Rabu, 6 Julai 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


MCLM Calls on the Prime Minister to Release all Detainees and Stop Harassment of BERSIH 2. ...

Posted: 05 Jul 2011 06:11 PM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak,

The Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) was most disappointed to read that you have completely abrogated your responsibilities with regards to those who have been arrested or detained in connection with BERSIH 2.0, saying that you will leave it to the police to decide on their release. You also said that it was up to the police whether the arrests of people wearing BERSIH T-shirts or displaying BERSIH paraphernalia would continue.

In light of the intercession of DYMM Yang di Pertuan Agong and the subsequent concessions made by the BERSIH 2.0 steering committee, your non-committal position is weak, indecisive and most ungracious.

Over the last two weeks, we and all the Rakyat have witnessed our elected government, in particular the Ministry of Home Affairs, and Polis di Raja Malaysia, trample on our civil liberties in a bid to crush the BERSIH 2.0 spirit.

PDRM have arrested people on the most spurious charges, like wearing yellow clothing or having T-shirts bearing pictures of old CPM members. They have floated the idea that Parti Sosialis Malaysia (PSM) is waging war against the Agong by plotting to revive communism. They have attempted to link BERSIH 2.0 movement to this allegation.

The Deputy Prime Minister accused "major powers" of supporting BERSIH 2.0. Disregarding the clearly worded demands of the movement's planned "Walk for Democracy", the Home Minister declared the movement illegal claiming that it was inciting people to create an atmosphere of unrest.

The upshot of the relentless spinning by your administration and PDRM is the arrest of more than 200 people, including opposition politicians and activists, in connection with the BERSIH 2.0 rally, and that number appears to be growing by the hour.

Of greatest concern is the detention of six members of PSM under the Emergency Ordinance (EO), including Sungai Siput MP Michael Jeyakumar Devaraj, PSM deputy chairperson M Saraswathy, central committee members Choo Chon Kai and M Sukumaran, Sungai Siput branch secretary A Letchumanan, and PSM Youth leader Sarat Babu.

We were very disturbed to hear reports that the detainees, in particular, the PSM members, had been ill-treated while in custody and deprived of their right to legal representation.

Datuk Seri Najib, these actions by members of your Cabinet as well as the PDRM are completely unacceptable and have tarnished your administration not just in the eyes of the Rakyat but also the international community.

The Malaysian Civil Liberties Movement urges you to step up as the head of the elected government and do your part in restoring good sense and civility to your administration. Show the Rakyat that you, your cabinet and PDRM respect the Federal Constitution and the laws of the country which emanate from it. Release all the detainees unconditionally and drop all unfounded charges against them. Stop the harassment of BERSIH 2.0 and its supporters.

Understand that BERSIH 2.0 is a civil society initiative and that it has the support of the majority of Malaysians who desire nothing more than clean and fair elections. Opposing BERSIH 2.0 sends the message that you are against the most fundamental democratic principles that underpin the formation of our beloved nation.

 

RAJA PETRA KAMARUDIN, CHAIRMAN

HARIS M. IBRAHIM, PRESIDENT

 

Keramat Mall, Tambahan Lagi RM18 juta, KAMI DIHALAU TANPA SATU SEN PUN...

Posted: 05 Jul 2011 04:37 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglN3H8QriiN4rBSK-OUEYda4xfW6HwSPf-VVVKY44besUhmgw92vh65sgnnI8Pxc2H4uC8ixonzdWKctwbLvSE7MRrRSr_a3xllOX5zVBA31iO4Xg8vvjvGcB-XXJ6zSqnFG0bDARKXY4f/s400/keramatmall01.jpg

Apa yang ingin saya persoalkan di sini, kenapa Pejabat Tanah tidak melakukan tanggungjawab sebagai pelaksana undang-undang dengan memaklumkan mengenai status tanah sebelum ianya tamat? Jika cukai tanah, akan dimaklumkan setiap tahun. Cukai pintu begitu juga. Jila lesen perniagaan akan tamat, DBKL akan memaklumkannya lebih awal. Namun, mengapa hanya Pejabat Tanah tidak melakukkannya sedemikian? Apakah ini memang perkhidmatan kerajaan atau ada banyak benda yang ingin disembunyikan oleh Pejabat Tanah?

By Tuntut Keadilan

Kami menetap di Lot 8A Datuk Keramat. Kami adalah sebahagian dari 8 lot kedai berhadapan dengan stesen LRT Putra Damai dan Keramat Mall yang menjadi isu panas di DBKL selain dari isu Kampung Bahru. Malang sekali, lot kami telah mati pajakannya pada tahun 1993. Kami adalah generasi yang ke-3 menetap dan berniaga di sini. Nenek-moyang dan bapa kami telah membina sebuah bangunan batu 2-tingkat yang berstatus rumah-kedai. Kedai antik bapa kami di Pasar Minggu Kampung Bahru telah terbakar beberapa tahun yang lepas bersama-sama dengan salinan geran tanah. Lot kami berstatus Pajakan 30 tahun.

Kami hanya maklum dengan pajakan tanah yg telah tamat apabila kami sendiri ke Pejabat Tanah untuk menguruskan harta pusaka tinggalan arwah bapa kami 3-tahun yang lepas. Bahkan, kami hanya mengetahuinya selepas beberapa minggu menunggu respon dari Pejabat Tanah. Pejabat Tanah tidak memberi sebarang respon, bahkan kami terpaksa melakukannya sendiri dengan melakukan permohonan itu sendiri di Pejabat Tanah. Agaknya memang Tuhan mahu tunjukkan kepada kami setelah bapa kami meninggal dunia.

Kita anak-anak Melayu memang telah dididik agar tidak bertanya mengenai harta pusaka semasa mereka masih hidup lagi sebagai menghormati mereka. Maka, mana pernah soalan mengenai harta pusaka ini disoal sehingga mereka sendiri sebagai ibubapa memaklumkannya kepada kita. 

Apa yang ingin saya persoalkan di sini, kenapa Pejabat Tanah tidak melakukan tanggungjawab sebagai pelaksana undang-undang dengan memaklumkan mengenai status tanah sebelum ianya tamat? Jika cukai tanah, akan dimaklumkan setiap tahun. Cukai pintu begitu juga. Jila lesen perniagaan akan tamat, DBKL akan memaklumkannya lebih awal. Begitu juga dengan pelbagai lesen yang akan dimaklumkan terlebih awal. Namun, mengapa hanya Pejabat Tanah tidak melakukkannya sedemikian? Apakah ini memang perkhidmatan kerajaan atau ada banyak benda yang ingin disembunyikan oleh Pejabat Tanah? Dengan tidak memaklumkan, Pejabat Tanah boleh berbuat sesuka hati dengan tanah-tanah orang lain. Ini sahajalah harta yang ada pada kami untuk diwariskan kepada anak-cucu kami, namun telah dirampas oleh Pejabat Tanah yang mewakili kerajaan Malaysia. Inikah yang dinamakan, RAKYAT DIDAHULUKAN ???

Kami bukan setinggan. Kami tinggal di sini dengan geran pajak. Cukai pintu tidak pernah kami abaikan. Lesen kedai kami berkuatkuasa sehingga Disember 2012. Permohonan kami untuk melanjutkan tempoh pajakan tidak diendahkan. Bangunan rumah-kedai kami dibina sendiri dengan duit kami sendiri. Bangunan kami adalah bangunan batu 2-tingkat.

Namun, kami dilabelkan oleh DBKL sebagai setinggan. Pejabat Tanah mewarnakan kami MERAH. Permintaan kami untuk ganti rugi rumah atau kedai tidak diendahkan. Menteri Wilayah mengelakkan berjumpa kami selama 2 tahun. Datuk Bandar KL menghalau kami macam anjing keparat. YB kami lebih mengutamakan undi politiknya dari cuba menyelesaikan masalah kami. Persatuan Penjaja Pasar Datuk Keramat adalah yang paling keras dan membenci kami kerana dengan adanya kami, mereka enggan berpindah ke Keramat Mall. Kami telah dijadikan alasan KUAT bagi mereka. Bahkan jika difikirkan secara logik, kami tidak ada kena-mengena dengan masalah perpindahan mereka. 

Kesemua kes setinggan akan mendapat pampasan jika tanah mereka diambil. Saya telah melihat beberapa kes di Selangor, Perak, Johor, Pulau Pinang dan bandaraya Kuala Lumpur itu sendiri. Namun, mengapa hak kami yang SEBENARNYA bukan setingga ditidakkan dan dinafikan. Kami hanya diberitahu bahawa kami mendapat tawaran rumah PPRT, namun surat tawaran tersebut telah terbatal kerana surat tersebut hanya diperap di tangan pegawai di Jabatan Perumahan. Apabila kami merayu untuk tawaran itu agar dikeluarkan sekali lagi, seorang pegawai di jabatan tersebut berkata bahawa ianya tidak akan berlaku.

Begitu juga dengan tawaran kedai ganti. Sebanyak 20 penjaja Pasar datuk Keramat yang lama yang menjaja tanpa lesen telah diberikan gerai ganti di dalam Keramat Mall semasa operasi pembersihan 2010 oleh jabatan Penguatkuasaan. Namun, bagaimana dengan kami?? Kami mempunyai lesen perniagaan yang sah sehingga Disember 2012. Kami telah berniaga dari generasi ke generasi. Kami tidak berniaga di tepi-tepi jalan. Kami mempunyai kedai di Pasar Minggu yang telah terbakar di Kampung Bahru. Kami bermula dari Medan Mara. Sebuah kedai kami juga pernah mempunyai pejabat di Ampang, Selangor. Dan akhirnya, kami berniaga di sini pada tahun 2001. 

Kami tidak merayu untuk diberikan pampasan duit sebab bagi kami duit hanya akan habis. Namun, kami amat memerlukan ganti-rugi untuk kami meneruskan kehidupan. Dengan ganti kedai di Keramat Mall, kami mampu meneruskan pendapatan kemi untuk menyara kehidupan anak-anak kami yang seramai 6 orang.

1. kawasan setinggan Kampung Limau, di Lembah Pantai, diberikan rumah flat sebagai ganti dan pembelian rumah pada masa hadapan. 

2. Projek KL Linear City. Sebanyak 200 keluarga setinggan ini telahpun diberi satu surat jaminan daripada DBKL untuk membeli rumah pangsa kos rendah dengan harga RM 42,000 

3. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail, berkata DBKL menyediakan unit PPR cukup untuk semua keluarga yang diarahkan berpindah dari rumah setinggan

4. Kg Jirat Cina, Jln Loke Yew menerima penempatan semula oleh DBKL

5. Pusat Penjaja Kerinchi mendapat ganti gerai di Dataran Seri Angkasa Jaya, Pantai Dalam

6. Kampung Semarak mendapat penempatan semula di rumah PPRT

Bagaimana dengan kami? Kami telah membangunkan tanah tersebut. Lot kami adalah lot yang pertama dibangunkan dengan membina bangunan di situ. Malah, semasa moyang kami membeli tanah tersebut, DBKL pun belum wujud. Apa hak kami? Kenapa hak kami diketepikan? Kami bukan sengaja mahu disetinggankan... Kami bukan setinggan....Sedangkan kampung setinggan diberikan pampasan untuk mereka berpindah, tetapi mengapa kami diarahkan keluar tanpa sebarang ganti-rugi...apa lagi tanpa sebarang perbincangan. Inikah keadilan namanya? Inikah namanya negara demokrasi? Inikah yang dikatakan Rakyat Diutamakan? Jika kerajaan sendiri pun tidak mempraktikkannya....di mana barisan pembangkang, yang sibuk2 memperjuangkan keadilan rakyat? Dimana YB kami yang suka bising-bising di Palestin, tetapi ALPA dengan jiran sendiri....jiran sebelah rumah....

Apa yang kami minta hanya ganti-rugi kami sekeluarga. Tempat berteduh kami. Tempat kami mencari rezeki. Dahlah kami tiada diberikan penempatan semula, perniagaan kami juga mahu dimatikan. DImana keadilan? Sanggup anda yang bekerja di DBKL di atas cukai2 yang kami bayar, pemerintah2 yang duduk di bilik2 yang ber'air-cond', mengatakan kami kotor? Mengatakan kami tidak layak...apa hak anda? Kebanyakan dari anda, bertudung-litup, solat 5 waktu...dan akan menyambut Ramadhan...tapi sanggup memejamkan mata melihat penganiayaan terhadap kami....KENAPA??? Sebab hanya kami sekeluarga. Sebab hanya kami SEORANG. Jadi, tuan dan puan boleh menutup mata. Kamu semua sanggup hidup dengan penderitaan kami. Kamu semua sanggup memberi makan-minum kepada anak-isteri dengan memijak rezeki kami.

Inikah keadilan di Malaysia? Inikah yang dikatakan Rakyat Diutamakan? Inikah orang ISLAM....

KAMI MINTA KEADILAN. KAMI MAHU HAK KAMI DIKEMBALIKAN. KAMI BUKAN SETINGGAN. KAMI DISETINGGANKAN OLEH PEJABAT TANAH DAN DBKL.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved