Sabtu, 19 November 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Syed Husin orang yang kecewa, kata Ezam

Posted: 18 Nov 2011 04:37 PM PST

Bekas ketua AMK juga mendakwa Dr Syed Husin pernah memberitahunya bahawa beliau tidak rela Azmin Ali menguasai parti.

"Beliau pernah sebut tidak rela seorang seperti Azmin ganti beliau dan minta saya tunggu lawan. Sebab itulah kenyataan saya pada Dr Syed Husin 13 Mei untuk keluar itu saya tegaskan ianya bukan kerana Azmin tetapi kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim."

"Saya banyak juga habiskan masa bersamanya minum teh bersama di kedai India di Petaling Jaya itu.

"Dan melayan kekecewaannya disisih oleh Anwar dan Azmin walaupun dia timbalan presiden ketika itu.

"Sebagai seorang pejuang fahaman kiri beliau sering menyatakan kekecewaan dengan cara hidup Anwar dan Azmin yang mewah," kata Ezam melalui SMS.

Dr Syed Husin tidak bertanding mempertahankan jawatan timblan presiden PKR yang kemudiannya di menangi Azmin, ahli parlimen Gombak setelah mengalahkan Mustaffa Kamil Ayub.

Seorang lagi calon, Datuk Zaid Ibrahim menraik diri sebelum pertandingan dijalankan yang kemudiannya meninggalkan PKR.'

Memoir perjuangan politik

Bekas orang kuat Anwar itu berkata demikian ketika mengulas tulisan Dr Syed Husin dalam bukunya yang mengatakan Ezam keluar PKR kerana masalah kewangan yang dihadapinya.

Dalam bukunya, Memoir Perjuangan Politik – Syed Husin Ali menulis Ezam berpaling terhadap PKR kerana kesempitan wang dan terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

Ezam ketika mengulas lanjut menambah bahawa Syed Husin menggunakan faktor kekayaan Azmin sebagai faktor memujuknya  agar tidak keluar PKR.

Beliau juga mendakwa Dr Syed Husin telah memutar belitkan konteks  perbualannya dengan bekas timbalan presiden PKR itu.
"Saya hairan mengapa Syed Husin sanggup putarbelit konteks sebenar.

"Apakah Syed Husin seorang pejuang sudah berubah menjadi (seperti) Anwar seorang haiwan politik seperti yang dipercayai oleh isteri Dr Syed yang dikongsi olehnya kepada saya pada masa itu juga.

"Dan Dr Syed sendiri mengaku isterinya ada  "6th sense" untuk kenal orang dan tidak selesa Dr Syed bersama Anwar.
"Mungkin tulisan Dr Syed ini bukti telahan isterinya betul. Dr Syed sudah berubah kerana bersama Anwar," kata Ezam lagi.

READ MORE HERE

 

Rafizi: NFC akhirnya mengaku…

Posted: 17 Nov 2011 07:10 PM PST

Malah beliau menerimanya dengan terbuka memandangkan dakwaan yang dibuat PKR selama ini tidak dinafikan Pengerusi Eksekutif NFC,  Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

"Tiga pengakuan Mohamad Salleh mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri mempunyai unsur-unsur penyelewengan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Pengakuan itu adalah NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan, serta perjanjian RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik".

"Ini mengesahkan pendedahan PKR sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa," katanya.

Beliau turut kesal dengan kenyataan Mohamad Salleh yang bukan sahaja mengesahkan pendedahan PKR tentang pembelian kondominium mewah yang bukannya RM9.8 juta, tetapi RM13.8 juta.

Katanya, ketiga-tiga pengakuan NFC mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat.

Surat debat kepada Khairy

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan di peringkat kabinet semasa penganugerahan projek kepada NFC dan penglibatan Shahrizat dalam proses membuat keputusan.

READ MORE HERE

 

Fidlot: Rafizi hantar surat ajak Khairy debat

Posted: 17 Nov 2011 07:01 PM PST

Dalam surat yang salinannya dihantar kepada Harakahdaily hari ini, beliau menyatakan tarikh cadangan debat tersebut dibuat pada 12 Disember ini.

"Mengambil kira kekangan jadual kerja seperti yang saudara suarakan di dalam media, saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan pada hari Isnin 12 Disember 2011," kandungan surat itu dipetik.

Beliau melalui surat tersebut juga mencadangkan supaya perkara-perkara lain seperti tempat dan format debat dipersetujui bersama setelah tarikh debat dimuktamadkan

"Saya percaya saudara seorang pemimpin Umno yang berjiwa besar dan memiliki kekuatan intelek yang mengkagumkan.

"Kesudian saudara untuk membahaskan isu-isu rakyat seperti penyelewengan wang rakyat melalui NFC akan dikenang orang muda selama-lamanya," ujar Rafizi.

Khairy Jamaluddin beberapa hari lalu memaklumkan beliau bersedia untuk bertemu Rafizi dalam debat berhubung dakwaan penyelewengan RM250 juta oleh NFC iaitu syarikat milik anggota keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau ini memberitahu bahawa "saya sentiasa bersedia untuk berdebat dengan sesiapa pun."

"Pada dasarnya saya bersedia. Tetapi soalannya adalah masa," kata beliau dengan merujuk kepada perhimpunan agung tahunan partinya akhir bulan ini.

Sebelum ini, Rafizi telah mencabar Khairy agar berdebat dengannya sambil mendakwa Ahli Parlimen Rembau itu sebahagian daripada "Budak Tingkat Empat" — yang merujuk kepada pengaruhnya ke atas Pejabat Perdana Menteri ketika era pentadbiran Tun Abdullah.

Pentadbiran Abdullah meluluskan Pusat Fidlot Kebangsaan pada 2006.

Minggu lalu Khairy mempertahankan projek itu dengan merujuk kepada pembelian hartanah kondominum hampir RM10 juta di Bangsar menggunakan wang projek tersebut.

Khairy menyifatkan pembelian itu sebagai pelaburan yang selamat.

Hudud mampu cegah murtad

Posted: 16 Nov 2011 05:54 PM PST

Tanpa merujuk kepada mana-mana negeri dalam Malaysia, beliau berkata, ini berpandukan kepada pengalaman negara-negara luar  yang berjaya menangani masalah (murtad) ini.

"Murtad boleh dicegah melalui pelaksanaan undang-undang Islam misalnya hudud dan salah satu jenayah hudud ialah murtad," katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Datuk Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong-BN) pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Shamsudin bertanya mengenai apakah langkah dan tindakan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) untuk mencegah orang Islam keluar dari agama Islam.

Unit Selamatkan Akidah

Hassan berkata Jais komited melaksanakan beberapa pelan tindakan mengatasi gejala murtad dengan menubuhkan Unit Selamatkan Akidah pada Ogos lalu.

Katanya, Jais bertindak menguatkuasa dua enakmen iaitu Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam) 1998 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.

"Jais juga menguatkuasa Enakmen Jenayah Syariah 1995 di bawah Seksyen 10 kesalahan menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina atau mana-mana kesalahan berkaitan," terang beliau.

Isu murtad menjadi hangat ekoran tindakan Jais membuat pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, setelah mendapat maklumat tentang percubaan untuk memurtadkan orang Islam di satu majlis makan malam anjuran Komuniti Harapan.

READ MORE HERE

 

BN lebih bertanggungjawab berbanding Pakatan

Posted: 16 Nov 2011 03:42 PM PST

Naib Presiden PBS, Herbert Timbon Lagadan, membidas pimpinan Pakatan terutama ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai hanya suka menabur janji kosong kepada rakyat Sabah dan Sarawak, sebaliknya pimpinan BN telah terbukti mengambil langkah membantu rakyat miskin di negeri itu.

"Kalau ada parti pembangkang janji mahu tabur wang membantu rakyat bila ia memerintah, itu hanya cakap bohong saja. Tiada kerajaan yang baik yang akan buat begitu.

"Anwar pada tahun 1994 beri janji "Sabah Baru", Sabah maju dalam 100 hari tapi bila Sabah tukar kerajaan, mana itu janji? Kini Anwar ada Buku Jingga janji Malaysia jadi negara maju, kamu fikirlah sendiri…" katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian 26 rumah

PPRT kepada keluarga miskin di Kadamaian di sini kelmarin.

Lagadan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian seterusnya berkata kerajaan BN adalah yang terbaik kerana akan terus beri bantuan kepada rakyat jelata dengan cara berhemah, bukannya terus "tuang duit"  sekali gus, seperti digambarkan sesetengah pemimpin pembangkang yang suka memberi janji pembangunan secepat kilat.

"Kita tidak tuang duit… Tak mungkin kerajaan tebang pokok yang memberi kita buah, atau sembelih lembu yang beri susu kepada rakyat kita, kerana kalau kita buat begini, selepas itu tiada apa lagi yang akan kita dapat beri kepada rakyat," kata Lagadan yang juga

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna Sabah.

Sejak kebelakangan ini, para pemimpin PBS, UPKO dan PBRS, tiga parti yang berasas kepada sokongan Kadazandusun di Sabah, dalam ceramah-ceramah mereka, sering mengulas mengenai janji-janji pemimpin Pakatan dan juga Buku Jingga.

READ MORE HERE

 

Konvoi ‘Titian Kasih ke Memali’

Posted: 16 Nov 2011 03:31 PM PST

Konvoi yang diterajui sendiri oleh Ketua Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard, akan bermula dari Seremban pada malam hari Jumaat, 18 November ini dan singgah di Pulau Pinang untuk berkumpul dengan komrad SAMM dari utara sebelum meneruskan perjalanan ke Memali.

Penyelaras SAMM Segmentasi Anak Muda, Yasir Sheikh Abdul Rahman, dalam satu kenyataan media hari ini berkata, konvoi ini dianjurkan bagi memperingati tragedi berdarah Memali yang memperlihatkan kekejaman kerajaan Malaysia menyerang kedudukan Ustaz Ibrahim Libya di Memali, Baling, Kedah.

"Kesudahannya, 14 pejuang Islam termasuk Ibrahim Libya telah syahid di medan demi mempertahankan Islam dan berpuluh yang lain telah ditahan serta dipenjarakan.

"Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak. Tetapi pihak kerajaan telah menuduh kematian pejuang-pejuang Islam ini adalah 'bughah', iaitu penderhaka kepada pemerintah," katanya.

Kebenaran disorok

Menurut Yasir, tragedi Memali adalah sejarah hitam yang disorokkan kebenarannya. Pejuang-pejuang Islam yang gugur syahid ekoran mempertahankan hak mereka yang mahu di tangkap oleh Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Umno-Barisan Nasional, telah dituduh dengan pelbagai label supaya pembunuhan ini dihalalkan.

Tegas beliau, sudahlah mereka dibunuh dengan kejam, Ibrahim Libya dan pengikutnya dituduh pula sebagai penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, komunis, bughah dan sebagainya. Tuduhan-tuduhan ini kekal bersama sejarah dan seterusnya memberi kesan yang amat besar terhadap waris-waris as-syahid.

READ MORE HERE

 

Khir Toyo: Fail kes di mahkamah

Posted: 15 Nov 2011 02:46 PM PST

"Failkan kes di mahkamah kalau betul ada bukti. Jika benar terbukti mahkamah boleh mengisytiharkan bahawa pilihan raya tidak sah."

"Jangan tuduh sembarangan," kata Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan blogger pro-PAS, Tulang Besi yang berdoa agar Allah menghukum sesiapa saja dan agensi kerajaan mana sekalipun yang terlibat dalam usaha memanipulasi pilihan raya umum ke-13.

Antara lain Tulang Besi menamakan Umno, Barisan Nasional (BN), Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Imigresen dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tulang Besi menulis di dalam blog Malaysia Waves sedemikian kerana mendakwa menerima maklumat daripada sumber dalaman Umno bahawa Umno-BN pasti memanipulasi pilihan raya kerana Umno telah pun mendaftarkan seramai 200,000 rakyat Indonesia sebagai pengundi di Selangor.

Khir turut berkata bahawa meskipun berdoa adalah hak blogger tersebut, ia adalah tindakan kurang bijak kerana membawa masuk aspek agama ke dalam politik.

READ MORE HERE

 

MB dedah penyelewengan pemimpin BN S’gor

Posted: 15 Nov 2011 02:43 PM PST

Ketika sesi penggulungan Belanjawan 2012 di Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini semalam, beliau berkata Ketua Pembangkang, Datuk Mohammad Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa Selangor ditadbir BN.

Selain itu terdapat usaha pengambilan tanah oleh bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo; isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah di kawasan elit.

"Saya mengingatkan Ketua Pembangkang tentang transaksi jualan tanah di Science Park 2 di mana tanah kerajaan negeri telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPNS) dan dijual dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn

Bhd di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu.

"Belum selesai syarikat Satim membuat bayaran belian kepada PKPNS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda.

Untung atas angin

"Inilah kejayaan Satim sebagai orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas nama Bumiputera," sindir Khalid.

Menyentuh mengenai tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana, tanah itu telah dijual kepada Barisan Elit Sdn Bhd untuk taman perindustrian walaupun tanah masih berstatus pertanian.

Menurut Khalid, tanah itu merupakan milik kerajaan negeri yang diberikan kepada PKPNS untuk tujuan pembangunan pendidikan sains.

"Meskipun Barisan Elit belum dibenarkan mengusahakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta ringgit dalam bentuk bayaran premium," katanya.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved