Rabu, 6 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Karpal tak faham perjuangan PAS

Posted: 05 Nov 2013 03:04 PM PST

Ini ekoran daripada saranan Karpal yang menyatakan parti politik berteraskan kaum dan agama patut dibatalkan atau diubahsuai agar boleh disertai semua rakyat tanpa sempadan kaum dan agama semalam.

Selain dari menyatakan bahawa kenyataan Karpal itu tidak berasas, beliau turut bertanya apakah bahayanya perjuangan Pas bagi masyarakat majmuk di Malaysia.

"Nilailah sendiri pada Pas yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim.

"Adakah ada golongan yang bukan Islam yang disisihkan? Karpal sepatutnya mengemukakan fakta, bukan mengeluarkan kata-kata ikut sedap hati" katanya melalui satu siaran media.

Tuan Ibrahim menambah kenyataan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam suasana rakyat menolak Barisan Nasional (BN) dan mulai yakin dengan kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Beliau sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini. Kenyataan sebegini juga merugikan DAP secara amnya," tambahnya lagi.

Apabila dihubungi hari ini, Tuan Ibrahim ternyata kecewa dengan saranan Karpal itu.

"Memang tak patut la parti kawan sendiri (DAP) minta kita dibatalkan. Mungkin pada asalnya hanya menyentuh parti berteraskan kaum, tapi bila ianya melibatkan agama, Pas turut dilibatkan," katanya melalui perbualan telefon.

Beliau turut mengingatkan yang sifat agama itu sendiri menjadikannya sesuai dalam konteks Malaysia.

"Agama ini bersifat penyatuan sebenarnya, bukannnya memisahkan," katanya lagi.

Tuan Ibrahim dilihat bersifat diplomatik apabila ditanya adakah saranan Karpal telah meretakkan hubungan diantara kedua-dua parti komponen PR itu.

"Secara peribadi, hubungan itu masih dipelihara dan belum sampai meretakkan hubungan…tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki terutamanya dari segi mengeluarkan kenyataan," katanya.

Beliau menambah bahawa Pas menganggap perkara ini adalah urusan dalaman DAP dan menyerahkan sepenuhnya kepada DAP untuk mengambil sebarang tindakan.

Karpal membuat kenyataan kontroversinya itu ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam  Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved