Sabtu, 18 Jun 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Himpunan Bersih 2.0 canggah nilai Islam, dakwa YDP Yadim

Posted: 16 Jun 2011 01:49 PM PDT

Selain itu menurut beliau, perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merupakan satu helah untuk mengheret rakyat ke dalam kancah politik yang lebih besar.

"Usaha itu merupakan percubaan pemimpin tersebut untuk menguji pengaruh, dan kerana itu sanggup menipu lebih ramai rakyat kononnya, sistem yang pernah memberikan kemenangan kepadanya dulu dan sedikit peluang berkuasa sebagai tidak boleh dipertahankan, ia perlu dirombak dan diberikan jaminan baru sesuai dengan keperluan mereka.

"Pemimpin sedemikian merupakan orang yang tidak mempunyai jiwa perjuangan yang besar, mereka berminat mengadakan rusuhan kerana mempunyai agenda politik yang lebih besar," katanya dalam satu tulisan disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini.

Aziz Jamaluddin juga menyifatkan penganjuran Himpunan Bersih 2.0 yang turut disertai Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat sebagai satu bentuk anarkisme yang berlaku kali kedua dalam negara selepas 2007.

"Wujud pendapat umum seolah-olah merusuh di jalan raya bagi membangkitkan rasa tidak puas hati mengenai sesuatu perkara sebagai natijah daripada prinsip demokrasi.

"Maka, usaha Bersih untuk menganjurkan perhimpunan jalanan pada 9 Julai ini seharusnya dilihat sebagai suatu bentuk anarkisme yang kembali ingin dibudayakan dalam masyarakat Malaysia," katanya.

Himpunan Bersih kali pertama diadakan pada 2007, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen.

Menurut beliau, dalam Islam perjuangan yang bersifat anarkisme tidak sesuai dengan tuntutan agama malah diharamkan kerana boleh memudaratkan termasuk dari aspek fizikal dan psikologi.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/himpunan-bersih-2.0-canggah-nilai-islam-dakwa-ydp-yadim/

Artikel Hasan Ali - Wartawan Utusan buat Laporan Polis terhadap DAP

Posted: 16 Jun 2011 01:36 AM PDT

Abdul Yazid membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 pada pukul 3.30 petang dan keluar dari balai tersebut pada pukul kira-kira 5 petang.

Abdul Yazid berkata, laporan tersebut dibuat adalah menafikan dakwaan wakil rakyat tersebut bahawa tiada wartawan Utusan Malaysia menemui atau menghubunginya bagi mendapatkan bahan berita yang tersiar pada Selasa lalu bertajuk `Pengguguran Hasan disambut baik DAP'.

"Saya sememangnya kebetulan menemui Suee Lim pada 13 Jun lalu di sebuah kedai runcit di Seksyen 9 yang berdekatan dengan pejabat Utusan Malaysia di sini dan sebagai wartawan saya mengambil inisiatif bertanyakan pandangannya sebagai wakil rakyat DAP mengenai pengguguran Hasan sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.

"Saya sudah lama mengenali wakil rakyat itu dan kami saling mengenali malah saya sendiri sebelum ini pernah menemuinya dan menghubunginya sebagai wartawan Utusan Malaysia,'' katanya di sini hari ini.

Laporan polis berkenaan dibuat ekoran kenyataan Suee Lim seperti yang dilaporkan oleh portal berita, Malaysiakini.com hari ini bertajuk, `Berita Palsu: ADUN Sekinchan buat laporan polis'.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved