Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Projek Jambatan Kedua PP: Kontraktor Melayu dipinggir
- Sita gereja: Blogger Umno tipu
- PAS ganti Umno atau PAS bersama Umno?
- DAP tetap bersama PAS, PKR
- Umno perlu kuasai media baru
Projek Jambatan Kedua PP: Kontraktor Melayu dipinggir Posted: 17 Aug 2011 03:24 PM PDT Yang Dipertua PKMMPP Datuk Muhamad Fadzill Hassan berkata, setakat ini, persatuan itu masih belum mendapat sebarang maklum balas mengenai agihan projek jambatan bernilai lebih RM4 bilion itu sedangkan kerja-kerja pembinaannya telah ditahap hampir 50 peratus. "Menurut janji kerajaan pusat, sebanyak 30 peratus daripada projek pembinaan atau pembekalan akan diberikan kepada kontraktor Bumiputera tempatan tetapi sehingga kini, tiada sebuah syarikat dari PKMMPP dipelawa untuk menyertai projek itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, PKMMPP kecewa apabila kontraktor tempatan hanya menjadi pemerhati dalam sebuah projek raksasa di negeri sendiri. "Kami desak supaya kerajaan bersikap telus dan dedahkan jika telah terdapat kontraktor tempatan yang diberikan projek," katanya. Beliau, yang juga Timbalan Presiden PKMM berkata, pihaknya telah menghantar beberapa pucuk surat mengenainya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, namun tiada sebarang jawapan yang diberikan sehingga sekarang. Fadzill berkata, projek itu tidak seharusnya diagihkan kepada kroni-kroni tertentu atas kepentingan parti politik kerana ramai kontraktor Bumiputera di negeri ini tidak terlibat dengan parti-parti politik. Katanya, terdapat 1,800 kontraktor dari kelas A hingga kelas F yang berdaftar di negeri ini dan kebanyakan mereka, terutamanya kontraktor Kelas F, kini telah gulung tikar atau menjalankan perniagaan lain kerana tidak mempunyai sebarang projek. Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah sebuah jambatan baharu yang menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang dan kerja-kerja pembinaannya telah bermula pada 2008 dan dijangka siap pada November 2013. Jambatan sepanjang 24 km itu bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara dan ia dilaksanakan secara usahasama antara China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd (CHEC) dan UEM Builders Bhd. |
Sita gereja: Blogger Umno tipu Posted: 15 Aug 2011 05:40 PM PDT Menurut Khalid, Papa Gomo dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini. Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita tersebut. "Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. Beliau juga berkata, Papa Gomo jelas tidak melakukan persediaan sebelum melakukan penipuan apabila menyatakan lokasi GMDU terletak di Damansara Utama sedangkan lokasi sebenar rumah ibadat itu adalah di Seksyen 13, Petaling Jaya. "Papa Gomo kata MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tapi yang sebenarnya gereja itu di Seksyen 13 Pataling Jaya. Nampak sangat tak study betul-betul," katanya. Sehubungan itu, beliau bersama-sama MBPJ membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya petang ini meminta satu siasatan dijalankan terhadap Papa Gomo.
|
PAS ganti Umno atau PAS bersama Umno? Posted: 15 Aug 2011 03:43 PM PDT Apapun kecenderungan politik parti yang boleh dikaitkan dengan dua penulis tersebut, beberapa persoalan realistik yang dikemukakan - isu yang agak diabaikan oleh pembangkang yang berbilang kaum itu - wajar diberi perhatian.
|
Posted: 15 Aug 2011 02:01 AM PDT Penasihat Lim Kit Siang berkata, DAP berjuang untuk membawa perubahan fundamental bagi membuka langkah memajukan sumber guna tenaga dan kemahiran bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu padu dan maju. "DAP bukannya parti Cina berjuang untuk kepentingan masyarakat Cina. Tetapi sebuah parti Malaysia yang berjuang untuk kepentingan semua, sama ada Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan atau Orang Asli sebagai rakyat biasa yang mempunyai hak sama rata," kata beliau. Lim berkata, para pemimpin DAP telah bertungkus lumus dan melakukan banyak pengorbanan hanya kerana berpegang teguh dengan perjuangan politik mereka sejak 45 tahun yang lampau. "Mereka (para pemimpin DAP) pernah didakwa dan dianiaya di mahkamah, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang paling lama empat tahun sembilan bulan) dan dipenjara. "Mereka juga dibatalkan sebagai ahli Parlimen dan diharamkan dari memegang jawatan selama lima tahun kerana bertegas dalam perkara-perkara prinsip, berjuang untuk kepentingan rakyat Malaysia yang melangkaui sempadan bangsa dan agama. "Setelah membuat pengorbanan dan melalui kesengsaraan ini tidak mungkin DAP dapat menggantikan MCA dalam Barisan Nasional. Oleh itu, persoalan DAP menyertai BN tidak timbul," tegas Ahli Parlimen Ipoh Timor itu.
|
Posted: 15 Aug 2011 01:59 AM PDT Beliau berkata kemahiran seperti itu amat penting bagi mengubah sebarang persepsi negatif masyarakat terhadap Umno dan kerajaan yang cuba dibawa pihak tertentu menerusi media baru. "Kalau kita tidak menguasainya kita akan tertinggal kerana orang muda akan membaca apa yang ditulis," katanya selepas menghadiri wacana politik bertajuk "Pembentukan Persepsi Politik" anjuran Jabatan Penerangan Umno di sini hari ini. Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata kerajaan memandang serius terhadap persepsi negatif masyarakat terhadap setiap tindakan kerajaan dan sentiasa mengambil tindakan untuk memperbetulkan. Mengenai wacana politik itu, beliau berkata ia merupakan satu pembaharuan yang dibawa oleh Umno bagi meningkatkan pengetahuan anggotanya dalam pelbagai bidang politik menerusi pembentangan idea oleh pakar-pakar. |
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan