Ahad, 5 Jun 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Implikasi Pemilihan Golongan Liberal Terhadap Pas

Posted: 04 Jun 2011 05:23 PM PDT

Berbeza daripada pergerakan Islam yang berkecuali dan non-partisan, Pas, awal dan akhir, adalah perjuangan politik partisan.

Justeru itu, Presidennya, Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulamanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah ahli politik.

Hakikat bahawa mereka ulama adalah kebetulan dan bukan hal pokok. Kerjaya harian mereka ada sebagai ahli politik.

Di Malaysia, bukan mereka sahaja ulama. Ada ramai lagi ulama, tetapi mereka tidak terkenal dan tidak menjadi idola kontemporari kerana kegiatan harian mereka tidak banyak mendapat pendedahan media.

Hari ini, ahli politik bukan sekadar pemimpin masyarakat, tetapi juga selebriti. Mereka sama naik dengan bintang filem dan dikenali bukan semata-mata kerana mereka berwibawa, tetapi tidak kurang pula kerana mereka popular.

Kalau diikut pengertian lama dan semantik asal, seseorang atau sesuatu yang popular tidak semestinya berwibawa dan bermutu. Politik dulu kala membezakan antara pemimpin popular dengan yang berwibawa.

Jadi saya tidak melihat keputusan pemilihan pucuk pimpinan Pas bagi tempoh 2011-2013 sebagai luar dugaan. Namun saya tidak menolak pemilihan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden sebagai perkembangan menarik.

Hakikat beliau mengalahkan penyandang, Nasharuddin Md Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man adalah penting. " Dalam sistem pemberian nama (nomenclature) Pas, Nasharuddin dan Tuan Ibrahim adalah "ustaz" manakala Mohamad Sabu hanya "haji" biasa.

Nasharuddin dan Tuan Ibrahim dilihat oleh kawan dan lawan sebagai berwibawa, tetapi Mohamad Sabu tidak syak lagi seorang yang popular. Dalam litar ceramah politik, beliau adalah selebriti – pemidato hebat yang boleh membuat khalayak gelak terbahak-bahak sampai senak perut dengan kelucuannya. Berikanlah apa pun tajuk, beliau boleh memintalnya menjadi parodi.

Mungkin gabungan Abdul Hadi, seorang "tuan guru" mengikut "nomenclature" Pas, Mohamad Sabu seorang "haji" biasa dan Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang "tok guru" di tangga tertinggi kepemimpinan parti itu menjadinya lebih "lengkap" berbanding kepemimpinan di mana semua jawatan tertinggi dipegang oleh "ustaz".

Mungkin benar kata Mohamad Sabu selepas kemenangannya bahawa kepemimpinan baru Pas berharap dapat membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menjinakkan lagi orang bukan Islam terhadap Pas.

Namun begitu, adalah kurang tepat melabelkan golongan bukan ulama ini sebagai "Erdogan". Malah bercanggah langsung dengan Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyib Erdogan. Dalam politik sekular Turkey yang menyekat kebebasan Islam, Erdogan ada reformis Islam. Dia mencabar dasar sekular dan mahu Islam memainkan peranan lebih penting.

Rasa-rasanya, pendirian Erdogan lebih mirip kepada para ulama Pas, sedangkan Mohamad Sabu dan tiga naib presidennya – Salahuddin Ayub, Husan Musa dan Mahfuz Omar – adalah "reformis" yang cuba menonjolkan imej moden, terbuka dan bertoleransi.

Soalnya, sejauh manakah pemilihan Mohamad Sabu dan kekalahan Nasharuddin serta penyertaan lebih ramai pemuka muda aliran bukan agama akan mempengaruhi dasar dan pendekatan Pas?

Dasar pokok Pas daripada aspek deklarasi seperti Islam, Syariah, Hudud dan Negara Islam tidak akan berubah. Ini adalah lambang yang memberikan legitimasi kepada kelangsungan Pas sebagai parti Islam.

Tetapi pendekatannya telah dan akan terus berubah. Pas akan mengekalkan slogan Negara lslam tetapi akan berdolak-dalik mengenainya bergantung kepada suasana politik, tempat dan masa. Di permulaan muktamar yang baru berakhir, Abdul Hadi berkata masanya belum tiba bagi melaksanakan Negara Islam.

READ MORE HERE

 

A Love Song for Altantuya...

Posted: 04 Jun 2011 04:41 PM PDT

It was an inspired move on the part of SUARAM, because no serious investigation would have been possible in Malaysia, where the defence minister involved in these shady deals has now been promoted to prime minister. Everybody knows all law enforcement agencies in Malaysia are under the direct control of the executive - specifically the prime minister's department and the home ministry. The present home minister happens to be Najib Razak's boorish cousin, Hishammuddin Hussein.

The shadow of unavoidable suspicion still dogs Najib Razak's every step. None of this would have become front-page news had it not been for the gruesome murder of 28-year-old Mongolian beauty, Altantuya Shaariibuu, on 20 October 2006 - who was shot twice in the head and her body blown to smithereens with military-grade C4 explosives in a forested area known as Puncak Alam, near Kuala Lumpur.

Two police officers attached to the Unit Tindakan Khas (Special Action Unit) who, at the time of the murder, had served as personal bodyguards to Najib Razak and his wife Rosmah Mansor, were charged with the macabre murder of the Mongolian woman and found guilty in April 2009 after a ponderous and farcical trial during which both the defence and prosecution took extraordinary pains to keep Najib Razak and his security chief Musa Safri from testifying.

Najib's close friend Abdul Razak Baginda, a special advisor to the defence ministry, was deeply involved in the submarine purchase. He was arrested in connection with the Altantuya murder and admitted in an affidavit that she had been his mistress for a couple of years and that she had served as a translator during the negotiations in Paris. Trial judge Zaki Yasin acquitted Abdul Razak Baginda, who swiftly relocated to the U.K. with his family.

The faces of the two policemen sentenced to death have never been revealed to the public, as the judge allowed them to cover their heads throughout the prolonged trial. Najib Razak swore on the Koran in August 2008 that he had never met "that Mongolian woman." He did not mention her by name.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved