Khamis, 30 Jun 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Ambiga : Bersih akan diteruskan, keselamatan peserta diutamakan

Posted: 29 Jun 2011 06:30 PM PDT

Ambiga memberi jaminan itu setelah menemui Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman untuk memaklumkan persedianan yang dibuat oleh jawatankuasa penganjur bersabit perhimpunan aman itu.

Polis sebelum ini mengisthiarkan Bersih sebagai perhimpunan haram dan sudah menahan kira-kira 100 orang kerana memakai atau mengedar kemeja T dengan logo Bersih serta risalah perhimpunan aman itu.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mendakwa perhimpunan aman itu bertujuan mengguling kerajaan menerusi demostrasi jalanan, yang dinafikan oleh Ambiga dan Pakatan Rakyat.

Ambiga berkata pihaknya bersedia berjumpa dengan Polis untuk menetapkan laluan sesuai yang untuk  digunakan oleh peserta Bersih yang tidak akan menggangu lalu lintas serta menjamin keselamatan mereka.

"Pihak kami mencadangkan untuk mendapatkan kebenaran polis tentunya satu lokasi berhimpun secara aman, laluan yang dicadangkan ialah Taman Jaya ke Kuala Lumpur," kata beliau kepada pemberita.

Ambiga berkata Tan Sri ismail bagaimanapun tidak memberikan kata putus mengenai cadangan-cadangan penganjur Bersih. Satu lagi mesyuarat antara kedua-dua pihak bakal diadakan.

"Kami akan menyediakan 5000 sukarelawan  pada hari itu, dan 100 doktor sukarela dan  peguam yang akan sama-sama turut serta bagi menjamin keselamatan sekiranya berlaku apa-apa," tambah beliau.

 

Pejabat Umno disimbah cat kuning, dilempar bangkai ayam

Posted: 29 Jun 2011 05:16 PM PDT

Pejabat Umno Bandar Tun Razak, dilempar enam ekor  bangkai ayam- dua semalam dan empat awal pagi tadi.

Pejabat Umno Cheras dilempar empat ekor bangkai ayam selain disimbah cat kuning.

Ketua Umno bahagian, Datuk Syed Ali Alhabshee  berkata, kejadian itu disedari pekerjanya awal pagi tadi.

"Bila mereka datang pejabat mereka ternampak simbahan cat kuning di dinding dan terdapat empat  ekor bangkai ayam.

"Pekerja saya telah membuat laporan polis di balai polis Pudu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Ali mendakwa, pihak yang tidak bertanggungjawab itu cuba mencetuskan provokasi supaya ahli Umno bertindak balas terhadap perhimpunan Bersih yang dirancang 9 Julai depan.

Perhimpunan Bersih

Menurutnya, ia juga mungkin kerana beliau terlalu banyak mengeluarkan kenyataan menghentam perhimpunan Bersih.

Sementara itu, Pemangku Ketua Umno Bandar Tun Razak Shaharuddin Zainal Abidin pula berkata, pintu pagar pejabat dan cermin bilik komputer disimbah cat kuning.

READ MORE HERE

 

Baju kuning: 4 termasuk MP Gopeng ditangkap

Posted: 29 Jun 2011 04:44 PM PDT

Mereka termasuk Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Mereka telah dihantar ke IPD Ipoh.

Semalam, seramai 14 orang yang ditahan polis kira-kira 9.00 pagi di Pasar Sungai Siput termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang, Adun Jalong, Leong Mei Meng dan Timbalan Setiausaha PKR Negeri Perak, Tan Kar Hing.

Polis membuat penangkapan mereka dengan memberi alasan mengedar bendera Malaysia dengan memakai baju Bersih.

 

Bersih 2.0: Fahami Perlembagaan Persekutuan

Posted: 29 Jun 2011 04:41 PM PDT

"Dengan memahami Perlembagaan Persekutuan negara, orang awam boleh mengenal pasti dan sedar apabila batasan hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan telah dicabuli," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0, justeru, tangkapan ke atas mereka oleh polis adalah betul.

"Dengan adanya pengetahuan mengenai Perlembagaan Persekutuan, orang awam akan tahu bahawa kenyataan bahawa ia satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0 adalah sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang dan juga perlembagaan negara," tambah beliau.

Selain itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, orang awam akan tahu dan sedar bahawa larangan polis terhadap mereka untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 tanpa sebarang gangguan dan provokasi adalah bercanggahan kepada Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat sebagaimana yang dimaklumkan dalam satu kenyataan Suhakam baru-baru ini.

Rujuk Buku Merah dan Buku Panduan Rakyat Majlis Peguam Untuk memahami Perlembagaan Persekutuan, PAS, katanya mencadangkan agar orang awam untuk mendapatkan Buku Panduan Rakyat Perlembagaanku@MyConstitution – hasil terbitan satu kempen usaha murni Majlis Peguam untuk mendidik orang awam untuk memahami perlembagaan secara lebih mudah dan efektif.

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning Bersih manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Memandangkan pihak polis telah menerima arahan untuk meningkatkan penahanan dan crackdown terhadap sesiapa saja yang disyaki menyokong Bersih 2.0 menjelang 9 Julai, Tuan Ibrahim juga menyeru orang awam yang menyokong Bersih 2.0 untuk mengetahui hak-hak mereka sekiranya ditahan polis dengan merujuk kepada Buku Merah terbitan Majlis Peguam ketika perhimpunan Bersih 2007.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga meminta jasa baik orang awam untuk berkongsi matlumat mengenai Buku Merah dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengedarkannya dalam bentuk print, Facebook, emel dan Twitter kepada keluarga-keluarga dan rakan-rakan.

"(Ini) bukan untuk melawan polis, tapi untuk menjaga hak-hak mereka supaya tidak dicabul polis, yang terpaksa bertindak atas arahan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang masih bermimpi ngeri mengenai lautan kuning Bersih 2007," tegas beliau.

Buku Merah boleh didownload dari pautan ini:

http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=2202&Itemid=120

 

Anwar tetap sertai perhimpunan Bersih

Posted: 29 Jun 2011 04:24 PM PDT

Sambil menyatakan sokongan terhadap Bersih, beliau menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menyatakan perhimpunan itu tidak ada kena-mengena dengan elemen asing berkenaan.

Malah beliau menganggap ia hanya diada-adakan bagi mengalihkan perhatian masyarakat.

"Ini ada yang kata jadi komunis, pemberontak, menentang Agong (Yang di-Pertuan), pembiayaan dana asing, semuanya nak alihkan pandangan (daripada agenda Bersih).

"Kita tuntut pilihan raya yang bersih dan perhimpunan aman. Jadi izinkan laluan supaya orang untuk rasa (sertai perhimpunan)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Wacana Ekonomi anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di sini, hari ini.

Sebelum ini, polis telah menahan 31 individu daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj di Pulau Pinang kerana didakwa cuba menyebarkan fahaman komunis dalam mempromosikan perhimpunan haram Bersih.

Polis turut merampas beribu-ribu risalah berunsur anti kerajaan dan kumpulan itu turut membawa kemeja T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai 'kesatria' termasuk pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah.

Bersih juga dikatakan menerima bantuan dana asing bagi operasi perhimpunan haram tersebut yang antaranya dikatakan melibatkan Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman dan Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved