Malaysia Today - Your Source of Independent News |
Mahasiswa tubuh Bebas tuntut hak Posted: 21 Nov 2011 03:53 PM PST Bebas dipengerusikan Muhammad Safwan Anang Talib manakala Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai jurucakap. Penubuhan Bebas disokong 10 persatuan mahasiwa termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Universiti Malaysia (PMIUM). Selain kebebasan akademik, NGO pelajar universiti itu juga menuntut kebebasan dalam penyertaan politik termasuk menguruskan pilihan raya kampus. Perjuangan Bebas berdasarkan dua prinsip sebagai asas kebebasan berakademik : . Bahawa ahli akademik, sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah, memiliki kuasa yang tidak terbatas untuk mempersoal, menguji idea dan mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tidak popular tanpa mengira sama ada pendapat tersebut bercanggah atau tidak dengan pendapat umum. . Institusi akademik tidak berhak untuk mengekang kebebasan akademik dalam kalangan kakitangan universiti atau menggunakan praktis kebebasan akademik sebagai sebab untuk mengenakan tindakan tatatertib. Katanya, peruntukan-peruntukan dalam Auku 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 membunuh aktivisme mahasiswa Malaysia. "Ia juga mencabuli hak-hak asasi manusia khususnya mahasiswa," kata Bebas dalam satu kenyataan media hari ini. Bebas menuntut hak kebebasan berakademik bagi para ilmuan.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan