Rabu, 23 November 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Orang Umno kembalilah kepada fitrah

Posted: 22 Nov 2011 07:40 AM PST

Minggu depan Umno akan bersidang. Sekitar 5,500 perwakilan akan membanjiri ibu pejabat parti Melayu terbesar itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi mendengar amanat, nasihat, teguran, celoteh daripada pucuk kepemimpinan sehinggalah ke peringkat bawahan.

Perhimpunan ini juga menjadi satu pertemuan yang sangat penting, kerana selepas itu mungkin pilihan raya umum akan diadakan.

Sukar dinafikan, sesungguhnya Umno masih lagi menjadi tulang belakang orang Melayu. Ia masih lagi menjadi tempat bergantung orang Melayu.

Ini kerana perjuangan parti-parti Melayu lain pun semakin tidak boleh diharap sangat untuk membela bangsa itu.

PKR, ialah parti yang tidak mempunyai perjuangan yang jelas. Ia hanya berjuang untuk kepentingan Anwar Ibrahim. Dulu Semangat 46 pun sama, berjuang untuk seorang individu, Tengku Razaleigh Hamzah. Parti itu hanya bertahan beberapa tahun sebelum para pemimpinnya ramai-ramai berpatah balik kepada Umno.

PAS, sebuah parti Melayu yang konservatif juga tidak boleh diharapkan. Ia menjadi parti yang tidak tetap pendirian. Sekejap terlalu fundamental Islam, sekejap terlalu liberal Islam dan kini PAS dikatakan telah menjadi sebuah parti yang ultra-liberal.

PAS sudah menyimpang sama sekali daripada perjuangan asalnya — gara-gara terlalu terikut kepada pendirian liberal Anwar Ibrahim dan aliran ultra kiasu DAP.

Memang benar aliran ultra-liberalisme semakin berkembang di negara ini. Jika dulu ia bergerak secara senyap, kini kumpulan ini sudah berani ke hadapan. Difahamkan aliran itu ditanam oleh orientalis Barat dan disokong serta didana oleh kuasa-kuasa besar.

Menurut seorang pengkaji Islam Liberal yang merupakan profesor di Monash University, Australia, Dr. Greg Barton, kehebatan Islam Liberal bukan sekadar pada namanya "Liberal" tetapi lebih hebat kerana Islam Liberal berjaya memusnahkan akar-akar Islam termasuk persoalan akidah dan syariah.

Beliau yang menghabiskan hidupnya meneliti perkembangan Islam Liberal Indonesia dan menghasilkan tesis PhDnya berkaitan pembangunan Pemikiran Islam Liberal di republik itu menambah: "Islam Liberal akan meruntuhkan tembok sacral al-Quran melalui metodologi dekonstruksi (kritik teks) dan memusnahkan akar syariah dengan ijtihad (penafsiran) terbuka."

Tujuannya ialah untuk mencairkan aliran fundamental Islam. PAS secara sedar atau tidak sudah terjebak. Oleh itu PAS juga tidak boleh diharapkan.

Setakat ini hanya Umno yang tinggal. Umno masih beruntung kerana ia masih mendokong kerajaan negara ini dan menerajui sebuah parti perikatan yang terdiri daripada banyak parti komponen.

Ikut atas kertas, Umno masih mendapat sokongan ramai orang Melayu.

Namun, adakah Umno sendiri bergerak di atas landasan yang lurus?

Wawancara Mingguan Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad Ahad lepas menceritakan mengenai Umno dan orangnya.

Dr Mahathir berkata Umno perlu ditegur dari semasa ke semasa. Sebagai parti yang besar, benar ia memang patut ditegur. Landasan yang bengkuk harus diluruskan.

Apakah ahli-ahlinya, khusus para pemimpin parti itu masih berpegang kepada falsafah asal penubuhannya? Siapa sebenarnya orang Umno sekarang? Ikhlaskah perjuangan ahli-ahli dan para pemimpin Umno ini?

Mengapa masih kedengaran pergeseran di sana dan sini mahu merebut menjadi calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP)?

Apa hebat sangat mahu menjadi calon? Besarkah gaji seorang ADUN dan MP? Mengapa ada yang sudah berjawatan CEO dengan gaji berganda-ganda besar daripada elaun MP atau ADUN, pun sanggup juga melobi untuk menjadi calon?

Dalam usaha kerajaan mahu mewujudkan rakyat berpendapatan tinggi, tinggi sangatkah gaji seorang ADUN dan MP yang mahu direbut itu?

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved