Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Kod Negara 71: mistake or not?
- The offences of not wearing what is mandatory and wearing that which is prohibited
- Adakah KITA sedang mendekati Umno?
- Antara "Dajal" Dan Laut Dalam
- Write History as It is
- Najib and Rosmah Boarded Bus ... Luxury Bus
Kod Negara 71: mistake or not? Posted: 25 Sep 2011 10:53 PM PDT http://www.jpn.gov.my/kodnegara Can you imagine a JPN officer issuing MyKad without knowing where the fella came from? Read more at: http://wangsamajuformalaysia.blogspot.com/2011/09/this-kod-negara-71-business-is-getting.html |
The offences of not wearing what is mandatory and wearing that which is prohibited Posted: 25 Sep 2011 06:30 PM PDT Won't say where this happened as I do not wish to risk exposing the identity of the officers concerned. I turned left at a traffic light and was flagged down by a police officer. I immediately knew what the offence was. I wasn't wearing the seat belt. Pulled up and waited for the officer. He came round to my side, and then looked aghast at me and exclaimed, "Alamak, ini kesalahan besar, encik". I was puzzled, and asked him what was this 'kesalahan besar'. Pointing to my chest, he asked, "Mana boleh pakai baju tu?". I had completely forgotten that I was wearing my yellow 'BERSIH 2.0′ t-shirt. "Apa salah pakai baju ini?", I asked. By now, a second police officer came up to the car. "Encik, ini kesalahan serius ni, encik,", the second officer offered. "Pakai baju kuning salah? Ada lojik ke, encik? Encik nak cek kereta saya kalau ada senjata?", I asked the second officer. "Ala, encik mesti tahu kerajaan sudah haramkan baju ini. Tak boleh pakai. Kesalahan besar, encik,", the second officer shot back. "Encik berdua ada hadir kat himpunan pada 9 Julai, tak?, I asked them both. The first officer kept silent. "Ah, gila ke? Kita polis, lah! Mana boleh?", the second replied. "Saya ada diperhimpunan itu.Encik ingat saya hanya berjuang untuk masa depan anak saya, tak berjuang untuk anak encik berdua ini?", I asked. The first officer responded. "Kami tahu encik", was all he said. I shot another question to both. "Berapa gaji kamu berdua?", I asked. The seond officer appeared to take offence to my question.
|
Adakah KITA sedang mendekati Umno? Posted: 25 Sep 2011 04:09 PM PDT Zaid dipetik Bernama sebagai berkata:
Kenyataan tersebut membuat Zaid diragui sesetengah orang sebagai membodek Najib. Namun mungkin Zaid dengan hati tulus merasakan langkah perdana menteri hendak menghapuskan ISA dalam masa terdekat adalah berani dan benar. Maka pohon maafnya adalah bersifat 'gentleman' kerana ramalannya yang meleset pada suatu ketika dulu. Mungkin juga pada pandangan Zaid, reaksi pemimpin pembangkang yang begitu lantas memperlekehkan keputusan Najib yang mengejut itu adalah tidak wajar kerana bertindak dengan penuh syak wasangka walhal belum ada kepastian. Ataupun dalam bahasa Inggeris — not giving Najib the benefit of the doubt. Zaid juga seorang yang mahu "give credit where credit is due", bermaksud jika sesuatu tindakan itu betul, takkanlah kita menidaknya hanya kerana takut dicop sebagai juak Umno? (Bagi saya, pihak pembangkang pada tempoh hari menampakkan betapa kecilnya jiwa mereka. Pakatan jelas menggelabah sebab usul pemansuhan ISA pasti akan mematah momentum 'Vote ABU'/ Anything But Umno yang giat dipupuk di kalangan pemilih bandar.) Jeneral keseorangan Zaid kena tempias lagi justeru mengumumkan KITA akan mengadakan 'Democracy roadshow' selama sebulan (Sept 27-Okt 26) ke seluruh pelusok negara — difahamkan roadshow tersebut untuk menerangkan dasar-dasar transformasi yang diperkenalkan Najib. Mungkin Zaid menyokong Najib kerana perdana menteri kelihatan agak keseorangan. Timbalannya Muhyiddin Yassin serta Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein kedua-duanya pun seolah-olah caught off guard, iaitu sendiri terperanjat dengan pengumuman tiba-tiba itu. Peristiwa ini mengingatkan saya kepada seperkara yang pernah disebut Khairy Jamaluddin sewaktu beliau berceramah di satu jamuan (dinner talk) anjuran kelab sukarelawan Haris 'SABM' Ibrahim pada bulan Disember lepas. [SABM itu Saya Anak Bangsa Malaysia] Khairy telah memberitahu hadirin bahawa Najib kurang mendapat sokongan daripada orang kuat Umno serta jemaah menterinya sendiri untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif 'transformasi' yang cuba dikemukakannya. Peranan Najib sebagai 'great reformer' ibarat seorang jeneral yang tidak diiringi leftenan mahupun askar. Berkenaan ISA, bukankah Pakatan seharusnya bersorak-sorai kerana pelupusan undang-undang itu yang sekian lama dituntut mereka akhirnya dipersetujui Najib jua. Akan tetapi Pakatan tidak menghargai benda besar ini sebaliknya meragam. Janji nak mansuh ISA pun Najib disergah pembangkang. Beliau tidak mengaut apa-apa keuntungan (bukannya dia boleh melebihkan undi sebab para penyokong Pakatan tidak akan beralih) manakala puak Malay ultra seperti Perkasa pula menggertak (rugi undi Umno). Mungkin kerana kesemua faktor-faktor di atas, maka perlunya Zaid memberikan sokongan setakat mana yang boleh kepada usaha menjayakan penghapusan ISA. Kalau bukan Zaid siapa lagi? 'Track record' menentang ISA Pada hakikatnya, Zaid memang ada locus standi (mempunyai hak serta kena pada tempatnya) untuk menyumbangkan input beliau sebab dialah yang mempelopori kajian terperinci reformasi perundangan. Zaid yang memantau undang-undang penahanan pencegahan selaku Menteri Undang-Undang (lebih tepat, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri dengan memegang portfolio undang-undang) dalam kabinet Abdullah Ahmad Badawi.
|
Posted: 25 Sep 2011 03:47 PM PDT Ia merujuk kepada dua pilihan saya sama besar ancamannya. Ungkapan ini tidak asing kepada kepemimpinan politik dan orang ramai yang berpendidikan Inggeris, tetapi mungkin dianggap kasar atau kesat oleh yang tidak biasa dengannya. Dalam konteks pilihan raya umum yang akan datang, apakah ini pilihan yang ada kepada kita? Boleh jadi kerana tanggapan umum terhadap orang politik begitu negatif maka jarang mereka mengaitkan orang politik dengan laut dalam yang biru airnya. Mereka lebih kerap mengaitkan politik dan orang politik dengan dajal. Maka diciptakan pula frasa yang berbunyi "it's better the devil know than the devil you don't" – lebih baik dajal yang kita kenali dengan yang tidak kita kenali. Di Barat yang kini menjadi "kiblat" politik ramai Melayu dan bukan Melayu liberal, mereka sangat tidak menyukai dan jarang sekali mempercayai orang politik. Jadi, jolokan "devil" itu kerap dirujukkan kepada mereka. Hatta seorang pembesar politik yang dikagumi kerana kehebatan tindak tanduk dan tipu-helahnya pun dikaitkan juga dengan dajal. Dia dikatakan "devilishly clever" – cerdik macam dajal. Pilihan Dalam PRU Akan Datang Jadi, menjelang PRU akan datang, apakah pilihan yang ada kepada pemilih di Malaysia – adakah di antara dajal dan laut dalam yang biru warnanya atau antara dajal yang mereka kenal dengan yang tidak mereka kenal? Minta dijauhkan Allah, pilihan yang akan dikemukakan kepada kita nanti hendaknya bukanlah dajal sebaliknya insan-insan yang boleh kita panggil pemimpin. Barisan Nasional/Perikatan telah menguasai politik Malaysia (Malaya) sejak Pilihan Raya Dewan Perundangan Malaya tahun 1955. Di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat pula, hanya Pas mempunyai rekod yang lama mentadbir negeri. DAP dan PKR baru pada tahun 2008 berkongsi memerintah negeri. BN menjadi sangat lemah ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menang besar pada PRU 2004 dan kalah teruk pada PRU 2008. Abdullah menjadi mangsa liberalisasi politik yang tidak terancang dan pembawa-larian pentadbirannya oleh beberapa kerat "insider" yang digelar Budak-Budak Tingkat Empat. Mereka terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan pegawai-pegawai peribadi beliau. Mohd Najib Abdul Razak naik menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 apabila Abdullah dihambat keluar oleh gabungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Naib Presiden kanan Umno masa itu, Muhyiddin Mohd Yassin. Atas sebab itu, Mohd Najib terpaksa berhati-hati apabila berurusan dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin yang kini timbalan beliau merangkap Timbalan Presiden Umno. Abdullah cuba menjadikan "Islam Hadhari" wadah perjuangannya dan jatuh tersungkur. Hari ini, Islam Hadhari hampir-hampir tidak disebut lagi. Mohd Najib mempunyai jauh lebih banyak gagasan dan slogan. Daripada 1Malaysia kepada rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Pemandu, KPI, NKRA dan pada malam menjelang Hari Malaysia 16 September lalu, memperkenalkan pula "cool factor" dengan mencadangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) serta beberapa akta polok yang lain. Banyak pihak menyindir dan menyelar retorik beliau, tetapi kerana kepandaian beliau dan "handlers" beliau memperkenalkan satu demi satu penjenamaan, rakyat jelata keliru dan akhirnya lupa janji-janji yang belum ditunaikan atau gagal pelaksanaannya sebaliknya gembira dengan janji-janji baru yang diperkenalkan satu demi satu. Injit-Injit Semut Mohd Najib Ada kalanya beliau memaksa pembangkang menari mengikut rentak beliau dan ada masanya rentak tarian beliau sama dengan rentak pembangkang. Apabila beliau menguar-uarkan "package" liberalisasi politik yang termasuk pemansuhan AKDN, rentak beliau sama dengan rentak pembangkang sekian lama berkempen menghapuskan Akta itu. Tetapi, pokok pangkalnya Mohd Najib, Umno dan BN akan diadili mengikut kriteria yang lebih asas dan fundamental seperti prestasi ekonomi, kenaikan kos sara hidup, pengangguran, kadar jenayah dan isu-isu harian. Pemansuhan AKDN mungkin mempopularkan Perdana Menteri di kalangan pengundi minoriti Cina dan India, tetapi akan menimbulkan masalah di kalangan pengundi majoriti Melayu yang selama lebih 40 menjadi penyokong kuat ISA. Jentera BN meramalkan prestasi baik pada PRU akan datang, termasuk menawan semula Selangor. Kalau keyakinan ini ada asasnya, ia bukanlah kerana BN telah menjadi lebih kuat, tetapi kerana PR menjadi lebih lemah. Perkembangan dalam parti-parti PR dan di antara mereka memberi gambaran wujudnya masalah ideologi, dasar dan pendekatan yang luas. Tarik tali antara Pas dan DAP mengenai Negara Islam/Hukum Hudud lawan sekularisme tidak membantu memperkukuhkan PR manakala isu kesinambungan kepemimpinan terumbang ambil akibat kes mahkamah ketua mereka, Anwar Ibrahim. Keceloparan Timbalan Presiden baru Pas, Mohamad Sabu, membantu Umno kerana ramai anggota pasukan bersenjata dan perasanya marah kepada Pas. Undi pos polis dan tentera sudah dalam tangan BN. Tetapi dengan mencadangkan pemansuhan ISA, Mohd Najib mungkin melukakan perasaan kelompok yang sama yang mengorbankan nyawa dan jasad mempertahankan negara daripada keganasan komunis dan pelampau-pelampau lain.
|
Posted: 25 Sep 2011 06:40 AM PDT Kanang and Apot are indigenous bumiputeras, the former from Sarawak and the latter from Perak. Both honors are for bravery and gallantry in fighting the communists during the Emergency (1948-1960). They certainly deserved the honors as heroes of our country. No complaints about that. The Criminal Defamation Charge Against Mat Sabu But why weren't these heroes honored much earlier? Why only now? Has this to do with Mat Sabu, Deputy President of PAS, who was charged for criminal defamation last Wednesday September 21. Is UMNO- BN making political mileage of history?The charge against Mat Sabu followed weeks of debate after he said that there were many other freedom fighters who have been totally forgotten. Mat Sabu then drew our attention to Mat Indera who played a prominent role in the 1950 attack on the Bukit Kepong police station. This was immortalised in a movie played by the legendary actor-director Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin. The Policemen were portrayed as heroes who fought against the communists who were portrayed as villains and traitors. Thus, Mat Indera, who was allegedly a communist cadre , was cast as a traitor. However, a book by the Johor government in 2004 named Mat Indera as an insurgent freedom fighter and celebrated him as a Johor hero. So, was Mat Indera a hero or a traitorous ruffian? This stereotyping of Malaysians into heroes and villians shows our failure as a nation to accept historical facts and our lack of appreciation for humanistic contributions. And the moment politicians get involved in historical discourses and debates, then intellectual dishonesty creeps in and history is distorted for political and other self serving ends.The truth of history becomes irrelevant. Winston Churchill once said : "History will be kind to me for I intend to write it." For this reason, I am grateful to my friend, lawyer Rosli Dahlan, who insisted that I should read the writings of Tunku Zain Al'Abidin Muhriz, founding president of the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) in his book, Abiding Times. It seems that Rosli is an ardent admirer of this young royalty whom he politely declared to me he would readily kiss this young Tunku's hands despite their age difference. Having just read Tunku Zain Al'Abidin's piece, Roaming Beyond the Fence (see link :http://malaysia-today.net/mtcolumns/guest-columnists/43492-lets-reclaim-history-for-ourselves), I can now understand why Rosli is impressed with this young man's intellectualism and maturity. Yam Tuan Antah of Negri Sembilan The intellectual honesty and capacity of Tunku Zain Al'Abidin (above) in evaluating history is revealed when he compared his ancestors, Yam Tuan Antah, and his great great grandfather, Tuanku Muhamad, whose son,Tuanku Abdul Rahman, became our first Yang Di Pertuan Agong (YDPA). Yam Tuan Antah had waged war against the British in 1875 which invited the British retaliation by an artillery force which cannon-shot that destroyed Yam Tuan Antah's camp. The British advanced to Seri Menanti where they burnt down the Istana. Subsequently, Yam Tuan Antah was recognised only as Yam Tuan of Seri Menanti, rather than of Negri Sembilan as a whole. Yam Tuan Antah is celebrated in the same breath with Datuk Maharaja Lela and Mat Salleh as valiant defenders of their race, religion and nation. Reclaim History for Ourselves Yet, his son, Tuanku Muhammad, enjoyed much better relations with the British. He was educated at the English High School in Malacca and even received compliments from the British Resident, Sir Frank Swettenham, who wrote that he was an "example of the best type of intelligent, straightforward Malay Raja". Thus, Tunku Zain's piece raised a most pertinent question: "Clearly, my two ancestors employed different strategies in dealing with the British. Was one a hero and the other a traitor? No, they were merely individuals trying to abide by their adat while dealing with the exigencies of global British power…The only way to fix this is for us to reclaim history for ourselves. Politicians must be removed from the process of writing the curriculum, and professors granted the academic freedom to include controversial viewpoints……Most importantly, the entire basis of the education system urgently needs to change from the rote learning of acceptable "facts" to the equipping of young brains to appreciate and analyse different opinions." Isn't this the same thing that Mat Sabu had said? So, why does Mat Sabu's statement constitute criminal defamation? Did A-G Gani Patail not advise the government on this? Or is A-G Gani Patail again playing politics with the absolute powers vested in him as the Public Prosecutor to commit selective prosecution?
|
Najib and Rosmah Boarded Bus ... Luxury Bus Posted: 24 Sep 2011 10:28 PM PDT Najib has been trying to woo Malaysians that he is the MAN OF THE STREET but in actual fact he is just making a mockery of the situation by showing how POWER speaks for itself. This is the picture that was featured in mainstream medias:- Read more at: http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2011/09/najib-rosmah-boarded-busluxury-bus.html |
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan