Isnin, 6 Jun 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Keperluan PAS bertanding di kawasan campuran

Posted: 05 Jun 2011 06:09 PM PDT

Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Jofri Jaraiee berkata,  PAS sepatutnya diberi peluang bertanding dalam kawasan yang berbilang kaum dan jangan hanya bertumpu di kawasan Melayu Islam sahaja.

"Rakan dalam Pakatan seharusnya sama-sama memberi sokongan dan kerjasama dalam usaha ini lebih-lebih lagi dalam negeri Sarawak yang masyarakatnya berbilang kaum.

"Kita mahu membuktikan yang Pakatan Rakyat ini betul-betul Pakatan yang bukan perkauman dan ekstrimis seperti dakwaan BN," kata Jofri dalam satu kenyataannya.

Sebelum ini, PAS Miri dalam muktamarnya meluluskan usul agar Parlimen Miri, Sarawak ditandingi oleh PAS. (Gambar fail: PAS Miri bersama-sama memberikan sokongan penuh kepada calon PKR Senadin dalam PRN Sarawak lalu)

Miri adalah kawasan yang paling kuat PAS di Sarawak setelah sekian lama bertapak di negeri itu.

Dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, pada mulanya PAS diperuntukkan kerusi Dun Senadin, Miri namun ia berubah di saat akhir apabila pertukaran kerusi dibuat.

DAP telah menang dua kerusi di Parlimen Miri manakala PKR hanya kalah 57 undi di Dun Senadin.

Dalam pilihanraya umum 2008 PAS hanya bertanding satu kerusi iaitu Batang Lupar namun kalah.

Untuk pilihan raya umum akan datang, PAS Miri memohon supaya PAS bertanding di Parlimen itu.

Bagi Haji Jofri, PAS sepatutnya menggunakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai jambatan atau perhubungan antara kaum. PAS juga perlu membuktikan bahawasanya PAS boleh diterima oleh semua golongan tanpa mengira kaum, agama dan juga fahaman politik

PAS boleh mengembangkan pengaruhnya ke semua kawasan bandar dan luar bandar sekiranya peluang yang ada digunakan sebaik mungkin seperti memberi penerangan kepada orang Islam dan bukan Islam tentang keadilan dan kebaikan dalam Islam yang mereka perolehi sekiranya diberi peluang memerintah Malaysia.

"PAS dan Pakatan Rakyat harus berhati-hati dengan propaganda Umno/BN, mereka berusaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat agar usaha kita untuk menawan Putrajaya akan menemui kegagalan," katanya.

Bagi beliau, Pakatan Rakyat harus belajar dari kesilapan dan kegagalan Pakatan Rakyat Sarawak semasa pilihanraya umum negeri Sarawak yang lalu dimana usaha BN berjaya menggagalkan usaha Pakatan menawan Sarawak dengan menghasut dan mengadu domba Pakatan Rakyat seperti kononnya salah sebuah parti dalam komponan Pakatan Rakyat ditaja oleh BN.

"Apabila  sesetengah daripada kita terpengaruh dengan hasutan BN maka berlakulah perebutan kerusi dan akhirnya Pakatan Rakyat Sarawak gagal untuk menawan Sarawak disebabkan mendengar atau terpengaruh dengan hasutan dan propaganda BN.

"Sekarang mereka berusaha lagi untuk menghancurkan perpaduan Pakatan Rakyat dengan mengadu domba parti-parti dalam Pakatan," katanya.

 

Raja Petra mahu kerjasama dengan PAS

Posted: 04 Jun 2011 06:24 PM PDT

Ini ekoran keyakinan MCLM pada barisan kepimpinan baru PAS yang dilihat akan memandu parti Islam itu mencapai matlamat menentang nilai negatif dalam politik negara.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan maksud untuk memulihkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua Rakyat Malaysia," kata pergerakan itu.

Dalam kenyataan bersama pengerusinya Raja Petra Kamarudin (atas) dan Presiden Haris M Ibrahim hari ini, mereka mengucapkan tahniah kepada yang menawarkan harapan besar untuk Rakyat.

"Kami yakin saf kepimpinan baru ini akan memandu PAS mencapai matlamat yang dianjurkan dalam pesanan Presiden parti dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar untuk memperkuatkan gabungan Pakatan Rakyat," kata pergerakan itu.

Pergerakan itu menyambut baik kenyataan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya yang menegaskan komitmen terhadap Pakatan dan sedar bahawa "masyarakat majmuk adalah sebahagian daripada seruan politik dalam Islam".

MCLM juga menyambut baik penekanan PAS untuk membersihkan politik dari perkara menjijikkan seperti rasuah, politik wang, fitnah, perkauman, penipuan dan segala macam hal yang memalukan.

Bagi mereka mesej tegas Hadi itu disokong oleh perwakilan yang tergambar dalam keputusannya apabila Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden dan apabila Salahudin Ayun, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz omar menang bertanding jawatan masing-masing.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved