Malaysia Today - Your Source of Independent News |
Mana surat pemecatan saya? – Jayagopal Posted: 27 May 2011 04:48 PM PDT "Parti (PKR) tidak beri surat kepada saya. Mengapa tidak beri surat? Kerana mereka takut jika saya membawa surat itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS). "Saya terima surat yang ditandatangani bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim pada 2009 yang mengatakan saya bukan ahli PKR. "Ini surat apa? Saya yang tubuh PKR Pokok Sena dan parti mengesahkan saya ahli parti. Mengapa dia kata saya bukan ahli parti. "Saya dipecat kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil (PRU) Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau pada April 2009? "Tetapi tidak ada sekeping surat pemecatan dihantar kepada saya, Saya tahu, Dr Syed Husin Ali, timbalan presiden PKR waktu itu buat sidang akhbar memberitahu pemecatan saya tetapi surat tidak diberi kepada saya," katanya ketika dihubungi hari ini. Tindakan lanjut Rajagopal membawa perkara itu kepada ROS untuk tindakan lanjut. Pada 9 Mei lalu, ROS menghantar surat kepada PKR menyatakan pendaftaran parti itu boleh dibatalkan kerana memecat Jayagopal tanpa disoal siasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin PKR. Surat itu ditandatangani oleh Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman. Bagaimanapun, dalam jawaban balas, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jayagopal dipecat melalui keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada mesyuarat bertarikh 26 April 2009 kerana bertanding dalam PRK Dun Bukit Selambau sebagai calon bebas.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan