Jumaat, 22 Julai 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Ezam dedah perilaku Anwar kepada rakyat Indonesia

Posted: 21 Jul 2011 04:46 PM PDT

"Sodomi itu kembali terungkap setelah ada pengakuan dari seseorang yang bernama Saiful, dan kemungkinan kali ini dia terjerat kerana polis mempunyai bukti sperma Anwar.

"Soal video seks juga jelas, bagi yang menonton dan mengenal baik, pasti yakin itu Anwar, terlihat dari bentuk tubuhnya," katanya dalam wawancara dengan majalah Indonesia, Tempo.

Menurut Ezam beliau yakin kes liwat itu bukan rekaan, ini dikuatkan lagi dengan sikap isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang cemburu sekiranya lelaki rapat dengan suaminya.

Ujar Ezam,  sikap cemburu yang ditonjolkan Wan Azizah itu menjadi saat kemuncak untuk beliau menyelidik kes liwat pertama yang dihadapi Anwar pada 1999 lalu.

Ketika ditanya mengapa Ezam tidak mengetahui perkara itu sejak awal, beliau menjelaskan dirinya hanya mengenali Anwar daripada satu sisi iaitu sebagai seorang pemimpin hebat.

"Saya merasa ketika isterinya, Wan Azizah, terlalu cemburu bila Anwar dekat dengan laki-laki. Ini menjadi kemuncaknya dan saya membuka, mempelajari kesnya, dan setelah itu saya yakin dia berbuat hal itu.

"Saya profesional, saya ketika itu hanya staf, tidak mengenal peribadi atau keluarganya lebih dekat. Tapi, begitu mengenal dekat, saya menjadi melihat sisi Anwar yang lain. Dia juga cukup pandai menutupi kes itu dan hanya melakukannya dengan orang-orang dekatnya saja.

"Selama ini saya mengenal satu sisi dari Anwar, dia pemimpin yang hebat dan itu membutakan saya," katanya yang pernah menyandang jawatan Setiausaha Politik Anwar.

Anwar, 64, kini masih dalam perbicaraan setelah mengaku tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah kondominium di Damansara pada Jun 2008 lalu.

Populariti Anwar turun

Selain kes liwat itu, Anwar turut didakwa merupakan pelaku sebuah klip video seks yang didedahkan oleh Datuk 'T' yang merupakan gandingan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.

READ MORE HERE

 

Bekas menteri: Najib perlu pastikan pilihan raya bersih, Bersih 2.0 ada asas

Posted: 21 Jul 2011 04:14 PM PDT

Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata sistem pilihan raya yang telus adalah asas kepada sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

"Negara kita selama ini telah memuncak begitu lama, negara yang cukup berjaya sebab rakyat berpegang teguh pada semangat kemerdekaan tetapi malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini (prestasi) kita sudah mula menurun dan secara terang-terangan melakukan perkara-perkara yang pelik," kata beliau.

"Kadang-kadang kita begitu yakin dan sombong, boleh buat benda salah di tempat yang terang, kami rasakan sudah tiba masanya kita berubah dan kembali ke pangkal jalan," kata Abdul Kadir sambil menambah, "merdeka bermakna kuasa diserahkan kepada rakyat."

"Negara ini kepunyaan rakyat... negara ini hak rakyat dan ini asas yang kita perlu ingat, negara ini bukan bapa saya yang punya, bukan Umno yang punya, bukan PAS yang punya, ini rakyat yang punya," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Bekas wakil rakyat dari Kedah ini pernah mengetuai Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan.

Tegas Abdul Kadir, rakyat tidak akan bangkit menentang kerajaan sekiranya pilihan raya yang dijalankan dibuat secara telus dan adil.

Selain itu jelas beliau, tuntutan yang dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ada asasnya.

READ MORE HERE

 

Ku Li ajak rakyat bersama Amanah lawan penyelewengan

Posted: 21 Jul 2011 03:41 PM PDT

Tegas beliau, rakyat jangan membiarkan perbuatan memanipulasikan politik digunakan untuk memecahkan perpaduan rakyat melalui dasar dan keputusan yang memihak kepada pihak yang berkepentingan.

"Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun untuk memecahkan rakyat majoriti melalui dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan.

"Saya memerhatikan dengan hati yang gusar melihat keadaan yang amat merunsingkan iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terangan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan negara untuk kepentingan mereka," katanya pada perasmian Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Tegas Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai "Ku Li", masa untuk melihat segala penyelewengan yang berlaku sudah tamat dan sekarang untuk bangkit menyatakan pendirian masing-masing.

"Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka, inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya 'kami mahukan kebenaran, tidak paparan palsu dan penipuan'.

"Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata 'saya mahukan masa depan anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan sosial yang berkepentingan sendiri'.

"Ini masanya untuk orang muda dan dewasa yang bekerja berkata 'kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar'," katanya.

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Gua Musang ini berkata, Amanah yang dianggotai beberapa tokoh pemimpin bukan untuk menentang kerajaan tapi adalah untuk hak rakyat.

"Suara ini adalah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran.

"Kita akan berkata dahulukan kepentingan kebangsaan yakni kepentingan negara dan kepentingan rakyat, ini matlamat kita," katanya.

READ MORE HERE

 

MB S’gor: Konsert MTV tetap diteruskan

Posted: 20 Jul 2011 05:42 AM PDT

Namun Abdul Khalid menegaskan pihak penganjur perlu mematuhi garis panduan yang ketat termasuklah tidak membenarkan sebarang penjualan dan penggunaan alkohol dan rokok sepanjang konsert berlangsung.

"Kita merasakan aktiviti yang menarik di negeri ini kita akan galakkan, tetapi mesti dengan tertib serta sesuai dengan imej Shah Alam.

"Dengan penganjuran konsert MTV ini menunjukkan Shah Alam mula dikenali diperingkat antarabangsa," katanya.

Pada Jun lalu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mewakili persatuan penduduk Seksyen 7 Shah Alam menyerahkan satu memorandum yang membantah penganjuran konsert itu kepada Menteri Besar dan menggesa beliau membatalkan penganjuran konsert tersebut.

Kenyataan Khalid Samad turut disokong oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi yang mendakwa pengajuran konsert tersebut memberi kesan negatif kepada penyerapan budaya kuning daripada luar dan ia tidak sesuai bagi golongan belia kerana Shah alam merupakan tempat tinggal ramai pelajar universiti.

Bersikap terbuka

Mengulas lanjut mengenai bantahan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri bersikap terbuka dan menyambut baik memorandum tersebut.

Namun kerajaan negeri katanya akan memastikan penganjuran konsert itu tidak mengganggu aktiviti pelancongan dan golongan belia di negeri ini.

"Kita menerima dan menghayati memorandum tersebut. Kita merasakan mereka (PAS) khuatir tentang kesan pengaruh budaya Barat dalam kehidupan belia di sini, tetapi kita perlu menerima perbezaan dan keadaan dengan terbuka," katanya.

Beliau berjanji kerajaan negeri akan memastikan konsert tersebut berjalan dengan penuh tertib tanpa mencemarkan cara hidup masyarakat Islam di negeri itu.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved