Khamis, 17 November 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Hudud mampu cegah murtad

Posted: 16 Nov 2011 05:54 PM PST

Tanpa merujuk kepada mana-mana negeri dalam Malaysia, beliau berkata, ini berpandukan kepada pengalaman negara-negara luar  yang berjaya menangani masalah (murtad) ini.

"Murtad boleh dicegah melalui pelaksanaan undang-undang Islam misalnya hudud dan salah satu jenayah hudud ialah murtad," katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Datuk Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong-BN) pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Shamsudin bertanya mengenai apakah langkah dan tindakan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) untuk mencegah orang Islam keluar dari agama Islam.

Unit Selamatkan Akidah

Hassan berkata Jais komited melaksanakan beberapa pelan tindakan mengatasi gejala murtad dengan menubuhkan Unit Selamatkan Akidah pada Ogos lalu.

Katanya, Jais bertindak menguatkuasa dua enakmen iaitu Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam) 1998 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.

"Jais juga menguatkuasa Enakmen Jenayah Syariah 1995 di bawah Seksyen 10 kesalahan menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina atau mana-mana kesalahan berkaitan," terang beliau.

Isu murtad menjadi hangat ekoran tindakan Jais membuat pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, setelah mendapat maklumat tentang percubaan untuk memurtadkan orang Islam di satu majlis makan malam anjuran Komuniti Harapan.

READ MORE HERE

 

BN lebih bertanggungjawab berbanding Pakatan

Posted: 16 Nov 2011 03:42 PM PST

Naib Presiden PBS, Herbert Timbon Lagadan, membidas pimpinan Pakatan terutama ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai hanya suka menabur janji kosong kepada rakyat Sabah dan Sarawak, sebaliknya pimpinan BN telah terbukti mengambil langkah membantu rakyat miskin di negeri itu.

"Kalau ada parti pembangkang janji mahu tabur wang membantu rakyat bila ia memerintah, itu hanya cakap bohong saja. Tiada kerajaan yang baik yang akan buat begitu.

"Anwar pada tahun 1994 beri janji "Sabah Baru", Sabah maju dalam 100 hari tapi bila Sabah tukar kerajaan, mana itu janji? Kini Anwar ada Buku Jingga janji Malaysia jadi negara maju, kamu fikirlah sendiri…" katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian 26 rumah

PPRT kepada keluarga miskin di Kadamaian di sini kelmarin.

Lagadan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian seterusnya berkata kerajaan BN adalah yang terbaik kerana akan terus beri bantuan kepada rakyat jelata dengan cara berhemah, bukannya terus "tuang duit"  sekali gus, seperti digambarkan sesetengah pemimpin pembangkang yang suka memberi janji pembangunan secepat kilat.

"Kita tidak tuang duit… Tak mungkin kerajaan tebang pokok yang memberi kita buah, atau sembelih lembu yang beri susu kepada rakyat kita, kerana kalau kita buat begini, selepas itu tiada apa lagi yang akan kita dapat beri kepada rakyat," kata Lagadan yang juga

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna Sabah.

Sejak kebelakangan ini, para pemimpin PBS, UPKO dan PBRS, tiga parti yang berasas kepada sokongan Kadazandusun di Sabah, dalam ceramah-ceramah mereka, sering mengulas mengenai janji-janji pemimpin Pakatan dan juga Buku Jingga.

READ MORE HERE

 

Konvoi ‘Titian Kasih ke Memali’

Posted: 16 Nov 2011 03:31 PM PST

Konvoi yang diterajui sendiri oleh Ketua Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard, akan bermula dari Seremban pada malam hari Jumaat, 18 November ini dan singgah di Pulau Pinang untuk berkumpul dengan komrad SAMM dari utara sebelum meneruskan perjalanan ke Memali.

Penyelaras SAMM Segmentasi Anak Muda, Yasir Sheikh Abdul Rahman, dalam satu kenyataan media hari ini berkata, konvoi ini dianjurkan bagi memperingati tragedi berdarah Memali yang memperlihatkan kekejaman kerajaan Malaysia menyerang kedudukan Ustaz Ibrahim Libya di Memali, Baling, Kedah.

"Kesudahannya, 14 pejuang Islam termasuk Ibrahim Libya telah syahid di medan demi mempertahankan Islam dan berpuluh yang lain telah ditahan serta dipenjarakan.

"Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak. Tetapi pihak kerajaan telah menuduh kematian pejuang-pejuang Islam ini adalah 'bughah', iaitu penderhaka kepada pemerintah," katanya.

Kebenaran disorok

Menurut Yasir, tragedi Memali adalah sejarah hitam yang disorokkan kebenarannya. Pejuang-pejuang Islam yang gugur syahid ekoran mempertahankan hak mereka yang mahu di tangkap oleh Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Umno-Barisan Nasional, telah dituduh dengan pelbagai label supaya pembunuhan ini dihalalkan.

Tegas beliau, sudahlah mereka dibunuh dengan kejam, Ibrahim Libya dan pengikutnya dituduh pula sebagai penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, komunis, bughah dan sebagainya. Tuduhan-tuduhan ini kekal bersama sejarah dan seterusnya memberi kesan yang amat besar terhadap waris-waris as-syahid.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved