Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Pemuda PAS sokong tindakan Jais
- 11% pelajar Kelantan ada masalah mental - pakar
- Isu murtad: Bukti ditemui dalam tong sampah
Pemuda PAS sokong tindakan Jais Posted: 08 Aug 2011 06:11 PM PDT Perkara itu diutarakan oleh Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu sidang media di sini hari ini selepas pertemuan kira- kira sejam bersama Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung kontroversi yang membabitkan Jais. Kenyataan Nasrudin itu juga sekaligus berbeza dengan pandangan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III, Khalid Samad pada Jumaat lalu yang menyifatkan tindakan Jais itu tidak wajar. Beliau yang hadir bersama 10 exco pemuda berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Hasan dan meminta agar umat Islam bertenang dengan kontroversi yang berlaku sekarang. Menurut Nasrudin menjadi prinsip dan tanggungjawab mana-mana jabatan agama untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut. Beliau berkata tindakan itu juga wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan. Malah beliau mahu kepercayaan diberi kepada Jais tanpa sebarang prejudis lebih-lebih lagi ia melibatkan usaha dalam menjaga agama Islam. "Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Hasan. Tindakan Jais juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan. "Jais ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk fahami dan patuhi segala peraturan yang ada. "Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang timbul. Harap beri kepercayaan tanpa sebarang prejudis untuk menjaga agama. Yang salah dalam peraturan dan prosedur harus ditegur," kata Nasrudin.
|
11% pelajar Kelantan ada masalah mental - pakar Posted: 08 Aug 2011 05:44 PM PDT Ketua Jabatan Psikiatri HUSM Prof. Madya Dr. Mohd. Jamil Yaacob berkata, mereka ini, yang termasuk murid sekolah rendah, adalah antara lebih 700 pesakit yang menerima rawatan setiap bulan di klinik psikiatri hospital itu termasuk kes berulang. "Ini adalah fenomena baru dalam masyarakat kesan tekanan hidup dalam kekeluargaan dan pelajaran di dunia yang semakin mencabar sekarang," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah HUSM Datuk Dr. Zaidun Kamari. Mohd. Jamil berkata, kebanyakan pelajar yang menghadapi masalah mental itu adalah disebabkan faktor keturunan, masalah keluarga di rumah dan persekitaran sekolah. Katanya, peningkatan jumlah pelajar yang menerima rawatan itu berikutan kesedaran orang ramai terhadap peranan dan tugas yang dimainkan oleh klinik psikiatri dalam menyelesaikan pelajar yang menghadapi masalah itu. "Sebelum ini, ramai ibu bapa enggan datang ke klinik psikiatri kerana tidak sanggup menerima tanggapan negatif masyarakat yang menganggap mereka datang ke klinik berkenaan sebagai penghidap penyakit jiwa," katanya.
|
Isu murtad: Bukti ditemui dalam tong sampah Posted: 08 Aug 2011 04:40 PM PDT FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat 'menguji pengetahuan' dalam bahasa Malaysia dan Inggeris – sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam. Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain. Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam. Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan. Antara soalan itu adalah 'Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan. Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan? Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah. Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan. "Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak," katanya. Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah. "Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah. "Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC. Tindakan Jais ini benar. "Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran," jelasnya.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan