Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Belanja RM10 bilion tapi rakyat tidak dapat faedah
- BN tepis dakwaan Azmin, tinggalkan RM1.4 bilion untuk Pakatan
- PRU-13: BN Lembah Pantai bergelora
Belanja RM10 bilion tapi rakyat tidak dapat faedah Posted: 11 Nov 2011 04:37 PM PST "Kerajaan negeri membelanjakan wang itu tetapi sesetengah projek masih tidak siap kerana penyelwengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno," dakwa pemangku Ketua Penerangan PAS negeri, Azman Shapawi Abdul Rani. Menurutnya, antara pembaziran itu ialah projek Monsoon Cup – pertandingan kapal layar di muara sungai Terengganu yang diadakan setiap tahun. Beliau berkata, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui Monsoon Cup satu pembaziran tetapi diteruskan untuk memperkenalkan negeri di mata dunia. Bina mahligai Tetapi, tambah Azman setelah lebih lima tahun tidak banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat Terengganu. "Kononnya penganjuran Monsoon Cup untuk memberi peluang pekerjaan dan faedah kepada nelayan Pulau Duyong tidak berjaya kerana mereka masih ditakuk lama," katanya.
|
BN tepis dakwaan Azmin, tinggalkan RM1.4 bilion untuk Pakatan Posted: 11 Nov 2011 04:34 PM PST Menteri Besar waktu itu ialah Dr Mohd Khir Toyo yang memegang jawatan nombor satu negeri termaju itu sejak tahun 2000. Beliau merupakan Adun Sungai Panjang Ketua Penerangan BN Negeri yang juga Adun Kuang Syukur Idrus berkata, `dalam pengetahuan saya wang tunai RM1. 4 bilion ditinggalkan oleh bekas Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo. Manakala wang dalam akaun syarikat milik kerajaan negeri juga dalam berbilion ringgit. Syukur terkejut dengan dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat Azmin Ali yang mengatakan BN meninggalkan 40 jenis hutang bernilai RM829. 9 juta pada 2008. Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, bagaimanapun kerajaan negeri sekarang berjaya membayar hutang tertunggak sebanyak RM253.16 juta termasuk anuiti semasa RM79.7 juta. Syukur berkata, wang berbilion ringgit yang ditinggalkan BN telah habis dibelanjakan oleh Pakatan Rakyat.
|
PRU-13: BN Lembah Pantai bergelora Posted: 11 Nov 2011 04:31 PM PST Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu memberitahu, isu ini semakin panas semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil. Beliau yang mahu dikenali sebagai Ani berkata, selain Sharizat yang dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. "Sekarang angin gelora pilihan raya siapa akan dicalonkan memang semakin panas, dah semacam tak terkawal lagi dah di Lembah Pantai ni. "Walaupun semua orang tahu dah berapa penggal Sharizat bertanding di Lembah Pantai, tetapi Raja Nong Chik juga dah lama cuba masuk jarum, berkempen sana-sini. "Yang buat saya sakit hati tu, bila timbul pula skandal projek feedlot tu, orang-orang Raja Nong Chik, bukannya nak membantu atau pun sekurang-kurangnya simpati, tetapi bertepuk tangan lagi adalah. "Kalau penyokong pembangkang tu tak kisahlah, tetapi saya tengok dia orang pun sama juga macam penyokong pembangkang, itu yang buat saya sedih tu," kata beliau. Beliau juga memberitahu walaupun anggapan sesetengah pihak bahawa Raja Nong Chik adalah calon boleh menang di Parlimen Lembah Pantai tetapi belum tentu dapat mengatasi prestasi Sharizat sekaligus boleh menjamin kemenangan BN di kawasan itu. "Saya berpendapat kalau ada orang kata Raja Nong Chik adalah calon 'winnable' di sini, itu belum tentu lagi, sebab Sharizat adalah calon favourite di sini kalau nak bandingkan dengan Raja Nong Chik. "Memang kita akui dia adalah Ketua Umno di sini, tetapi jangan lupa Sharizat pernah berkhidmat sebagai YB selama tiga penggal, banyak bantu penduduk dan dah tentu lebih mengenali pengundi di sini berbanding Nong Chik.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan