia sama ada parti itu berada dalam keadaan kuat atau lemah. Beliau berkata perkara yang sama turut dinyatakan Presiden Umno pagi tadi yang menyatakan Umno sejak pilihan raya umum pertama tahun 1955 lagi berkesempatan menguasai majoriti 51 kerusi Parlimen namun tidak berbuat demikian kerana lebih mementingkan perpaduan kaum.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dana NFC beli Mercedes, tanah dan cuti mewah? Posted: 30 Nov 2011 10:37 AM PST Ini, katanya memandangkan Ketua Wanita Umno itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda insaf setelah PKR membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC. Rafizi mendakwa pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622. Beliau juga mendakwa, dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. "Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis," ujarnya dalama satu kenyataan. Jelasnya, semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Menurutnya, siasatan PKR menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ ) Dakwanya lagi, antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah). Ini, jarnya menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan. "Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?" soalnya.
Menurutnya, pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. "Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. "Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?" tanya beliau. Justeru, katanya Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan itu di Perhimpunan Agung Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau. Rafizi menambah, pihaknya akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru itu.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dr Asri: Umno nampak gelisah, masih gagal beri harapan baru Posted: 30 Nov 2011 09:52 AM PST Asri yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13. Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi. Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13. Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak "luar biasa" untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengajak ahli-ahlinya berjihad menghadapi pilihan raya umum kali, yang disifatkannya sebagai "ibu kepada segala pilihan raya." "Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang. "Bermakna, Umno kerana memberi harapan baru yang jelas, satu harapan yang orang kata sebagai 'kunci pengikat' mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu," kata bekas mufti Perlis ini, yang kini merupakan felo penyelidikan Pusat Pengajian Islam Oxford. Asri dijemput menghadiri perhimpunan kali ini sebagai tetamu. Najib akan merasmikan perhimpunan itu pagi ini dengan menyampaikan ucapan dasarnya. Mengulas lanjut, Umno dan BN kena faham bahawa generasi semasa khususnya golongan muda tidak hanya memerlukan material semata-mata untuk melangsungkan kehidupan mereka. Sebaliknya, kata beliau, mereka memerlukan satu jaminan ke atas hak dan kebebasan. "Kita ambil negara Bahrain dan Arab Saudi, mereka kaya, tiada masalah wang, tetapi yang mereka perlukan, mereka mahukan hak dan kebebasan. "Ini yang kerajaan perlu sediakan. Di Malaysia, Umno dan BN perlu sediakan, bukan setakat beri wang tunai dan sebagainya," kata Asri yang secara langsung merujuk kepada transformasi politik yang cuba dibawa oleh Najib. Sebahagian rakyat merasakan bahawa transformasi politik dijanjikan Najib pada 15 September lalu masih belum mencukupi. Najib menjanjikan pemansuhan beberapa undang-undang, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi digantikan dengan dua akta yang baru tahun depan. Ekoran perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Najib akhirnya tunduk kepada tekanan lalu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengkaji sistem penjalanan pilihan raya. Kelmarin, pentadbirannya membawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, tetapi ramai melihat ia sebagai mengekang kebebasan awam dan dikritik hebat.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wi-fi Percuma di Selangor Mulai Tahun Depan Posted: 26 Nov 2011 06:56 PM PST Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim merangka strategi informasi ini sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif. "Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya politik fitnah yang telah menjadi budaya Umno-BN," katanya. Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times. Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma. Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong dengan propaganda Umno- BN, ujar beliau lagi. "Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara," katanya. Di bawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Najib: Ahli Umno kena terbuka terima calon boleh menang Posted: 25 Nov 2011 08:30 PM PST Perdana Menteri berkata sekiranya jentera parti menolak, seseorang yang ada kebolehan atau mempunyai rekod kerja yang baik pun pada akhirnya tidak akan berjaya, seterusnya parti akan kalah dan kehilangan kuasa. "Kalau kita sebagai anggota parti tidak ada sikap yang terbuka dan kita tekankan orang tu (calon itu) mesti merupakan calon yang ikut hierarki (parti) tapi calon kita itu tak mungkin berjaya, calon kita akan gagal," katanya kepada Bernama semasa wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011, hari ini. Dipetik Bernama Online, Presiden Umno itu menegaskan pentingnya semua pihak dalam parti memahami maksud calon boleh menang yang mahu ditonjolkan semasa pilihan raya. "Kalau tidak, sukar nak mencapai kejayaan. Kalau calon boleh menang tu ditampilkan dalam kelompok dalam bahagian tanpa mengambil kira kehendak pengundi teramai, calon itu pun tak akan berjaya," kata Najib. Beliau mengakui adalah sukar untuk memuaskan hati semua pihak, terutama di peringkat bahagian Umno. Tetapi menurutnya, "rumusan calon boleh menang itu adalah supaya setiap kerusi yang ditandingi mempunyai peluang terbaik untuk menang." Bagaimanapun katanya, proses pemilihan calon belum muktamad dan penilaian akan dibuat bukan sahaja secara subjektif tetapi juga objektif. "Ini yang paling penting sekali, bukanlah orang yang kita sukai secara peribadi tetapi orang yang boleh diterima sebahagian besar pengundi dalam kawasan berkenaan. Itulah yang mesti kita lakukan," katanya. Katanya soal menentukan calon ini adalah satu perkara yang sangat mencabar dan sukar dilakukan dan mustahil parti dapat memuaskan semua orang. "Mengikut pengalaman saya 35 tahun dalam politik, tak pernah berlaku dalam pilihan raya (calon yang dipilih memuaskan hati semua orang). "Tapi apapun yang dibuat parti, keputusan parti, pada kesudahannya kita kena terimalah, sebagai orang parti keputusan parti walaupun keputusan itu tidak mengikut selera atau kehendak kita," katanya. Najib berkata, banyak juga peristiwa di mana beliau melihat orang yang setia kepada parti, walaupun keputusan parti tidak disenanginya tetapi menerimanya dan akhirnya calon akan menang. "Sebaliknya kalau dia terus menentang, dia nak kata apa nak jadi-jadilah, aku nak menentang. Jadi maknanya dia tak setia pada parti dan calon itu kalah dan maknanya parti akan kalah. Dia patut sedar bila parti kalah makna kita akan kehilangan kuasa," katanya. Najib juga mengakui bahawa di peringkat bahagian pun, anggota parti tidak sependapat mengenai calon terbaik di kalangan mereka dan apa yang harus ada ialah disiplin parti.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Anwar: ‘Umno jangan mimpi nak tawan negeri dipimpin Pakatan’ Posted: 25 Nov 2011 05:09 PM PST Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini. "Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor," tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu. "Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor," katanya lagi. Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini. "Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok. "Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok," katanya. Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa diri. "Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri," katanya memberi peringatan kepada pemimpin parti berkenaan. Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya. "Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan. "Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas, negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?" katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perhimpunan Aman: Kaji balik peruntukan tak praktikal, kata Chandra Posted: 25 Nov 2011 02:53 PM PST Rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua kelmarin dan akan dibahaskan minggu depan. Chandra (gambar) berkata peruntukan mewajibkan penganjur perlu memaklumkan pihak polis 30 hari sebelum perhimpunan tidak masuk akal. "Oleh itu, kerajaan perlu mengkaji semula rang undang-undang ini," kata beliau selepas membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah & 1 Malaysia anjuran Biro Penerangan Umno hari ini. Katanya, beliau bersetuju dengan penggubalan rang undang-undang itu tetapi ia perlu diteliti semula kerana memberi kuasa yang lebih kepada pihak polis. Katanya lagi, malah ada peruntukan dalam rang undang-undang itu sudah ada dalam akta lain, jadi ia perlu dikaji semula. "Ada yang baik tentang rang undang-undang ini supaya tidak perlu memohon permit polis serta tidak perlu mengheret kanak-kanak, tetapi kerajaan perlu meneliti beberapa frasa lain yang mengkongkong kebebasan rakyat," katanya. Terdahulu ketika membentangkan kertas kerjanya dalam seminar tersebut, kata beliau Malaysia merupakan contoh terbaik telah mengamalkan wassatiyah atau kesederhanaan. "Pada keseluruhannya rakyat dan kerajaan Malaysia mendukung dan mengamalkan prinsip wasatiyyah yang telah termaktub dalam gagasan 1 Malaysia," katanya. Katanya lagi, itu adalah kunci kejayaan negara kita dan inilah rahsia keamanan dan keharmonian kaum serta kestabilan masyarakat negara ini.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kecaman Mahathir dan nurani Saifuddin Posted: 24 Nov 2011 12:27 AM PST Wawancara Mingguan Malaysia, Ahad lalu dengan Dr Mahathir Mohamad, mengenai persiapan Umno menjelang PRU13, sempena perhimpunan agung parti itu, bermula 29 Nov ini, dikatakan mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pemimpin dan aktivisnya. Mingguan dan Utusan Malaysia nampaknya masih menjadikan bekas Perdana Menteri itu sebagai sumber berita utama berbanding akhbar arus perdana yang lain.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan