Jumaat, 3 Jun 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru!

Posted: 02 Jun 2011 02:26 PM PDT

Apabila tindakan itu memberikan keuntungan besar peniaga dengan keterlaluan yang berlipat kali ganda 'on the expense of the rakyat', ianya akan menjadi isu yang panas dan boleh sahaja menukar persepsi ramai terhadap kepimpinan walaupun beliau telah bersara dengan gelaran 'negarawan' dan segala pujian dan sanjungan rakyat.

Bak kata perbilangan, 'bangkai gajah masakan boleh ditutupi dengan nyiru'. Dalam isu pembekalan kuasa tenaga oleh IPP ini sebenarnya sudah lama diketahui oleh sebilangan rakyat. 'Bangkai Gajah' ini telah ramai yang nampak tetapi mungkin baunya belum di hidu oleh ramai orang. Sekarang semua orang telah terhidu busuknya maka cerita lama kembali muncul di depan mata rakyat yang sedang merasakan keperitan kerana tindakan kita memihak kepada peniaga 'lintah darat' yang menggunakan pemimpin agong yang mahu pula dipergunakan oleh 'lintah darat' yang menghisap darah rakyat selama ini.

Segala kesalahan lampau seperti isu TNB membeli kuasa dari IPP secara 'paksa' oleh pihak EPU kembali menjadi isu hangat. Saya secara peribadi telah menulis dan mengkritik tindakan 'zalim' pihak EPU yang secara 'remote' dari pemimpin sokongan rakyat untuk mempastikan TNB membeli kuasa tenaga dari syarikat IPP yang menjadi kawan rapat Perdana Menteri semasa itu.

Jabatan Economic Planning Unit (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memaksa TNB untuk menerima sahaja kandungan penting di dalam PPA (Power Purchase Agreement) di antara TNB dan syarikat IPP yang dimasudkan ini (YTL). TNB telah dipaksa membeli tanaga dari YTL Power dengan harga .23 sen per kWh dari syarikat ini dengan jumlah yang ditentukan tidak kira samada jumlah itu digunakan atau pun tdak. TNB juga dipaksa untuk membelinya selama waktu yang ditentukan dan ini tidak dapat dikategorikan sebagai peniagaan atau rompakan kolar putih yang tidak ada tolok banding dahsyatnya.

Di waktu yang sama ketika itu ada pihak lain yang mampu membekalkan Tenaga dengan .12 sen bagi 1kWh tetapi EPU tetap memaksa TNB untuk membeli .23 sen per kWh dari syarikat 'istimewa' yang rapat dengan pucuk pimpinan. Inilah yang menjadikan Tan Sri Ani Arope, pengerusi TNB tatkala itu terpaksa berpecah arang dengan pucuk pimpinan kerana beliau menentang cara EPU memaksa TNB menerima sahaja tekanan dari EPU yang digunakan oleh seorang pemimpin itu untuk melakukan niat yang berunsurkan rasuah dan salah guna kuasa itu. 

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved