Selasa, 31 Mei 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Tan Sri Muhyiddin, Kami sedia tanggung beban...

Posted: 30 May 2011 12:56 PM PDT

 

  • GERIK, 29 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditanggung kerajaan sekiranya jumlah yang sedia ada meningkat ke paras yang lebih tinggi dan melampaui kemampuan kerajaan.

    Beliau berkata kerajaan mempunyai tahap keupayaan untuk menanggung jumlah subsidi yang meningkat, bagaimanapun jika peningkatan harga minyak dunia melonjak ke paras yang lebih tinggi, berkemungkinan kerajaan tidak mampu lagi menanggung jumlah subsidi yang begitu besar dan rakyat perlu bersedia untuk menanggung sebahagian kos itu.
                                                                           
                                                        
Kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,
 
Wahai YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ketahuilah bahawa rakyat 1Malaysia sudah lama bersedia untuk bersama-sama memikul bebanan kenaikan harga petrol jika harganya naik lagi seperti yang Tan Sri war-warkan. Sejak sekian lama kami semua menerima sahaja kenaikannya walaupun ada di antara kami yang dulu mampu berkereta ke pejabat kini terpaksa bersesak-sendat dalam bas rapidKL, LRT dan KTM Komuter. Ketahuilah bahawasanya kami telah lama bersedia. Kami telahpun buktikan dengan pengorbanan kami menelan sahaja apa yang kerajaan mahu kami telan. Kenaikan harga petrol kami telan, kenaikan harga gula juga kami telan. Semalam Tan Sri meminta kami bersiap sedia untuk menelan lagi kenaikan baru harga petrol. Pasti enak rasanya untuk kami telan lagi.

Kami bersedia sahaja demi kerajaaan yang kami sayang. Minta kami bayar cukai pendapatan kami turutkan. Apa lagi wahai Tan Sri? Pohonlah apa sahaja akan kami tunaikan. Akan kami telan sampai kami muntah darah, semuanya kerana Malaysia. 

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/05/petrol-naik-minyak1.jpg 

Cuma kali ini kami ada satu sahaja permintaan. Selepas banyak permintaan kerajaan kami telan, kami cuma nak minta satu sahaja. Cuma satu sahaja yang kami minta, dan kami takkan minta apa-apa lagi kalau permintaan kami yang satu ini dapat Tan Sri dan kerajaan BN tunaikan. Kami berjanji jika permintaan yang satu ini dapat Tan Sri penuhi, undi kami memang kami janjikan untuk Barisan Nasional.

Cuma 1 yang kami minta, hentikan segala bentuk pembaziran daripada yang duit cukai yang telah kami bayar dan yang kami amanahkan kepada kerajaan untuk menggunakannya untuk tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Duit cukai yang kami bayar ini bukan untuk subsidi kepada IPP atau menyelamatkan projek-projek kroni sehinggakan subsidi untuk rakyat pula TERPAKSA ditarik balik. Tan Sri kata subsidi petrol yang diperuntukkan oleh kerajaan adalah RM10 billion tetapi kini telah mencecah RM18billion, tetapi kami pelik kenapa subsidi untuk IPP RM19billion tidak ditarik balik? Mereka ada membayar cukai ke? Kami bayar! Mereka menikmati subsidi daripada duit rakyat sebanyak RM19billion tetapi masih mampu menjana keuntungan. Kami juga yang menanggung rugi. Jika sudah untung banyak untuk apa lagi dibayar subsidi? Adakah ini bukti Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan? 

Memang ada perjanjian ditandatangani antara kerajaan dengan IPP tetapi kita semua tahu ianya berat sebelah kerana kepentingan rakyat bukan keutamaan semasa menandatangani perjanjian tersebut. Samada ia kesilapan teknikal atau disengajakan hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Jika kerajaan sedar ianya berat sebelah mengapa tidak dibawa ke meja rundingan semula?. Pengusaha IPP juga rakyat Malaysia, mereka juga manusia. Bawalah ke meja rundingan, perjanjian itu ciptaan manusia dan ia boleh diubah jika kedua belah pihak bersetuju. Malangnya kami tidak nampak usaha yang telus dilakukan untuk membatalkan perjanjian tersebut. Jika hal pertelingkahan ideologi politik boleh diheret ke mahkamah mengapa hal yang melibatkan kepentingan rakyat tidak boleh dipertahankan?

Bukan ini saja... banyak lagi pembaziran yang berlaku. Jika semua pembaziran ini dapat diberhentikan maka kami dengan rela hati akan menelan kenaikan harga petrol kali ini dan juga kenaikan-kenaikan pada masa hadapan serta kami berikrar dan berjanji undi kami akan sentiasa untuk Barisan Nasional. Antara pembaziran yang kami maksudkan (cuma sebahagian):-

1. RM500juta komisen kapal selam kepada Perimekar sepatutnya disalurkan kepada pembangunan rakyat.
2. RM111juta utk PERMATA di bawah First Lady of Malaysia Office (perlukah semua ini sedangkan isteri PM yang terdahulu tidak pun memerlukannya)
3. RM50juta untuk pembangunan email 1Malaysia
4. RM50sen dibayar oleh agensi kerjaan bagi setiap email yang dihantar kepada 27juta rakyat Malaysia
5. Ketelusan dalam pembahagian peruntukan Ahli Parlimen. Peruntukan untuk Parlimen Pembangkang tidak disalurakan. Ianya adalah duit cukai rakyat yang diperlukan untuk menbangunkan kawasan tersebut untuk kesejahteraan rakyat. Ianya bukan duit BN.
6. .....

Kami keliru kerana kami dihantar ke sekolah kerajaan supaya kami menjadi cerdik pandai, agar kami boleh membantu menbangunkan negara Malaysia. Kenapa apabila kami bersuara, pendapat kami dibangkang buah fikiran kami dinafikan.

Read more at:  http://ikhlasmalaysia.blogspot.com/2011/05/tan-sri-muhyiddin-kami-sedia-tanggung.html

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved