Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Bersih 2.0 berusaha menghadap Agung
- Baju BERSIH - 17 Ahli PAS Jasin Ditangkap Di Kompleks PAS Jasin
- Lucutkan kerakyatan Ambiga, desak Pesaka
- 4 juta ahli silat jadi 'perisai negara'
- ‘Ambiga jangan fikir kuat’
Bersih 2.0 berusaha menghadap Agung Posted: 03 Jul 2011 03:23 PM PDT Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat Bersih 2.0, "Kami akan berkomunikasi dengan Yang Dipertuan Agung sebelum membuat keputusan akhir." Bantah tahan PSM Sementara itu, Bersih 2.0 dalam kenyataannya mengecam keras tindakan polis menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Akta Dharurat. Selain Michael, turut ditahan di bawah Ordinan Darurat adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu. Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 yang membolehkan ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan. Kata Arutchelvan (gambar), sebelum ini kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong namun telah dibebaskan daripada tuduhan itu. "Kemudian semalam polis membuat tangkapan semula di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat kerana kononnya terdapat sebab-sebab untuk mempercayai yang mereka telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteraman awam. "Ini adalah tindakan salah guna kuasa di mana polis bersembunyi di belakang undang-undang zalim ala ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Polis dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) juga tahu bahawa ISA tidak lagi popular sehingga terpaksa mengunakan undang-undang darurat yang ramai orang tidak mengetahuinya," katanya dalam laporan polis itu. Tegas Arutchelvan, Ordinan Darurat digunakan ke atas individu yang melakukan jenayah berat dan bukan berunsur politik. "Mereka berenam ini adalah tahanan politik pertama dituduh di bawah Ordinan Darurat yang masih digunakan di zaman tidak ada darurat. "Maka tujuan sebenar Ordinan Darurat digunakan adalah untuk menghindar orang dari menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0. Semua alasan dan kenyataan lain adalah tipu muslihat dan agenda memperbodohkan rakyat," katanya. Minggu lalu kesemua mereka ditahan berhubung Himpunan Bersih 2.0 bersama 25 yang lain.
|
Baju BERSIH - 17 Ahli PAS Jasin Ditangkap Di Kompleks PAS Jasin Posted: 02 Jul 2011 08:39 PM PDT Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi, Abd Hannan, Ibrahim Talib, Ust Hasri, Ust. Sofi, Azizan Anuar, Tn Hj Samsudin dan beberapa ahli PAS Jasin.
|
Lucutkan kerakyatan Ambiga, desak Pesaka Posted: 02 Jul 2011 04:27 PM PDT Presidennya Datuk Seri Ali Rustam berkata perkara ini diputuskan sebulat suara ahlinya kerana bimbang hasrat Ambiga yang ingin meneruskan perhimpunan pada 9 Julai depan akan menyebabkan tercetusnya kembali 'peristiwa 13 Mei'. "Tak siapa yang untung dalam hal ini. Sebelum terlambat, Ambiga perlu hentikan. "Biar hilang sorang, jangan hilang ramai orang," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup bersama guru-guru silat Pesaka seluruh negara di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata Ambiga perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku. "Kalau berminat nak ikut cara negara lain, jadilah rakyat negara lain," katanya. Tindakan tegas "Kerajaan serba salah, nak tengok dulu orang bertempur. Apalah gunanya kalau dah huru-hara baru nak ambil tindakan," katanya sinis.
|
4 juta ahli silat jadi 'perisai negara' Posted: 02 Jul 2011 08:49 AM PDT Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden PESAKA, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sebagai sebuah gerakan yang berpaksi dan mendaulatkan perlembagaan negara, PESAKA akan sentiasa memastikan Malaysia aman dan makmur. "Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba atau berniat menghina dan menafikan lima prinsip Rukun Negara yang terkandung dalam perlembagaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. "Pada masa sama, kami makin tidak berpuas hati serta tercabar dengan kebiadapan Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga yang sejak dulu berterusan menghina Melayu dan Islam sehingga berani merancang perhimpunan haram. Omardin pula berkata, jika Ambiga berdegil ingin meneruskan perhimpunan haram itu, PESAKA berjanji akan bertindak dan melakukan apa saja untuk memastikan kestabilan negara terpelihara.
|
Posted: 02 Jul 2011 08:40 AM PDT Perdana Menteri berkata, majoriti rakyat, termasuk lebih 20,000 yang hadir pada Majlis Bersama Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Sri Aman dekat sini, menentang sebarang tindakan pihak terbabit untuk mencetuskan kekecohan di ibu negara sehingga boleh menjejaskan keamanan dan ekonomi negara. Katanya, sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, beliau boleh mengarahkan ahli-ahli parti untuk berdepan dengan kumpulan tersebut tetapi tidak berbuat demikian kerana mengambil kira kesan buruk yang mungkin berlaku. Katanya, jika kacau-bilau berlaku, keadaan itu akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu dalam membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini, tetapi hendak dirosakkan oleh Ambiga. "Jadi, Ambiga janganlah fikir kuat sangat, kita kenal siapa Ambiga. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita simpan kuku kita dulu, kita jangan hunus keris kita sebab kalau ambo (saya) bagi isyarat, semua boleh pakat-pakat turun. "Kita jangan (turun), sebab kita tidak mahu ada perbalahan terbuka dalam negara sebab bila ada demonstrasi jalanan, mungkin ada orang yang tidak boleh kawal perasaan, boleh timbul huru-hara dalam negara. "Kita sudah payah bina negara, pemimpin dulu kerja sampai mati nak bangunkan negara, nak jadi Malaysia negara contoh, pemimpin dulu banyak berjasa sebab itu kita hidup dalam negara aman damai. Tapi Ambiga nak rosakkan ini semua," katanya berucap pada Majlis Bersama Rakyat itu di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO bahagian, Zawawi Othman. Menurut Perdana Menteri, matlamat perhimpunan haram itu bukan untuk membersihkan pilihan raya, kerana ternyata Pas boleh memerintah Kelantan lebih 21 tahun dan pembangkang menang di lima negeri pada pilihan raya umum lalu. Katanya, keadaan itu menunjukkan demokrasi di negara ini adalah lebih baik dan tidak sama seperti di negara Asia Barat seperti Mesir, di mana parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun. Justeru, beliau pelik dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sanggup bersekongkol dengan Ambiga dalam gerakan itu bagi merosakkan keamanan negara. Ini kerana katanya, Ambiga merupakan orang yang cuba mengganggu-gugat Islam, dan UMNO serta BN mesti menegakkan kebenaran. "Apa sudah jadi dengan pemimpin Pas," soalnya sambil mengingatkan rakyat dalang paling besar di sebalik perhimpunan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam pada itu, beliau yang melihat angin perubahan sedang bertiup di Kelantan, menyatakan janji BN untuk membawa pembangunan ke negeri ini sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada parti itu.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan