Jumaat, 6 Disember 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Dr Asri dan Ummi Hafilda setuju muzakarah Umno-PAS

Posted: 04 Dec 2013 08:51 PM PST

Namun, jelas beliau, kedua-dua parti politik itu tidak harus disatukan.

"Saya setuju, tetapi bukan asimilasi kedua-dua parti politik.

"Kedua-dua parti harus kekalkan identiti parti masing-masing tetapi berkerjasama untuk kebaikan agama Islam di Malaysia," katanya sebelum beliau bergegas masuk ke Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi mengikuti sesi perdebatan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini bukan kali pertama Dr MAZA menyuarakan sokongan beliau keatas muzakarah antara Umno dan PAS.

Di dalam blognya yang bertarikh Mei 20 tahun lalu, Dr MAZA berkata beliau menyokong hasrat ini sejak lama lagi.

"Berdialog, berbincang, berunding, cuba memahami antara satu sama lain adalah perlembagaan manusia bertamadun.

"Kedua parti besar itu mewakili rakyat kita yang sudah dan ingin bertamadun, maka adalah patut untuk mereka menzahirkan manifestasi ketamadunan itu dalam bentuk mampu berbincang apabila ada keperluan," jelasnya

Sementara itu, adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali berkata sudah sampai masanya untuk kedua-dua parti politik terbesar Melayu dan Islam di negara ini untuk bermuzakarah untuk kebaikan agama Islam.

"Apa yang penting adalah perpaduan ummah di negara kita walaupun mungkin kedua-kedua parti ini berbeza pendapat.

"Namun, Umno dan PAS harus berbalik kepada asas untuk mengeratkan ukhwah diantara orang Islam di negara kita," jelasnya kepada FMT apabila ditemui di luar Dewan Merdeka PWTC hari ini.

Ummi turut menegaskan bahawa Umno merupakan parti yang relevan dalam setiap keadaan dan merupakan tunjang perjuangan bangsa dan negara walaupun sering diserang oleh pembangkang dalam pelbagai isu. 

 

Jodoh Ustaz Kazim dengan Umno

Posted: 04 Dec 2013 08:45 PM PST

Jika keputusan drastik itu dibuat semata-mata kerana ALLAH atas kepercayaan perjuangan Umno sebenarnya jauh lebih Islamik dan ganjarannya di akhirat kelak.  


Sekiranya ganjaran yang dibayangkan berbentuk material – jawatan tertentu, projek atau kewangan – maka terpaksa juga mereka berfikir masak-masak sama ada ia berbaloi berbanding dengan maki hamun, cacian dan fitnah yang mengiringi keputusan untuk berpaling tadah.

Sebenarnya puak tertentu yang buat fitnah bukannya tak faham hukum-hakam. Mereka berpegang pada hukum kalau si polan atau sesuatu kumpulan tidak bersama mereka bererti orang itu adalah musuh harus diperangi. Contohnya pendakwah tersohor Ustaz Kazim Elyas  tampil menyertai Umno. 

Mereka terlupa dakwah Islamiyyah boleh dibuat melalui pelbagai kaedah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu contoh baik) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka." 

Pendekatan Ustaz Kazim jauh berbeza.  Baru-baru ini dia ditawarkan jawatan dalam MT Umno tetapi pada saat-saat akhir, beliau memilih menolaknya. 
 
Ustaz Kazim tak macam ustaz lain yang sekadar bercakap mendaulatkan lslam. Contohnya beliau secara sendirian menubuhkan Pusat Pendidikan AlBarakkah — pusat pendidikan lslam tersohor di Perak. 
 
Ustaz Kazim macam orang lain meminati politik tetapi bermula dengan langkah menyertai Pas. Tetapi jodoh dengan parti itu tak lama apabila pada 14 Mei, 2011 dipecat kerana didakwa menjadi duri dalam daging. 
 
Sama ada disengaja ataupun tidak Pas menyembunyikan soal pemecatan sehinggalah disahkan oleh Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, baru-baru ini.

Sindiran Ustaz Kazim ketika berceramah tidak  menyebut nama atau organisasi tertentu. Pendek kata ceramahnya tidak menyebut pun nama Pas. Kiasan yang dibuat lebih pedas dari sebiji cili padi kadangkala turut terkena tempias pada para pemimpin Umno sendiri. 

Kebijaksanaannya ialah tidak pernah ungkit kisah lama dalam Pas dan tidak menyanjung Umno dan pemimpinnya secara over walaupun ceramah kerap diadakan di pekarangan kediaman rasmi MB Perak Dr Zambry Abd Kadir. 

Fenomena yang dilalui rakyat Malaysia hari ini dengan kemunculan Ustaz Kazim yang dibayangi ulama pro Pas meresahkan puak-puak ini. Mereka walau ramai dan sering dengan jubah labuh dan serban besar tetapi seorang ustaz macam Ustaz Kazim, kadangkala sekadar bersongkok, ibarat 100 yang menyokong Pas. 
 
Usahlah cemburu jika Ustaz Kazim jauh lebih popular daripada mana-mana penceramah agama mereka yang berstatus selebriti yang menyokong puak sebelah sana. Ustaz Kazim tidak mengutip dana untuk tabung poket melainkan dana yang diterima untuk kegunaan pusat pendidikannya.
 
Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved