Jumaat, 12 Ogos 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


50 orang Islam dipercayai menyertai majlis DUMC

Posted: 11 Aug 2011 04:12 PM PDT

Menurut Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), Rosdi Long dianggarkan kira-kira 50 orang Islam dikesan mengikuti program itu namun mereka berjaya melarikan diri.

Beliau mendakwa pihak penganjur membantu orang Islam terbabit daripada diperiksa pihak berkuasa dengan memboloskan diri menggunakan pintu belakang gereja tersebut.

Namun pihak Jais berjaya menahan 12 orang Islam yang kini masih ditunggu memberi keterangan berhubung kejadian malam itu.

"Mereka yang hadir dalam majlis itu dianggarkan 50 orang Islam. Yang berjaya ditangkap ialah 12 orang. Perkara itu dipercayai berlaku ketika proses perbincangan antara pihak Jais dan penganjur kira-kira sejam. Mereka kemudian dilarikan oleh penganjur dipercayai menggunakan pintu belakang gereja terbabit.

"Kesemua mereka dipercayai berumur sekitar 30-an dan mereka datang secara berkeluarga. Ada yang membawa anak kecil dan adik-beradik.

"Pihak operasi Jais mendapat kepastian apabila salah seorang peserta yang beragama Islam keluar ke tandas dan apabila diperiksa kad pengenalannya individu terbabit beliau beragama Islam.

"Sedangkan pada awal perbincangan,pihak penganjur mengesahkan tiada orang Islam yang terlibat," katanya kepada FMT.

Peserta Islam

Perkara itu turut disahkan oleh satu sumber pihak berkuasa yang mengatakan wujud lebih ramai peserta beragama Islam yang menyertai program makan malam itu, walaupun tangkapan dibuat sedikit.

"Ya memang lebih ramai orang Islam yang hadir majlis pada malam itu walaupun tangkapan dibuat adalah 12 orang," kata sumber.

Menurut Rosdi selain daripada sikap penganjur yang menyembunyikan maklumat kehadiran orang Islam itu, elemen lain yang diragui termasuklah nyanyian 'Allahuakbar' , 'Alhamdulillah',majlis tertutup sedangkan ia majlis berbentuk kesyukuran.

Malah ujar beliau  tempat tersebut merupakan kawasan persendirian dan Jais berhak membuat pemeriksaan.

"Selain daripada elemen tersebut, wujud penampilan urus setia yang hanya dikenali sebagai Sofea, perwatakan dan mukanya seperti Cina tetapi bila dilihat kad pengenalannya beliau adalah Islam. Tetapi wanita itu mengaku bahawa tidak mengamalkan tatacara hidup dan amalan Islam. Wanita itu turut mengakui bahawa menerima undangan untuk hadir ke majlis itu.

"Itu salah satu penghinaan,sedangkan pada awalnya penganjur menafikan penglibatan orang Islam. Di sini yang kita ragu bahawa wujudnya proses untuk murtad.

"Bagi menghormati majlis, pihak Jais menunggu program selesai memandangkan ada penglibatan tetamu kehormat atau VIP. Maka tidak wujud serbuan atau kekasaran yang ditimbulkan oleh penganjur sedangkan Jais dari awal lagi bertindak dengan penuh tertib," jelasnya.

Rosdi juga turut melahirkan rasa kesal ekoran kejadian itu berlaku ketika bulan Ramadhan, malah sensitiviti itu tidak dijaga dengan sebaik mungkin.

READ MORE HERE

 

Zulkifli Noordin cabar Anwar

Posted: 11 Aug 2011 05:08 AM PDT

Zulkifli berkata, beliau adalah saksi yang relevan untuk memberi keterangan kerana mempunyai maklumat berhubung apa yang berlaku pada hari Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis kerana mendakwa telah diliwat Anwar dan juga beberapa maklumat lain berhubung kes itu.

Sambil mempersoalkan tindakan Anwar yang mahu memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi kes liwatnya itu, Zulkifli hairan mengapa Anwar tidak memanggil beberapa individu lain yang lebih relevan untuk berbuat demikian, sebaliknya mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes itu.

Katanya, antara mereka yang boleh menjadi saksi bagi kes itu ialah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman dan Anuar Shaari, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor, isteri Anwar sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

"Kenapa kami saksi-saksi yang relevan ini langsung tidak dipanggil oleh Anwar, sedangkan kami yang tahu sedikit sebanyak, malah ada yang terlibat secara langsung. Kenapa Najib dan Rosmah yang langsung tak ada kena-mengena dengan kes liwat ini hendak dipanggil sebagai saksi?" kata Zulkifli dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com.

Katanya, banyak perkara yang boleh diceritakan kepada mahkamah sekiranya beliau dipanggil sebagai saksi untuk kes itu, termasuklah bagaimana keadaan Anwar apabila mendapat maklumat Mohd. Saiful telah membuat laporan polis kerana diliwat Anwar.

"Teman akan ceritakan macam mana Anwar pada hari Saiful membuat laporan polis itu. Teman tidak akan lupa tarikh 28 Jun 2008 itu, masih segar dalam ingatan teman.

"Teman juga nak ceritakan kepada mahkamah apa yang dibincang malam itu. Bagaimana Rahimi dibawa datang ke Quality Inn Hotel malam itu? Apa yang dia disuruh buat oleh beberapa orang tertentu pada malam itu, siapa orang tertentu itu dan apa peranan Choo Keong pada malam itu?" katanya.

Zulkifli berkata, Najib dan Rosmah tidak perlu melayan Anwar sekiranya sapina dikeluarkan terhadap mereka untuk menjadi saksi kes tersebut sebaliknya memohon supaya ia dibatalkan sahaja.

Katanya, tindakan Anwar memanggil Najib dan Rosmah bukan untuk pembelaan alibi sebaliknya mempunyai tujuan lain.

Beliau berkata, Anwar akan mencari jalan untuk menangguhkan kes itu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mahu bertanding dan berharap untuk menang pada pilihan raya itu.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved