Malaysia Today - Your Source of Independent News |
‘Kebebasan hak asasi manusia tidak mutlak’ Posted: 03 Nov 2011 05:10 PM PDT Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman merangkap Adun Meru hari ini berkata bahawa kebebasan hak asasi manusia tidak bersifat mutlak dan adalah berdasarkan panduan yang ditunjukkan dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah, Nabi Muhammad. "Panduan ini sambil menggalakkan kebebasan berfikir ini, meletakkan batas-batas tertentu supaya manusia tidak terlanjur dari matlamat ciptaannya sendiri dan rosak sehingga mendatangkan kerosakan di dunia dan akhirat," kata Dr Rani semasa sidang media di pejabat perhubungan PAS Selangor pagi tadi. Menurut beliau, hak asasi manusia dalam Islam adalah hak untuk menghayati dan memenuhi peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. "Ini meliputi hak bersuara, menentang kezaliman, hidup bebas dengan kehormatan tanpa ancaman ditahan tanpa perbicaraan dan sebagainya."
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan