Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- John Malott sahkan dakwaan pembangkang dapat sokongan asing
- Kontraktor Melayu kecam MCA Pulau Pinang
- Dr Rosti letak jawatan NC Unisel
John Malott sahkan dakwaan pembangkang dapat sokongan asing Posted: 02 Aug 2011 06:09 PM PDT Malott yang menjawat jawatan duta AS pada 1996 hingga 1998 bertindak luar biasa dengan memberi tumpuan khusus kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia lebih 10 tahun selepas dia melepaskan jawatan itu. Gerakan liberal di Malaysia telah sedia dapat dikaitkan dengan bantuan asing, seperti daripada pertubuhan di bawah NED, Open Society Foundations dan pelbagai pertubuhan lain. Kaitan ini terus menjadi bahan kritikan dan manipulasi media baharu proparti pemerintah.
|
Kontraktor Melayu kecam MCA Pulau Pinang Posted: 02 Aug 2011 04:22 PM PDT Pemangku Yang Di Pertua PKMPP, Dato Izham Merican berkata Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang bersikap rasis apabila melabelkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai anti-Cina berhubung sistem tender terbuka. "Nampaknya MCA begitu jahil sekali kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri. "Ini termasuk yang melebihi harga RM200,000.00 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti," katanya dalam satu kenyataan media semalam. Beliau menyoal, dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain? Ujar beliau, "PKMPP menolak dengan sekeras-kerasnya sentimen perkauman MCA yang menghina kontraktor Melayu dengan persepsi negatif ini. "MCA harus ingat bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, begitu juga di kalangan masyarakat Cina sendiri. Izham menerangkan dalam sistem tender terbuka pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengenepikan kaum lain. "Saya sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan Pemangku Yang Di Pertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri. "Ini membuktikan sikap profesional beliau kerana tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi. "Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran Ketua Bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini," katanya. Tegas beliau, "saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman. "Sebagai sebuah Pertubuhan NGO yang mempunyai ahli-ahli dari berbagai-bagai parti walau pun kebanyakannya terdiri daripada ahli parti Umno, perjuangan kami hari ini adalah menentukan warga kontraktor terbela," tambahnya. Katanya lagi, "hari ini banyak kontraktor yang gulung tikar dan keadaan yang dialami di dalam industri pembinaan tidak lagi seperti suatu ketika dahulu dan kami merayu kepada Kerajaan Pusat supaya dapat membantu menangani masalah ini. "Kami ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Ketua Menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan.
|
Dr Rosti letak jawatan NC Unisel Posted: 01 Aug 2011 11:56 PM PDT Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan