Sabtu, 15 Oktober 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Hilangnya sakit tak semestinya hilangnya penyakit

Posted: 14 Oct 2011 06:12 PM PDT

Sakit dan penyakit itu adalah dua perkara yang berlainan. Saya pernah menulis isu ini lama dahulu di dalam blog ini.Saya akan terus kepada relevannya isu sakit dan penyakit ini kepada pimpinan parti Umno/BN dan kerajaan yang memerintah sekarang ini.

Masih ada ramai yang percaya yang Umno akan masih di terima kerana kerajaan telah membentangkan belanjawan yang akan memulihkan sakit rakyat dan dengan bantuan "one off" sebanyak seribu dua itu akan mengembalikan sokongan ramai kerana orang ramai sudah hilang sakitnya dengan pembentangan belanjawan baru-baru ini.

Seseorang yang selalu menghadapi sakit kepala, telinga dan mata misalnya akan menghilangkan sakit-sakit itu dengan memakan panadol soluble dan berbagai ubat penahan sakit yang lain. Setiap kali selepas makan ubat penahan sakit itu sakit yang kita rasakan itu akan hilang, tetapi tidak beberapa ketika selepas itu sakit itu akan kembali dan kita menelan pil penahan sakit itu lagi.

Lama kelamaan pil penahan sakit itu tidak akan berkesan lagi kerana pil itu sudah melemahkan "immune system" tubuh kita. Akhirnya kita akan ke hospital juga untuk mencari sebab kenapa sakit-sakit mata, telinga dan kepala itu sentiasa berulang dan ubat penahan sakit pun sudah tidak berkesan lagi.

Sampai sahaja di hospital barulah kita tahu yang kita sudah menghadapi penyakit dan penyakit itu ialah darah tinggi rupanya. Sepatutnya kita tidak terus memakan pil penahan sakit sebelumnya. Sepatutnya kita patut selesaikan isu penyakit yang menyebabkan sakit yang kita rasai itu. Apabila darah tinggi sudah terlalu "acute" maka tubuh kita dengan sendirinya tidak akan berfungsi dengan baik dan tidak mungkin mampu untuk bertindak dengan baik lagi.

Apabila seseorang itu sudah tahu yang dia ada penyakit darah tinggi, dengan secara automatik dia tidak akan berada dalam tahap kesihatan yang baik untuk mengendalikan kehidupan dengan baik. Banyaklah pantang larang yang perlu di perhatikan kerana penyakit darah tinggi tadi akan memaksa seseorang menghidapinya untuk tidak melakukan banyak perkara dan akhirnya dia akan mati dengan penyakit itu juga.

Inilah yang sedang dihadapi oleh Umno dan BN. Sakit-sakit dalam BN itu memang sudah lama dirasakan oleh ramai tetapi Umno menyelesaikan masalahnya dengan memberikan ubat penahan sakit sahaja. Caranya ialah dengan memberikan ubat penahan sakit dengan memberikan projek-projek kepada "war lords" dalam Umno dan memberikan imbuhan kewangan "one off" kepada rakyat dalam bentuk wang ringgit seribu dua sahaja seperti yang di sebut dalam bajet 2012 yang lalu.

Walaupun mendapat sedikit wang dan akan menghilangkan sakit buat seketika tetapi sakitnya akan datang kembali dalam masa yang tidak berapa lama lagi. Seribu ringgit yang diberikan secara "one off" itu akan habis sekelip mata kerana bagi ramai yang mendapat seribu ringgit itu hanyalah sekadar melepaskan sebahagian kecil hutang semasa mereka sahaja. Selepas itu mereka akan kembali sakit kerana penyakitnya tidak diperbaiki. Penyakit sebenar mereka ialah kemiskinan.

Tindakan menghilangkan sakit rakyat ini memang tindakan biasa BN terutamanya semasa pilihanraya sudah hampir tiba. Semasa hilangnya sakit buat sementara itulah selalunya pilihanraya akan di adakan dan mereka akan kembali sakit apabila pilihanraya sudah selesai dan Umno telah kembali berkuasa.

Tetapi kini rakyat sudah tidak lagi mudah terpedaya dengan pemberian tunai "one off" itu kerana mereka tahu mereka akan kembali sakit tidak beberapa lama selepas pilihanraya di adakan. Rakyat mahukan pelan pembangunan untuk rakyat yang boleh diguna pakai buat jangkamasa yang panjang. Rakyat tidak lagi mahu ikan tetapi rakyat mahukan kail yang baik untuk membolehkan mereka mengail dalam jangkamasa yang lama untuk mendapat ikan selama-lamanya.

Penyakit yang di hadapi rakyat ialah kesusahan menghadapi kenaikan harga barang dan wang imbuhan "one off" itu hanya boleh membantu mereka dalam jangkamasa yang singkat sahaja sedangkan nyawa masih panjang lagi. Rakyat sudah mual mendengar pihak kerajaan mengumumkan kadar inflasi kita adalah di bawah 4 peratus tetapi harga barang keperluan meningkat berkali ganda.

READ MORE HERE

 

Projek Hospital Shah Alam: Kerajaan tanggung lebihan kos RM70 juta

Posted: 13 Oct 2011 07:13 PM PDT

Dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia pada 10 Oktober 2011, Gadang Holdings Bhd mengumumkan bahawa anak syarikatnya Gadang Engineering (M) Sdn Bhd telah memperolehi projek Hospital Shah Alam, dengan kontrak bernilai RM410.87 juta.  Projek ini akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

Pernah dalam satu laporan eksklusif, MerdekaReview (edisi bahasa Cina) melaporkan bahawa terdapat enam syarikat yang menyertai perbidaan semula projek ini, dan Gadang Holdings Bhd yang "direstui" KKR telah berjaya memperolehi projek tersebut.  Sebagaimana yang diketahui, harga bidaan asal yang dikemukakan Gadang Holdings Bhd adalah RM431.66 juta, namun telah dikurangkan kepada RM410.87 juta kemudiannya, dan disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

Masalah ketidaktelusan


Menurut laporan sebelum ini, setelah perbidaan tamat pada Disember 2010, KKR mengesyorkan Gadang Holdings Bhd kepada Kementerian Kewangan.  Namun demikian, Kementerian Kewangan mengeluarkan surat perintah pada 22 Mac 2011 kepada KKR, menyatakan bahawa cadangan Gadang sebagai kontraktor projek Hospital Shah Alam tidak diluluskan, malah meminta agar KKR mengadakan perbidaan semula.

Walaupun KKR membuat rayuan kepada Kementerian Kewangan pada Jun 2011, agar Gadang Holdings Bhd yang berjaya dalam perbidaan dipertimbangkan semula oleh Kementerian Kewangan untuk mengambil-alih projek Hospital Shah Alam.  Namun demikian, bukan sahaja Kementerian Kewangan menolak permintaan KKR dalam surat balasnya, malah cuba menyenaraikan Frontier Structure Sdn Bhd yang tidak berkelayakan ke dalam senarai perbidaan semula.

Bukan itu sahaja, lebihan kos untuk projek Hospital Shah Alam melebihi RM70 juta selepas perbidaan semula, mengakibatkan nilai kontrak baru melebihi nilai kontrak asal yang diluluskan, malah di luar bidang kuasa Kementerian Kesihatan untuk meluluskannya.  Kementerian Kesihatan perlu mendapatkan persetujuan Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum mengeluarkan surat kelulusan.  Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan menangguhkan kelulusan yang diminta oleh KKR.

Dengan kata lain, walaupun Kementerian Kewangan telah mengeluarkan surat untuk tidak meluluskan Gadang Holdings Bhd daripada mengambil-alih projek Hospital Shah Alam, namun KKR bukan sahaja tidak menurut perintah Kementerian Kewangan, malah terus mengumumkan bahawa projek ini diserah kepada Gadang  Holdings Bhd tanpa melalui Kementerian Kewangan.  Sebagaimana yang diketahui, bukan sahaja Kementerian Kewangan, malah Jabatan Perdana Menteri tidak mengetahui keputusan KKR ini.

Lebihan kos yang ditanggung


Lantaran daripada penyerahan projek ini kepada Gadang Holdings Bhd, ia bermakna kerajaan perlu menanggung lebihan kos lebih daripada RM70 juta.  Menurut dokumen Kementerian Kesihatan, kos projek melonjak kepada RM556.51 juta selepas perbidaan semula, mencatat lebihan kos sebanyak RM74.91juta berbanding nilai kontrak asal.

Ia sebenarnya menunjukkan bahawa kerajaan BN masih mengekalkan budaya ketidaktelusan dalam perbidaan.  Ia bercanggah dengan program transformasi kerajaan yang disarankan kerajaan Najib, dan menyebabkan dasar pembaharuan dalam bidang perkhidmatan awam ini menjadi hanya satu retorik semata-mata.

Lebih penting, masalah lebihan kos projek Syarikat Hospital Shah Alam mungkin tidak dapat diselesaikan dengan pengambil-alihan oleh Gadang Holdings Bhd.  Isu pokoknya, walaupun Gadang Holdings Bhd berjaya memperolehi projek ini dengan sokongan KKR, namun projek Hospital Shah Alam ini juga berdepan dengan risiko kegagalan atau lebihan kos sekali lagi.

Ini kerana walaupun Gadang Holdings Bhd memiliki rekod membina hospital, namun pada hakikatnya ia tidak memiliki pengalaman yang sebenar dan profesional yang khusus.  Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview sebelum ini, Gadang Holdings Bhd walaupun pernah memperolehi satu projek Hospital Rehabilitasi Cheras pada tahun 2008, namun syarikat ini terpaksa mendapatkan bantuan luar, iaitu perkhidmatan rundingan yang berkenaan dengan peralatan perubatan - kerana tidak memiliki pengetahuan dan pakar dalam bidang yang berkenaan.

 

Saya serah kepada polis - Aziz Bari

Posted: 13 Oct 2011 05:15 PM PDT

Beliau berkata, semua orang mempunyai hak untuk membuat laporan polis jika tidak berpuas hati terhadap tindakan mana-mana pihak dan polis juga berhak melakukan tugas mereka.

"Hak orang nak buat laporan polis...saya tak boleh kata apa...terpulang kepada polis untuk ambil tindakan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Aziz berkata demikian ketika diminta memberi respons kepada lima laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Satu laporan dibuat oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor manakala empat lagi oleh NGO yang kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Dalam laporan masing-masing, mereka mendakwa, Aziz tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan itu kerana kuasa Sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Namun Aziz mempertahankan tindakannya itu dan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan yang mencabar kuasa Sultan.

"Saya rasa apa yang saya sebut itu tak ada masalah dalam ruang lingkup yang kita boleh komen.

"Ada lagi kenyataan yang lebih teruk tapi tak ada pulak laporan polis dibuat terhadap mereka," katanya.

Malaysiakini Selasa lalu melaporkan Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor campurtangan berhubung isu DUMC bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved