Selasa, 3 Disember 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Khalid tetap membisu sama ada cabar Azmin dalam pemilihan PKR

Posted: 02 Dec 2013 10:48 PM PST

"Perkara itu tidak pernah kita bincangkan di khalayak ramai dan saya rasa parti kita perlu mempunyai tata tertib dan membuat pengumuman apabila kita perlu untuk mengumumkannya," katanya ketika ditanya mengenainya selepas merasmikan Forum Masyarakat Ekonomi Asean (AEC) 2015 anjuran SSIC Bhd di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan mencabar Mohamed Azmin jika ada permintaan, beliau juga enggan mengulas.

Abdul Khalid turut menafikan bahawa kritikan Mohamed Azmin mengenai pengumuman kenaikan gaji dan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Speaker dan Timbalan Speaker minggu lepas yang dikatakan tinggi, ada kaitan dengan pemilihan akan datang.

Sebelum ini, hubungan di antara Abdul Khalid dan Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC) Selangor digambarkan pihak tertentu sebagai tidak begitu 'mesra' apabila Mohamed Azmin sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved