Selasa, 21 Jun 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Perkasa: KJ juga perlu disiasat bawah ISA

Posted: 20 Jun 2011 06:23 PM PDT

Menurut Irwan tindakan itu wajar memandangkan Khairy turut melibatkan diri dalam pertembungan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

"Jika Khairy menyarankan supaya Presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya beliau juga perlu disiasat di bawah ISA kerana mahu melibatkan diri dalam himpunan Bersih.

"Khairy bukan hakim mahupun Ketua Polis Negara yang perlu mengajar polis dan pihak berkuasa kerana mereka tahu kerja mereka. Sama ada Presiden Perkasa perlu disiasat oleh polis kerana dikatakan menghasut, terserah pada polis," katanya kepada FMT.

Sambil menyifatkan kenyataan Ibrahim  diputar belit oleh sebuah portal berita, Irwan mahu melihat berapa ramai pemuda Umno mampu dikumpulkan Khairy.

"Wira Perkasa nak tengok berapa ramai pemuda Umno di bawah Khairy dapat dikumpulkan pada 9 Julai ini," katanya seperti menyindir.

Tidak hormat Khairy

"Pemuda MCA pun tak hormat pada Khairy yang merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), sebab itu pemuda MCA menolak untuk turut serta pada 9 Julai. Sepatutnya sebagai Ketua Pemuda BN, Khairy perlu menunjukkan ketegasan dan pendirian kerana beliau menang pilihan raya atas tiket Umno-BN," katanya.

READ MORE HERE

 

PAS S’gor siap 50,000 ahli, amaran kepada Perkasa

Posted: 20 Jun 2011 03:52 PM PDT

Menurut Setiausaha PAS negeri yang baru Mohd Khairuddin Othman, PAS Selangor mempunyai 72,000 ahli  dan dijangka akan menurunkan 50,000.

"PAS Selangor akan turun paling kurang  50,000 orang ahli  dalam himpunan Bersih,"katanya  dalam sidang media pertama selepas pelantikan kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri yang baru.

Mohd Khairuddin turut memberi peringatan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar tidak mengwujudkan provokasi ketika himpunan yang diadakan serentak pada 9 Julai ini.

Beliau turut menasihatkan agar anak-anak buah  Datuk Ibrahim Ali menjaga tingakah laku sepanjang himpunan diadakan.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno masing-masing akan mengadakan himpunan yang sama pada hari tersebut.

"Perkasa jangan cuba buat provokasi, jangan anggap orang yang turun ke jalanan adalah orang tidak bertamadun.

"Berdasarkan sejarah, demonstrasi yang dianjurkan PAS tidak pernah berlaku kekecohan dan pada himpunan Bersih yang lalu ia berjalan dengan aman dan tidak ada satu pasu pun yang pecah.

Perkasa tidak ramai

"Perkasa ini tidak ramai, mereka hanya cakap…kita tunggu dan lihat nanti dan saya minta Perkasa jaga ahli dan disiplinkan ahli dulu," katanya.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

Menurutnya, ahli PAS yang turun menyertai himpunan Bersih 2.0 tidak perlu bimbang sekiranya ditahan kerana pihaknya akan menyediakan khidmat guaman.

READ MORE HERE

 

Amaran pada Perkasa, Pemuda PAS jadi perisai

Posted: 19 Jun 2011 07:31 PM PDT

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor menegaskan, Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0 sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara.

DPPP, katanya kesal dengan risalah perkauman yang diedarkan Perkasa yang menyebut "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya".

"Ini sudah melampau dan jelas satu penghinaan kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan kaum lain," tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

DPPP juga, ujarnya kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tionghua supaya membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan kerana Perkasa akan lakukan apa sahaja bagi menghentikannya.

"Mereka mahu lakukan apa? Pukul orang India, pecah rumah dan kedai orang Cina? Bakar rumah ibadat? Atau pijak kepala babi dan lembu di Dataran Merdeka?" soalnya.

Soalnya lagi, siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat.

Tambahnya, apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu kerana negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman.

Katanya, DPPP yakin bahawa Perkasa bekerja untuk Umno yang kini terdesak untuk menahan asakan Bersih 2.0.

Mereka, ujarnya memperkudakan Ibrahim dan ahli mereka dalam Perkasa untuk mewujudkan suasana huru hara.

Menurutnya, Perkasa cuba mengumpan supaya pihak polis membuat tangkap awal termasuk mengunakan akta ISA, malah mereka cuba mencabar polis untuk menangkap pemimpin mereka sendiri sebagai korban untuk menunjukkan keadilan polis dalam bertindak, walhal yang mahu membuat huru hara adalah pelampau Perkasa sendiri.

Beliau berkata, DPPP melihat Perkasa cuba untuk mewujudkan 13 Mei kedua, mereka mahu Operasi Lalang berulang.

Tambahnya, ugutan-ugutan ekstrim mereka menunjukan bahawa mereka memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak polis.

"Kenapa pihak polis berdiam bila Perkasa membuat ugutan?" tanya beliau.

Beliau mengharapkan polis tidak menutup mata dan telinga hanya kerana Perkasa melaungkan slogan yang kononnya mahu membantu Menteri Dalam Negeri di dalam menghadapi Bersih 2.0.

Pemuda PAS, katanya memberikan jaminan kepada orang-orang Melayu dan bukan Melayu bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman dan selamat.

Beliau mengingatkan semua peserta dilarang membawa sebarang senjata atau melakukan kerosakan dan provokasi.

Menurutnya, peserta Bersih 2.0 yang akan hadir diminta menghormati peniaga dan penduduk Kuala Lumpur serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan berlangsung.

"Ayuh semua rakyat, semua anak muda. Jangan hirau, jangan takut pada pelampau Perkasa.

"Tunjukan kuasa rakyat, bersama kita perkukuhkan desakan rakyat untuk memastikan Pilihanraya Bersih dan Adil dilaksanakan di negara ini," katanya.

 

Perkasa bakar gambar Ambiga, amaran kepada kaum Cina, pembunuhan beramai ramai

Posted: 19 Jun 2011 02:08 AM PDT

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

"Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Dalam ucapan di hadapan penyokongnya termasuk kalangan Cina dan India, Ibrahim berkata Himpunan Bersih 2.0 diadakan kerana gerakan itu mempunyai agenda untuk menumbangkan kerajaan sedia ada dengan mengambil inspirasi daripada apa yang berlaku di Timur Tengah.

"Kita tahu tujuan mereka turun ke jalanan, kumpulan ini mahu menimbulkan huru-hara dalam negara, kalau dulu peristiwa 13 Mei (1969) negara diisytiharkan darurat dan Tun Abdul Razak (Hussein) dilantik sebagai ketua negara sementara dan jika ia berlaku nanti adakah perkara sama akan berlaku?

"Sebab itu kita tidak boleh berdiam diri, kita tahu orang Cina mengutamakan perniagaan... kita tidak mahu himpunan 9 Julai yang mereka buat ini menunjukkan mereka dapat restu daripada rakyat, kita bertegas dalam perkara ini dan kita bukan mahu melakukan provokasi," katanya.

Malah dalam ucapan pelancaran, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa Ambiga sebagai ejen Yahudi.

"Kita tentang Ambiga bukan sebab dia India tapi sebab dia jahat, Melayu jahat pun ada... Melayu yang jahat juga kita marah.

"Siapa Ambiga? Saya percaya dia adalah ejen Yahudi... siapa dia puan guru Ambiga ini," katanya.

Selain mengecam penganjuran himpunan Bersih 2.0, turut diedarkan risalah yang berbentuk serangan peribadi terhadap Ambiga dengan perkataan "Awas!!! Ambiga, wanita Hindu yang merbahaya.

"Kita sedang berhadapan dengan seorang wanita Hindu bernama Datuk Ambiga Sreevanesan (cehh... anti Islam ini pun boleh dapat Datuk) yang sangat anti kepada Melayu dan Islam yang akan mengetuai perhimpunan Bersih yang kotor sebenarnya.

Penyokong Perkasa mengambil bahagian dalam majlis pelancaran Gerakan Aman 9 Julai di Kuala Lumpur hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
"Wanita Hindu ini adalah pembela kepada kes Lina Joy yang ingin murtad. Beliau selalu membabitkan diri dalam isu-isu murtad kalangan orang Islam, malah beliau semasa menjadi presiden Majlis Peguam sangat agresif menyerang kerajaan BN (Barisan Nasional) kerana diterajui oleh orang Melayu," kata risalah itu.

Kata Ibrahim, pihaknya akan menggerakkan 20 bas dari setiap negeri pada 9 Julai ini untuk membantah Himpunan Bersih 2.0.

"Percayalah hanya segelintir orang Cina dan India akan sertai Himpunan Bersih 2.0 itu nanti, yang ramai ialah orang-orang Melayu... agenda himpunan ini bukan hendak menuntut satu pilihan raya yang bersih tapi agenda utama untuk menghuru-harakan negara seperti mana yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan beberapa negara lain.

"Mereka kata pilihan raya tidak adil tapi pada 2008 mereka tawan empat negeri, menang 82 kerusi Parlimen, kalau mereka kata ini tidak adil saya cabar mereka letak jawatan masing-masing dan kita adakan semula pilihan raya," katanya.

Selain Perkasa dan Bersih, Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan pada hari tersebut.

Tegas Ibrahim, himpunan anti-Bersih tidak akan bergabung dengan Pemuda Umno sambil berkata "tidak mahu digelar sebagai himpunan parti politik."

"Kita tidak akan bergabung dengan Pemuda Umno, kita ini adalah NGO bukan parti politik dan kita mahu bergerak atas tiket NGO.

"Ini keputusan kita, kita hanya bergerak atas NGO bukan parti politik," katanya sambil menambah tindakan Bersih turun ke jalanan bukan kebebasan bersuara yang sebenar.

Turut hadir dalam pelancaran itu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkefli Noordin dan bekas timbalan menteri penerangan Datuk Khalid Yunus.

Ditanya soal permit, Ibrahim menegaskan jika Himpunan Bersih 2.0 diadakan tanpa permit, maka pihaknya juga akan berhimpun tanpa permit.

"Jika Bersih tidak memohon permit kita juga akan lakukan perkara sama, kalau Bersih mempunyai permit kita juga akan mohon permit," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved