Ahad, 1 Disember 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Anwar cadang gaji ADUN Selangor dipotong

Posted: 30 Nov 2013 03:39 PM PST

Katanya, cadangan itu dibuat memandangkan kenaikan berkenaan telah diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pemotongan tersebut merupakan antara mekanisme terbaik yang boleh dilakukan setakat ini.

Bagaimanapun tegasnya, pemotongan itu hanya akan melibatkan ADUN-ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan diputuskan dalam mesyuarat parti minggu hadapan.

"Saya telah mencadangkan kepada Menteri Besar supaya dipotong RM1,000 atau 20 peratus dari jumlah kenaikan itu dan disalurkan kepada Tabung Pendidikan negeri.

"Melalui perbincangan awal ini, Abdul Khalid menunjukkan persetujuan, namun kita akan mengadakan perbincangan lanjut terhadap isu ini dalam menentukan mekanisme terbaik yang boleh digunakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Dialisis CAT Kerajaan Negeri di Pasar Awam Balik Pulau di sini hari ini.

Anwar dalam pada itu menambah, cadangan pemotongan berkenaan buat masa ini tidak melibatkan ADUN-ADUN lain dalam pakatan pembangkang iaitu Pas dan DAP.

"Kita mulakan dengan ADUN PKR dan selepas ini perbincangan lanjut akan diadakan bersama pimpinan Pas serta DAP," jelasnya.

Rabu lalu, Sidang DUN Selangor meluluskan kenaikan gaji kesemua 56 ADUN di negeri itu berkuat kuasa 1 Januari depan dengan Timbalan Speaker DUN bakal menerima kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 373.3 peratus.

Selain Anwar, Timbalan Presiden PKR yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali turut menyuarakan pandangan sama dan meminta supaya kenaikan itu dinilai semula.


DAP mahu PR NS kenalpasti calon MB

Posted: 30 Nov 2013 01:41 PM PST

Bercakap dalam Konvensyen DAP Negeri Sembilan penggal ke-16 di Seremban, lewat petang semalam, Loke berkata pada PRU-13, Pakatan Rakyat telah berjaya menyakinkan majoriti pengundi di kawasan bandar seperti yang ditunjukkan dalam keputusan yang kita perolehi.

"Namun, kami menerima hakikat bahawa faktor ketakutan yang dibangkitkan oleh Umno terhadap masyarakat Melayu melalui isu perkauman yang dimainkan masih begitu berkesan di kawasan luar bandar sehingga PAS dan PKR sukar menembusi kerusi-kerusi yang ditandingi oleh Umno.

"Umpamanya, ada di kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang termakan dengan propaganda Umno kononya orang Melayu akan kehilangan kuasa politik sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan dan pemimpin bukan Melayu DAP akan merampas kuasa Melayu termasuk saya akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Rakyat menang.

"Sebelum PRU-13 pun telah berkali-kali saya mengulangi pendirian DAP bahawa kita tidak menolak kuasa politik Melayu.

"Yang DAP dan Pakatan Rakyat ingin tolak ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang rakus kuasa dan rasuah. DAP akan tetap mendokong peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan bahawa jawatan Menteri Besar akan disandang orang seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Melayu yang beragama Islam. Pendirian DAP dalam hal ini tetap sama dan tidak berubah.

"Untuk menangkis tohmahan dan penipuan yang terus dilemparkan oleh Umno dan BN, Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah dan strategi yang lebih berkesan untuk menyakinkan masyarakat Melayu bahawa masa depan seluruh rakyat Malaysia akan lebih baik dan terjamin di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kerana dasar yang kita perjuangkan ialah untuk kesejahteraan rakyat dan bukannya untuk sebilangan kecil golongan yang terpilih.

"Justeru itu, saya menyokong penuh cadangan oleh Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, supaya sebuah Majlis Strategik Pakatan Rakyat ditubuhkan segera untuk memulakan langkah untuk persiapan menghadapi PRU-14.

"Satu strategi yang sangat penting untuk Negeri Sembilan ialah Pakatan Rakyat perlu mengenalpasti, memutuskan dan menampilkan calon Menteri Besar kita sekurang-kurangnya dua tahun sebelum PRU-14," kata Loke.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved