Rabu, 6 Julai 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Bersih 2.0: Kami bukan suara Pakatan, sedia temu Pemuda Umno

Posted: 05 Jul 2011 03:59 PM PDT

"Kami bersedia untuk berbincang dengan Pemuda Umno. Mereka juga dialu-alukan menyertai kami pada Sabtu ini," kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa Pemuda Umno akan membatalkan rancangannya mahu mengadakan perhimpunan balas Sabtu ini, sebaliknya akan menyokong beberapa tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya dibawa Bersih 2.0 jika gabungan itu menggugurkan kempennya.

Ketuanya Khairy Jamaluddin memberitahu The Malaysian Insider bahawa sayap itu akan menawarkan sokongannya memandangkan sistem semasa juga memerlukan penambahbaikan.

"Kami percaya bahawa satu barisan berkecuali yang bersatu, yang (jika) kita bersetuju akan lebih efektif, jika Bersih benar-benar mahukan perubahan," kata beliau yang juga Ketua Pemuda BN.

"Saya selalu mengatakan bahawa kami menyokong sistem semasa tetapi penambahbaikan adalah diperlukan," kata Khairy lagi yang kini berada di Athens.

Ahli Parlimen Rembau ini berkata Pemuda Umno akan membantu membersihkan pengundi-pengundi sudah mati dari daftar pemilih semasa, pengundian bagi mereka di luar negara, akses parti politik kepada semua media.

"Semua ini boleh dibincangkan," katanya.

Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebelum ini dilabel sebagai suara Pakatan Rakyat.

"Kami tidak boleh menghalang apa yang dikatakan oleh pihak lain," kata salah seorang ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Subramaniam Pillay.

Seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Wong Chin Huat berkata, Bersih 2.0 kelihatan sebagai suara Pakatan Rakyat kerana tiada Barisan Nasional (BN) yang sanggup untuk menyokong pergerakan itu bagi diadakan pilihan raya yang adil dan bebas.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved