Sabtu, 5 November 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Gerakan ‘Massa’ tuntut penambahbaikan pilihan raya

Posted: 04 Nov 2011 09:20 PM PDT

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata jika gesaan sedemikian gagal dipenuhi, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan mengadakan protes besar-besaran bagi menuntut proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.

"Kami bersama teman-teman organisasi massa yang lain hari ini mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada PM bahawa PRU hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihan raya dilakukan," kata beliau dalam satu sidang media hari ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai CheguBard berkata beliau merujuk kepada janji Najib selepas Himpunan Bersih 2.0 September lalu di mana beliau mengumumkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk mengkaji perkara ini.

Bagaimanapun, CheguBard melahirkan kebimbangan dengan beberapa 'maklumat' yang diterima bahawa Najib bakal membubarkan parlimen pada 11 September ini sebelum sebarang penambahbaikan diimplementasikan.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim menyatakan jika ini bukan kesnya, Najib sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional harus menyatakan pendirian beliau dan berterus-terang dengan rakyat.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved